Erm... ape yang best pasal hari Jumaat lepas?
Owh, i remember it. Clearly. Uhuh~
Sabtu (121209), aku ikut Cik Abang pi balik kampung dia kat Bidor, Perak. Jadinya hari Jumaat tu pagi-pagi bangun tidor dah berserabut otak pikir nak pakai baju ape jumpa (bakal) mak mertua nih. Pas mandi je, aku try la ada satu baju punjabi warna hitam dengan seluar jeans. Bila tunjuk kat Ibu, boleh bayang ape yang Ibu kata?
'Tukar baju sana. Pi pakai baju kurung, Nanie. Sopan sket. Pakai macam ni konpem kena reject!'
Owh, no. Aku tak mau jadi hipokrit semata-mata nak sedapkan hati sume orang.
Bila tanya Cik Abang, dia kata dia tak kesah aku nak pakai baju ape sekalipun bila jumpa mak dia sebab... dia kata aku tetap lawa di mata dia walau ape pon yang aku pakai... hmm ;p Ni jawapan selamat ke ape?
Last-last msg sume kawan-kawan tanya pendapat. Orang pertama yang reply Alang. Alang ni memang suka pakai baju kurung. So, of course la jawapan dia pasti berat sebelah kan? hehe (sorry Alang. hehe... I know u want the best for me!). Bila LiyanaRoxx reply pon dia bagi pendapat if nak lagi sopan, pakai baju kurung sebab ni pon jadi first meeting antara aku ngan mak Cik Abang. Ok, boleh diterima. Bong reply cakap kalo aku nak pakai punjabi tu ok je tapi... hitam? Agak tak sesuai plak katanya. So, bila aku kata Alang swuh aku pakai baju kurung, trus Bong SETUJU SANGAT. Siap swuh pakai baju kurung cotton yang warna jingga, the one yang Bong kata aku nampak sopan dan ayu bila pakai tuh. Along plak kata ikut aku. Mana-mana yang aku pakai, dia On je lagipun ikut selesa aku. Tj plak siap tanya aku semula dan bagi dia ikut selesa aku pakai ape. Yang penting, aku jadi diri sendiri.
So, aku ni senang je. Ikut majoriti. Walaupun memula tu rasa macam BUKAN diri aku je nak pakai baju kurung ni, tapi bila diikutkan balik, tak luak pun pakai baju kurung. Macam la aku ni tak pernah pakai baju kurung kan? Bila pikir sopan, sopan jugak berbaju kurung ni. Secara otomatiknya boleh kawal diri (bukan bermaksud bila aku pakai t-shirt tu aku jadi liar)... Cuma pembawakan diri tu terikut jadi sesopan berbaju kurung.
p/s: Jadi, endingnya aku berbaju kurung la masa jumpa (bakal) mak mertua Sabtu lepas. Bila dah sarung baju kurung kat badan ni, rasa ikhlas terus nak pakai baju tuh. Alhamdulillah, aku masih tetap aku bila berbaju kurung. Heee~
No comments:
Post a Comment