Wednesday, December 2, 2009

sepetang bersama...

Tj dan Yeso!!!

Yes, agak pelik ok bila bulan Disember ada cerita pasal Cik Yeso kita yang sorang ni. Dia balik Malaysia sebab universiti tempat dia belajar Medic kat Ukraine tu diberi cuti sebulan (dari awal bulan November ritu dia ada kat Malaysia). Sebab cuti free?? Wabak H1N1 dah sampai sana. Walaupun uni dia tak kena tapi sebagai langkah berjaga-jaga student diberi cuti.

Terkejut aku tau bila one day masa awal November ritu aku tengok Yeso berdiri depan gate umah aku. Masa tu aku nak pi makan malam ngan famili aku.

A : Yes??? You buat ape kat Malaysia?

Y : Eh, dah setahun la. I balik la (sambil tahan gelak)

A : hah?? dah setahun?

Y : (terus gelakkan aku) Tak la. I dapat cuti sebulan sebab H1N1.

Ibu : Eh, Yes ni sihat tak??

Y : Sihat la aunty. Kat uni tak kena tapi langkah berjaga-jaga je, satu U dapat cuti.


I was like, 'what the...' sebab tetibe Yeso muncul. Bila dia kata 'dah setahun' tu aku duk blur lagi sebab, mak aiihhh, TESIS AKU TAK SIAP LAGI, LAMANYERRRRR!!!!

Tapi dia balik tak kena masa. Masa tu aku kan tengah busy ngan tesis aku. Seminggu berkampung kat UKM. So, semalam petang baru dapat jumpa dia, hangout sekali ngan Tj sebab dia pon dah cuti sekolah (cikgu la katakan. hehe).

Dok makan malam sekali ngan dak dua orang tu kat Secret Recipe. Plan awal nak jalan-jalan area kawasan rumah je macam dulu-dulu. Tapi sebab petang semalam hujan, so, plan berubah last minit.

Sejak dari dalam kereta asyik tergelak je. Bila dah duduk pon sambung gelak je. Habis aku jadi bahan gurauan. Pasal cincin (nampak saje), pasal kursus kawen, pasal plan kawen, pasal Cik Abang... pendek kata semalam ialah hari aku. Selit-selitkan jugak pasal Tj ngan Yeso tapi cerita akan berbalik pada aku semula. Aduhaii~~ Penat gelak!

So, balik je dari makan malam ngan dorang, solat Maghrib dan Isyak, aku pi mandi dah tu terus pi tido. Ingat nak bangun awal pagi sambung edit tesis tapi bangun-bangun dah kul 615pg. Siyes btul penat gelak. Hehe...

p/s: Happy dapat jumpa dua orang kawan rapat. Yang penting dapat jumpa Yeso sebelum dia balik Ukraine semula.

No comments: