Showing posts with label self-absorbed. Show all posts
Showing posts with label self-absorbed. Show all posts

Friday, February 25, 2011

(22) Differences

Day 22 - What makes you different from everyone else?

Yang ni tak tau nak komen. Sebab komen lelebih, orang kata angkat bakul sendiri. Ngeee~~

Jap, cuba pikir sat...hmmm...

Takde kot? Sebenarnya malas nak pikir tapi rasanya memang takde. Maybe I am difference in a lot of ways from other people but, I just don't get it myself. Boleh tak cenggitu?

If I am any different than you, hopefully it is the good one. Haish...

(21) What Makes Happy

Day 21 challenge is to post a picture of something that makes me happy.

Wah, ni memang challenge la sebab banyak benda boleh buat aku happy. And for some reason, semua benda2 itu terdiri daripada makanan. Hehe ;) Typical me and typical mommy-to-be jugee~~

Let see:

J.Co Donut! Ni dari hari tu TERMENGIDAM. Tapi jauh2 plak outlet dia. Pavi tak pnah pi lagi so... kempunan. Kepada sesiapa yang nak pi Pavi tu, saya nak kirim J.Co boleh?? Boleh laa...

McDonald's McChicken memang aku ngidam dari bila ntah aku pun tak take note. Tetibe je crave benda ni and perut meragam2 ke'happy'an. Not good sebab not a good diet for ibu mengandung, but, bukan selalu pon dapat makan. Sesekali tu ape salahnya meng'happy'kan perut ye tak? ;P

Yang ni usah kata la. Malam tadi baru bedal dua set Large Fries McD. Lapar punya pasal, tapi kalo tak lapar pon, McD's fries tetap paling TERBAEK!!

Ice cream pon antara makanan yang boleh buat aku happy. Asal nampak je, konpem perut and lidah aku happy tapi purse je yang ketat nak keluarkan duit. Haha ;D

haishhh..gambar takde yang real la :( Ni hotdog 1901. Have anyone heard of 1901, Malaysian Hotdog Kiosk? Dulu aku tak pernah amek peduli pon. Bila keje kat GE Mall, ni la antara makanan yang aku salu beli and this particular one yang aku paling suka sebab takyah beli set yang ada mashed potato sebab dalam hotdog ni dah disekalikan ngan mashed potato :)) Tapi, bila time aku nak beli sangat 2 weeks ago, rupe2nya pushcart 1901 depan Domino's Pizza dalam Ampang Point tu dah takde! Takde, ilek poci bak kata f@nna ok? Ni kena pi Wangsa Walk yang malas ni ;(

Kucing memang antara haiwan yang aku happy bila nampak. Lagi2 kalo yang jenis kecik macam ni. Innocent je rupenya kan? ;D Or any cats yang berwarna putih bersih or yang tricolor tuh. What's it call? ni kalo F@nna tau sangat :)

Baby!!!! Mungkin sebab tengah preggy kot, tu yang extra suka tengok baby ;D No particular reason, just, I'm happy to see one. And I'm glad soon I'll be a mother for my own baby :)) aww...


Top: tengah happy nak dapatkan idea untuk buat blouse for Atiqah's wedding this coming May. Kalo dapat beli lagi senang. hahaa ;D But, but, kalo tempah, boleh letak riben warna biru macam yang Tqah nak tu for all her bridesmaid. Or, wearing a blue pants instead of white pants sebab nanti nampak panties ;P Ok ape kan?? Otak, otak...sila jangan kerja keras sangat, kesian kat baby tak cukup tido bila otak mama ni tak benti ligat berpusing waktu tido memikirkan design yang sepatutnya for the bridesmaid's dress. Lagi2 aku baru 7months preggy masa Tqah kawen nanti. Hmmm...

Bottom: Nak cari baju2 preggy (bukan blouse) untuk XL women. Sekarang ni, even baju mengandung pon nak ketat2. Bosan sungguh eden! bukan tak bangga preggy, tapi, selain xselesa, aku pon tak suka ketat2 dah. Kena tutup aurat, jaga maruah hubby :]


p/s: Nampaknya itu saje je kot?

Tuesday, February 22, 2011

(19) Nicknames

Nicknames aku tak banyak.

Nanie je kot? Ni Ibu ngan Abah yang panggil sejak dari kecik. People wondering why la dari Elanie jadi Nanie. Cuba la Ella ke, Anie ke...kena gak ngan nama aku tu. But, cuba bayangkan kalo korang panggil kedua2 nicknames tu pada aku, sangat tak kena ok?? I think Nanie suits me the best. Tq.

Sayang. Panggilan encik hubby kepada saya :))

Ngah. Me and encik hubby shares the same call name by our niece si Myra tu.

Maksu. Panggilan kalo dibelah femily encik hubby.

Yang ni yang tak berapa boleh terima -->

Elaine, Ilin, Elin. Panggilan dari orang2 yang pertama kali kenal aku ngan nama penuh.

Monday, February 21, 2011

(18) Plans/ Dreams/ Goals

Short term plan -->

Nak pi JJCM kat Bangi, dah mengidam sangat nak makan nasi goreng kerabu kat Restoran Rimba, PKNS Bangi. Tak mau kat tempat lain since aku paling suka nasi goreng kerabu yang dorang masak. Takde tempat lain boleh lawan lagi :) Plan nak pi ngan Alongku~~

Dreams -->

Nak keluarga besar sebab family aku family kecik, aku ada 3 adik beradik je. Even family encik hubby pon hanya ada 4 adik beradik. So, kalo boleh, aku berangan2 nak ada anak ramai :)) Walaupun aku tau, bukan senang nak jaga anak ramai ni.

Selain tu, aku nak jadi isteri yg solehah. I know it's a long way to go since banyak kena ubah perangai ni. hehe...Ye, sy ni nakal orangnya walaupun dah nak jadi mak budak ;P

Third, nak jadi anak yang solehah pada Ibu Abah, nak jadi kawan yang sejati pada BFF semua dan nak jadi kakak yang sangat supportive pd si adik. hehe ;D

Short term goal -->

Nak naik 0.5kg je bulan ni. Last week tak berapa nak naik. hehe..boleh plak mcmtu ye?

Sunday, February 20, 2011

(17) Switch Lives?

Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why?


Ngee... believe it or not, aku tak pernah terpikir nak tukar life aku ngan sesiapa pon. Even sekadar berangan. Life orang lain memang nampak lagi vogue, fabulous, mewah, happy segala but who knows deep down their heart, rasa empty? Kan?

I am glad I am born myself sebab life aku rasanya sudah cukup semua. Ape benda yang berlaku dalam life aku, I won't missed it for the world. Susah senang, gembira sedih ke semuanya berlaku bersebab. So, takde ape lagi yang aku mintak :))

Sunday, February 13, 2011

(10) The Songs in Me

Challenge: Songs you listen to when you're happy, sad, bored, hyped, mad.

Aku ni memang suka dengar lagu. Tapi kadang2 takde yang particular lebih2 lagi time dalam sesuatu mood tu. Randomly aku akan dengar ikut halwa telinga je walaupun masa tu aku sedih ke, happy ke etc.

But, mostly bila aku sedih, marah or hyped atau bosan giler, aku akan dengar something yang heavy2 sket. Nak kata lagu rock tak... Ah, lagu2 jiwang karat pon boleh. Hehe :)) tapi kena pasang kuat sket bagi berdentum kat lubang telinga ni (salunya pakai earphone je).

Kalo time happy, aku layan semua lagu. Terutamanya lagu2 yang comel macam Nobody by Wondergirls, Baby by Justin Bieber ngan Kissing You by Miranda Cosgrove. Boleh ulang sampai bateri habis. Tapi, lagu lain pon layan je... tak memilih.


p/s: Tapi, lagu ni je yang aku dengar setiap masa tak mengira mood ape >> Dear God by Avenged Sevenfold.

Saturday, February 12, 2011

(9) The Proud Me!

Something that I am proud of in the few days. Hurmm...

Oh yeah!!

Akhirnya aku dapat pon remake my mom's Ayam Masak Merah ala Raya!

Yippee!!

Dulu2 aku penah try buat tapi tak menjadi. But yesterday masak, menjadi dengan jayanya and encik hubby puji tau! :D Habis dia makan padahal dia dah kata perut dia sangat2 kenyang :)


p/s: Gambar takde sebagai bukti. InsyaAllah next time :))

Friday, February 11, 2011

(8) Short Term Goal

Today's challenge is to do a short term goal for this month.

Easy peasy!

Goal -->

  1. To maintain or REDUCE my daily sugar intake for this whole two weeks.
  2. Nak naikkan berat HANYA sebanyak 0.5 kg saje bulan ni sampaila 9 March nih.

Reasons -->

  1. Daily sugar intake tu sebab 24th Feb ni ada MGTT. MGTT means Modified Glucose Tolerance Test yang akan di uji kepada ibu2 mengandung yang ada history diabetes dalam familynya. In my case, Abah ada Diabetes. So, the possibilities for me tu 50/50 la. Test ni kena puasa kul 10 malam the night before the test. The next day, kena pi check glucose dalam darah kul 8pg, minum air gula, after 2 hours, check darah semula. Risau nih. I need to be careful on my diet not for only this couple of weeks but for the whole stage of pregnancy.
  2. Next, berat kena naik 0.5kg je for this months (boleh ke? Ni nafsu makan baru datang semula plak tu). Semalam check aku naik 2kg bebs!! Takut kena marah ngan nurse tapi nasib baik dapat nurse cool. Haha ;P Dia kata ok la tu sebab sejak dari aku pregnant, hanya naik 2kg. Itupun masa masuk bulan ke-2, aku turun sekilo. Masuk bulan ke-3 naik balik berat yang asal. Masuk bulan ke-4 naik 2 kg. Huhu... Supposedly tak boleh camtu sebab bila berat naik mendadak camtu dikhuatiri ada diabetes. Sebab tu la aku kena buat MGTT tu. Ngee~~


p/s: Itu saje short term goal aku :)

Thursday, February 10, 2011

(7) The Impact on Me

Next challenge is: A picture of someone/something that has a big impact on you.


Why them?

They're my parents. They have all the tick that give an impact in my life. Siapa aku kini, atas ajaran kedua ibubapa aku jugak. And pernah dengar tak orang pernah kata yang, macamana kita sekarang ni, menggambarkan orang yang mendidik dan membentuk kita dulu.

Alhamdulillah, my parents tought me well.

Dulu memang aku nakal. Weyh, siapa masa kecik2 and masa remaja tak nakal?? Aku admit aku nakal but on my own way. Aku takde la nakal sampai buat Ibu abah nak cekik2 aku. Haha :D Cuma nakal sket2 je. More kepada keras kepala, kepala batu and suka memberontak.

But, bila dah besar ni, I am changing. Bila dah kawen ni, lagilah...

They are my world, my soul. Without them, I am nothing. Without them, I am lost.


p/s: Sayang Ibu and Abah!! ♥

Tuesday, February 8, 2011

(5) Going Places

Erm, aku ni bukan kaki melancong. Orang lain hobi masa cuti2 suka pi holiday sana sini. But to me, kalo cuti, memang aku cuti habes. hehe :)

Melepak kat rumah je kejenya membesarkan badan.

So, nak masuk 26 tahun hidup ni, tempat2 yang pernah pegi macam ke Mekah, Jeddah (dan kawasan sewaktu dengan Umrah) masa umur 20 tahun, Myanmar pernah sampai 2 kali sebab abah keje kat sana, Sabah, emmm... lagi? Yang tempat lain kebanyakkannya kat area semenanjung je. But I don't mind dan aku takdelah sedih pon tak dapat nak keliling dunia pi melancong. Nasib baik bukan hobby aku :P

Tapi nak letak gambar... semua gambar2 tu kat laptop lama yang dah rosak tu. Abang plak malas nak transferkan segala folder yang ada dlm lappy aku tu. Jadinya, terperap je la lappy aku tu kat umah dia. And I am left with new picture je *sigh*.

So, gambar terbaru pi Skybridge dah letak dalam satu entry bulan lepas.

Gambar lain?

Ahah!! Gambar ni!!



Bulan 9 tahun lepas pi raya kat Kedah; kampung Tok kat Alor Setar. The picture was taken kat Alor Ibus, kawasan tepi pantai yang popular ngan pembuatan belachan kat Alor Setar.

Saw a lot of ikan belachak there. Masa tu air surut lagi. Tapi udara memang best habes! Angin bukan setakat sepoi2 bahasa je tapi kalo letak kerusi kat tepi tu, konpem boleh terlelap punyalah :D

Monday, February 7, 2011

(4) The Very Bad Habit of Mine

Itu senang sajeeeee...

Saya seorang yang pemalas.

lagi2 kalo dah letak punggung kat kerusi and mengadap lappy nih.

Semua benda tertangguh.

Pastu sekarang ni jadi extra pemalas bila dah preggy. Haishhhhh!!!


Kalo dulu2, semua rajin. But bila dah preggy ni, buat keje sket jadi penat... tu yang trus jadi pemalas. Tapi tengah cuba nak ubah ni walau pun penat, kerja umah kena jalan jugak sebab letih kaki bila kadang2 terpijak habuk tau...


p/s: Sebelum ni takde la pemalas tahap macam ni. hehe :P

Saturday, February 5, 2011

(2) impErfEction!

The meaning of my blog name... hmmm... sesungguhnya walaupun kita manusia ni dilahirkan sempurna pada lahiriahnya tapi banyak benda yang tak sempurna pada perangai. I admit my imperfections.

Nama blog ni pon sebagai mengingatkan aku betapa tak perfectnya aku sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai isteri, sebagai kawan dan sebagai adik @ kakak. Manusia kan... selalu buat silap yang kadang2 kita tak perasan.

Pastu, sebab lain nama imperfection ni timbul; masa tu ada orang tak puas hati cara aku berkawan ngan dia sampaikan kami putus sahabat. Tapi tu cerita lama. Malas nak bukak cerita lama and lagipun masing2 dah teruskan hidup masing2.

But, the blog's name stays. I won't change it. I am still -- impErFect --

p/s: Itu je.

Friday, February 4, 2011

(1) 15 facts about me


Gambar ni amek time pi naik Skybridge KLCC bulan lepas kalo tak silap. So, takde la baru mana. When I said, saya sangat malas sekarang, semua pon jadi malas. Even nak bergambar pon malas. Typical sungguh.

Next, fakta tentang Puan Elanie plak :P *ada edit sket2*

  1. Kalo orang tanya kat aku, ape makna nama 'Elanie' tu, aku akan jawab yang aku sendiri tak tau. Yang pilih nama tu adalah Ibu ngan Abah. Ibu kata dia amek dari sebuah buku and nama tu bermaksud 'bijaksana'. Bijak ke aku? hehe ;P
  2. Suka sangat makan ikan masak sweet and sour masa kecik2 dulu. Sampaikan Ibu kena masak 2 jenis ikan bila sekali masak. Ikan kicap untuk abang and ikan sweet & sour untuk aku. Kalo pi jalan2 pon Ibu kena bawak bekal sebab kami tak makan lauk lain.
  3. Tak suka makan lauk masak lemak dan masak lemak cili padi KECUALI masak lemak nenas dengan ikan masin yang Ibu masak. Yang lain2 tu, geli tekak nak telan.
  4. Tak suka makan laksa penang, laksa assam atau ape2 je laksa yang guna mee laksa yang kenyal2 tu. Kalo nak makan laksa, prefer style yang Ibu masak dan HANYA makan dengan mee spageti jenis 'angel hair' yang halus2 tu. Ye, saya memang pelik sket bab2 makan ni.
  5. I have a sweet teeth. Suka makan kek, pastri or coklat. But NEVER chocolate ice cream.
  6. Never had a boyfriend sampaila berjumpa ngan encik hubby. He's my first love :) And hopefully he will be the last. And I am now a married woman, married to my first love; then and now only boyfriend, Encik Qhohar Mahamat ♥
  7. Suka buli orang yang rapat ngan diri ni. Contohnya macam buli adik bongsu, encik hubby juga kena tempias, kak Aina, ngan Alang. Hehe ;D
  8. Aku ni biasa je. Tapi ada orang kata aku garang. Adik sepupu kata aku garang. Aiseh... garang bertempat la. Dah hang buat sepah/ buat hal depan mata aku, hangin la kan... Tapi kalo yang sekepala, ok je.
  9. I am never good with kids. But, trying bit by bit sebab dah nak jadi mak budak dah ni :)) ngee~~
  10. Aku ada ramai kawan. Tapi tak ramai kawan baik or kawan rapat. Never judge your circle or friends by how many yang ada dalam friendlist FB anda. Kawan tak semestinya sahabat. Sahabat lebih dekat dengan hati. I only have 8 BFF. I know I can count on them and vice versa.
  11. Ada orang kata aku pendiam. Pendiam? Really? For those who knew me well, I am quite a chatterbox. Susah nak benti bila dah bercakap :P
  12. I LOVE art. Love DIY tapi time preggy ni takde mood untuk itu semua. Hopefully masa BFF kawen bulan 5 ni, mood itu datang semula sebab dia mintak tolong buatkan centerpiece meja makan tetamu :) InsyaAllah...
  13. Tak suka pakai mekap. Ni masa preggy lagi lah pemalas, setakat pakai pelembab muka and lipstick.
  14. Tak suka tengok cerita hantu. Yang komedi atau yang betul2 macam real.
  15. I LOVE reading. Tapi jangan bagi buku sekolah, memang ZzzZZzz...

p/s: Memula macam tak tau cukup tak 15 fakta sebab rasa macam susah. But towards the end, eh eh... rasanya kalo bagi swuh letak 20 pon ada lagi nak kongsi kat sini. haha... Tapi takpela, 15 pon dah buat aku sakit punggung duk depan lappy nih.

Friday, April 2, 2010

aku yg choleric!

Malam semalam aku dah booked Kak Sue untuk majlis aku bulan Julai ni. Alhamdulillah, 2 tarikh penting aku tu belum di booked oleh sesape lagi.

Semalam masa Kak Sue tanya aku samada aku ni dah konpem ke nak amek dia untuk majlis aku, dengan konfiden nya aku cakap 'ye Kak Sue, saya memang konpem!' dengan bersaksikan BFF aku si Tqah yang suka menyebuk ni (beb, thanks a lot teman/ menyebuk sekali ngan aku aku malam tadi okeh? I am very much delighted kalo ditemani BFF bab-bab macam ni. hehe).

Nak kata Kak Sue nye perkhidmatan ni mahal... agak la jugak. Sebabnya tambah ngan buat baju sanding baru just for me with design yang aku sendiri nak, berbaloi la jugak. Dekat ngan umah aku, dekat la jugak. Tak mau cari yang jauh sampai ke Shah Alam or Klang sana sebab nak harga murah or whatsoever (tak kira duit minyak ke? sama je pon lebih kurang kalo dah tambah tolak). Ape-ape, senang je nak deal ngan Kak Sue, bila dah dekat ni.

Ntahlah, bila bab memilih benda yang berkaitan ngan aku, especially my own big day; personaliti Choleric aku akan kuar. Kalo itu yang aku nak, itu lah. Takkan ada choice lain. Kalo aku tak dapat, aku akan cuba sampai dapat. Bagi setengah orang, berserabut nak melayan perangai macam aku ni. But, kita punyai personaliti yang berlainan, unique on our own way. So, terima je lah kan? Sorry Ayang... hehe ;P Can't help it lah...

Ape orang kata, citarasa berbeza; walaupun rambut sama hitam, hati lain-lain kan?

p/s: Sekarang ni, aku dah ada mix personalities. Dari personaliti Sanguine yang tak pernah ada, tetibe keluar dah...

Tuesday, March 16, 2010

separuh nyawaku pergi~~

Haa.... ni bukan kes lagu Anang bekas suami KD okey?? hehe... saje je tajuk buat gempaks.

Padahal tak gempak pon ;P

Hari ni separuh nyawa aku pergi... tapi untuk 20 minit je (Alhamdulillah kejap je). Nyawa yang aku maksudkan tu, sunnies coklat aku yang salu aku pakai masa driving tuh.

Yup, dat one. Weh, ni bukan sebarang sunnies ok. Ni cermin ada power tau. Haha...bukan cermin ada power macam power rangers ke, ultraman ke... Kalo orang lain nak pinjam sunnies aku saje-saje memang tak boleh sebab power cermin sunnies tu bersamaan ngan power cermin mata yang aku pakai ni. So that aku takyah pakai contact lenses. Tapi berserabut bagai la kalo kuar tempat yang panas, bukak cermin mata, pakai sunnies. Dahtu kalo masuk bangunan semula, tukar cermin mata biasa plak. Adeh~~ But, that is the consequences yang aku kena terima dah sendiri takmau pakai lenses. Sabor je lerr... Cik Abang pon tak bagi pakai lenses, kira ok la tuh.

Berbalik kepada cerita asal... Pagi tadi masa aku kuar ngan adik aku pi Gulati's (cari kain tambahan), aku park kete kat dalam Ampang Point sebab no more parking lot yang kosong kat luar AP tu kalo dah kul 11pg. Aku pakai sunnies masa lintas jalan dari AP nak ke Gulati's tu (panas la weh... ni kira macam penjagaan mata), balik dari Gulati's masuk semula ke AP, naik ke tingkat 3 teman Ellie nak masuk Popular. Dah tau la nak masuk Popular ni sebarang beg plastik memang kena ikat ngan pengikat (macam nak masuk Mydin tuh). Perasan aku, aku gantung sunnies aku kat kolar baju aku. Bila dah masuk kereta nak balik, aku tercari-cari sunnies aku. HALAMAK!!! Hilang! Sah ni mesti jatuh masa aku duk terduduk-duduk cari buku nota (untuk notes majlis aku) kat Popular tuh. Hadoiiii!!!!

Sempat jugak aku pi round AP tu sampai tingkat 3 semata-mata nak cari semula sunnies aku. Kot-kot tercicir kat lantai dalam AP ke, dalam Popular ke padahal masa tu aku dah bayar Autopay. I need to get out from AP dalam masa 15minit after bayar. Korang bayangkan aku jalan laju mana dari parking lot, tuju ke Carlo Rino (aku ada try kasut kat situ sebelum nak pi bayar tiket), naik ke tingkat 3, masuk Popular, turun semula ke tingkat 1 (dengan tangga eskalator tu yang kena pusing setengah round AP baru jumpa eskalator turun), masuk Carlo Rino and turun ke parking lot dalam masa 5 minit?? Ye, memang laju aku jalan. Sebab aku dah bayar tiket parking kott... dahlah parking dalam AP mahal sekali masuk rm2.50, dan rm2.50 untuk jam yang berikutnya. Aku kena kejar masa 15minit tu kalo tidak kena bayar rm5 la gamaknye aku... Huishh... Setelah buat marathon keliling AP selama 5 minit, tak jumpa gak sunies aku. Wuaarrrgghhhhhh!!!! Sedih gila aku! Sunnies aku mahal tuh!!! Jangan main-main!

Dah la tengah blum dapat keje ni, semua benda nak hilang plak. Haru aku! Balik tu masa drive aku dok kecik-kecik kan mata aku. Sebab elak silau. Masa balik tu dah kul 1230tghari, so boleh bayang tak matahari seterik mana? Hukhuk... Last station sebelum tuju balik umah, aku nak ke kedai jual alat menjahit kat Bdr Baru Ampang, nak cari manik. Aku bawak la beg plastik Gulati's masuk kedai jugak sebab nak cari warna manik yang sesuai ngan kain yang aku baru beli tuh. Bukak je ikatan dari Popular tu, aku angkat je kain nak keluarkan dari beg plastik, rupanya sunnies aku ADA DALAM BEG PLASTIK GULATI's tuh~ the whole time! Ya Allah~ Syukur tak hilang ke mana. Risau btul aku pikir nak kena kuar duit lagi buat sunnies baru. Dah la mahal cermin warna camtuh.

