Tuesday, December 15, 2009

Ahad

Okey, malam balik dari rumah Cik Abang tu, aku tido awal. Pas je Isyak aku trus gedebum tido. Tapi sebelum tido tu terngiang-ngiang bunyi ekzos kereta Cik Abang... adeh...

Tido dari kul 9mlm dan tersedar kul 3pg ngan kul 5pg. Aduhh... Tak dapat tido betul. Mungkin sebab pas aku Zuhur kat umah Cik Abang tu, penyelia aku msg aku, dia inform lagi sekali yang dia nak jumpa aku ngan Alang hari Isnin ni, urgent; berkaitan ngan tesis kitorang. Aku tak berdebar langsung masa nak jumpa (bakal) mak mertua, tapi bila dapat msg macam tu dari penyelia aku, terus hati aku tak keruan! Bikin hilang mood je Dr. aku ni tau!!! Agaknye sebab tu jugak aku tido macam tido-tido ayam je. Huhu ;(

Dah la Ahad tu aku nak pi kenduri kawen classmates UiTM aku kat Kluang plak tuh. Rehat tak cukup nih!

Kul 815pg aku sampai kat Bdr Tasik Selatan, park kete depan umah makcik Kak Iza. Naik sebuah kete je ngan dia. Amek Azida kat LRT BTS, trus ke Shah Alam amek Shasha ngan Am plak. Kul 9pg masuk Highway, singgah sarap kat RnR Dengkil and trus kan perjalanan ke Kluang plak. Nasib baik pergi tu Kak Iza yang bawak. Aku memang tak larat la ngan tak cukup tidonye, badan penat lagi segala.

Sampai umah pengantin dalam kul 1ptg. Hangout dalam sejam je kat umah pengantin sebab nak tunggu pengantin naik pelamin lewat plak dalam 230ptg kot. Kul 2ptg trus kitorang blah lepak kat Kluang Railway Station ngan sorang abang senior kitorang kat UiTM dulu sampai kul 3ptg. Sempat gak masa balik tu singgah kat gerai yang bukak tepi jalan sebelah ngan Tol Ayer Hitam. Borong beli batang keladi, nenas la, buah naga la... macam-macam. Dalam kul 4ptg gerak balik KL.

Dengan jem kat area Seremban sampai Senawang, adeh... nasib bawak auto je. Singgah Shah Alam kul 640ptg, sampai BTS kul 730mlm. Sampai umah dalam kul 8mlm.

Penat weh, dua hari travel macam tuh. Aku dengan 'cuti-cuti malaysia', lagi la badan lenguh-lenguh. Ahad tu pun aku tido awal, dalam kul 9mlm. Pun masih terjaga kul 3pg ngan kul 5pg. Sebab esoknya tu (Isnin) aku kan kena jumpa penyelia tesis aku. Risau, berserabut otak aku macam-macam dok pikirkan ape lagi aku kena tambah dalam tesis nih.

p/s: To be continued...

No comments: