Hm... hari yang ditunggu dah tiba!
Tapi agak pelik gak, aku masih tak berdebar. Is it a good sign?
Cik Abang amek aku kat umah dalam kul 8pg, siap mintak izin kat Abah ngan Ibu nak bawak aku balik Bidor. Pi sarapan kat Jalan Semarak, then terus berangkat ke Perak. Cik Abang lalu jalan dalam, lalu pekan Rawang, lalu pekan koboi kat dengan area Tanjung Malim semua tuh. Bila dah sampai kat Sungkai, benti singgah kat Petronas. Sempat lagi dia inform yang lagi 15 minit sampai la kat umah dia.
Erm, ada lah kot berdebar sket, tapi aku buat tak kesah je.
Sampai-sampai, salam mak dia segala, aku layan je la. Buat macam bese. Tapi siyes, aku tak berdebar gak jumpa mak dia. Is it a good sign? Agak pelik la jugakkan... Nak kata konfiden sangat pon tak, nak kata tak konfiden pon tak. Sebab aku jadi diri aku sendiri. Mak dia pon tak banyak borak, macam Ibu aku jugak. So, layankan jugak ler... Naseb la satu benda ni mak dia tak swuh aku buat --> masak! ALHAMDULILLAH!! hehe... kalo tidak, mau aku masak telur rebus, masak spageti, buat popiah je kot? ;D haha...
Masa balik ke KL, mak dia ikut turun KL sekali. Aku duk depan, mak dia duk belakang. Masa balik aku sempat msg ke Ibu, inform yang aku dah ondaway balik KL and aku inform sekali kat Ibu yang mak Cik Abang aku ni ada sekali. Know what my mom said?
'ha, sopan sket perangai tuh'
Aku pon sepoyo mungkin la mereply msg Ibu...'ish, anak Ibu ni kan memang sopan. Nak buat ape je pon yang tak sopan nyer?' hahhahaa... lawak btul Ibu aku nih. Boleh plak otak pikir merewang ke mana. Ingat anak dia ni perangai tak senonoh ke?? Aku plak yang geleng kepala bila Ibu aku kata camtu.
Sampai umah aku dalam kul 7mlm. Masa Cik Abang hantar aku depan pintu umah, ayat yang dia cakap kat Ibu memang tak boleh blah ;P
Q: Makcik, saya pulangkan semula anak makcik ni...
I: Ye lah...
Q: Lain kali saya pinjam lagi ye makcik?? (sambil gelak)
I: Haa... boleh... (Ibu boleh senyum-senyum)
p/s: Ok, setakat ni je. Aku penat la. hehe. Nanti aku update lagi. Myra nak datang umah sat nih. Yippee~
No comments:
Post a Comment