The thing is, I can't drive without my sunnies on a broad daylight. Even kalo tengah hujan waktu tengahari pon aku akan drive pakai sunnies. Atau masa pi dating ngan Cik Abang kat taman waktu petang-petang tu aku mesti pakai sunnies jugak. Mata aku sensetif sket kalo bab silau-silau ni. Nanti aku pening kepala. Dari mood yang baik bertukar moody hanya disebabkan pening kepala, baikla aku pakai sunnies. Pedulik hape aku orang nak kata aku ni berlagak ke ape sket-sket nak pakai sunnies. Yang penting aku jaga mata aku sendiri. Ye tak? :)

p/s: Okeh, nyawa aku dah dapat semula. Alhamdulillah~ :)) Lain kali sila jangan careless lagi okeh Cik Nanie?!

Friday, January 29, 2010

jilid tesis

haa... ni citer 3 minggu lepas, lupa nak share kat sini but since result pon telah diwar-warkan kat blog aku ni (literally), nak share sket meh:


p/s: Woot, woot~ Sekian terima kasih! :)

Saturday, November 14, 2009

baju kurung

Hari Khamis lepas masa aku turun UKM, ada plan sekali nak ke Jabatan Perangkaan Malaysia kat Putrajaya. Memandangkan nak berurusan dengan pihak Government, jadinya aku pon dengan rela hati pakai la baju kurung.

Baju kurung yang aku pakai tu jenis cotton. Bunga kecik-kecik.

Nak tau ape yang Bong cakap bila dia nampak aku pakai baju tu?

'Angah pakai baju kurung cotton ni nampak macam budak baik je, sopan... ayu gitu~'

Owh, selama ni aku tak baik lah??? Haha ;D

Sopan ngan ayu tu aku boleh letak tepi lagi sebab aku tau, aku nak sampai ke tahap sopan lagi ayu tu macam tak kena je ngan aku. Cik Abang aku je yang nampak aku dah bertambah ayu, aku pun tak tau la celah tang mana yang dia nampak ayu tuh.

Tapi, baik?? adoiii... Bong ni ayat tak boleh tahan btullah... mentang-mentang la aku ni memang biasa pakai jeans ngan t-shirt je ;p

p/s: Kena selalu pakai baju kurung lah. owh, no, no... aku takkan pakai hanya untuk sedapkan mata dan hati orang. Biar aku buat ikut kemahuan aku sendiri.

Friday, July 10, 2009

aku + cerita

Aku suka bercerita. Well, salah satu hobi aku sebenarnya bercakap. Heee~ So, bila dah suka, owh, cintakan aktiviti bercakap, jadinya, aku jugak sukakan aktiviti bercerita.

Erm, ada sekali tu aku YM ngan ex-workmate aku. She's younger than me la. Dia ni otak giler-giler sket. Dia pnah cakap yang dia PERNAH ada blog. So, aku tanya dia kenapa PERNAH? Sekarang dah tak continue berblog ke? To be honest, aku pon terkejut gak dia kata dia pnah ada blog sebab dia yang aku knal bukan jenis suka mencatit sesuatu; walaupon dia suka bercakap macam aku. Dia lebih kepada menconteng benda-benda grafik dan seni; dah nama pon cikgu art kat tempat keje lama aku tuh.

Ok, berbalik kepada soalan asal, 'sekarang dah tak berblog lagi ke?'. Dia kata dia dah stop blogging. Alasannya, dia kata dia bukan jenis yang bercerita; dan dia suka lompat-lompat bila bercerita. Maksud 'lompat-lompat' tu, cerita yang dia nak sampaikan tu lebih kepada ringkasan pada setiap event yang berlaku. Jadinya, siapa yang takde di tempat kejadian memang takkan tau benda detail.

Aku cakapla yang dia ngan aku lebih kurang je. Well, nak tau apa yang dia reply? Dia kata, 'no lah, u tak lompat-lompat. U pandai bercerita detail...'. Erm...is that good or bad sebenarnya? Huhu... Tapi secara jujurnya pon, aku memang tak suka pendekkan cerita. Aku pernah try meringkaskan apa yang patut, last-last semua orang tak paham. Sebab aku betul-betul buat RINGKASAN. haha ;D Akhirnya, aku terpaksa jugak cerita semula dari A sampai Z. Agak membuang air liur jugakla gamaknya.

And for that jugak, bila aku terbaca balik entry aku yang lepas-lepas dalam blog aku nih, erm... it was true, then. Takde tinggal sikit pon. Memang 70% detail. Jadinya, kalo sesiapa baca blog aku nih, dah boleh membayangkan sedikit sebanyak keadaan aku masa tu. Yang lagi 20% tu, hehe... aku simpan sendiri sebab ianya melibatkan soal hati dan perasaan (banyak pihak selain pihak aku) ;) Another 10%, tak berbaloi nak taip pon.

Tapi kalo tak knal aku secara personal, face to face; maka anda, anda dan anda sekalian masih tidak mengenali aku secara keseluruhan. Jangan buat kesimpulan mendadak yer? :)

p/s: Ape orang kata... Tak kenal, maka tak chenta?

Thursday, June 25, 2009

penantian

Hari Selasa ritu aku order Kebaya Online. Supposedly sampai hari ni. Nak pakai time majlis Ita Ahad nih. Tak sabarnyer ;)

Beli kebaya warna putih dengan kerawang pink. Kain dan selendang pon pink. Hehee...For someone yang tak berapa nak minat dengan warna pink, ini dianggap sebagai satu langkah drastik. Tetiba pink itu, pink ini. Ladylike sangat dah. Tapi, nak buek camno? Nasib eden lah.heeee~

Dari tak pernah ada pink dalam almari aku, sekarang ni; t-shirt pink, tudung pink, kebaya pink, semua nak pink. Gambar-gambar aku pon banyak dah pakai baju pink. Kalo dulu, aku menyampah sangat tengok orang pakai pink. Sekarang ni tunggu orang naik menyampah tengok aku plak yang pakai pink. Hehe. Btul jugak kot kita ni selalunya dipengaruhi oleh kawan sekeliling kita. Bukan terpengaruh benda negatif, tapi aku terpengaruh dengan warna pink. Kawan rapat aku dari sekolah rendah dan menengah masing-masing giler pink. Tu ha, si aTiQue, LiyanaRoxx, Along, Tj... Kaki pakai pink. So, yang selalunya hangout dengan dorang ni, akulah. Aura pink tu kuat jugak eh? hehe...

So, ni dalam proses penantian; menunggu van PosLaju datang hantar baju kebaya ku~ Penantian memang satu penyiksaan (owh, tak seksa, dah biasa jadi penanti dan penunggu...ekeke...ada benda yang lagi lama aku tunggu baru dapat baru-baru ni. InsyaAllah berkekalan. Amin~)

Wednesday, June 24, 2009

what I am

Orang yang kenal aku pertama kali akan kata aku ni seorang yang sombong. Tapi aku tak boleh salahkan dorang sebab aku memang susah nak mesra ngan orang yang aku baru kenal. Bukan sombong, cuma susah nak relate dengan sebarang perbualan orang.

Orang yang dah lama kenal aku plak kata aku ni mesra bukan main. Tapi aku tak boleh salahkan dorang jugak sebab aku kalo dah lama kenal dengan orang tu lagi-lagi yang aku memang rapat, kamcing; alahaiii, macam adik beradik jadinya. But this is strictly for those yang memang aku rapat. Boleh minum kongsi straw (eh, tapi bukan ngan member rapat yang lelaki ye. Hanya yang perempuan je), boleh berkongsi makan, boleh membelanja - dibelanja - dan terbelanja, boleh cerita apa sahaja (meluahkan perasaan segala la sebab memang kawan yang sangat- sangat boleh dipercayai), boleh godek hp aku (sebab bukan ada apa pun dalam hp aku tu), boleh tido atas katil aku (aku ni cerewet sket), dan boleh macam-macam lagi sebab kawan yang rapat je boleh dapat semua kelebihan tu.

Dan untuk orang yang sangat kenal aku, dia tahu yang aku suka senyum (senyum bukan setakat senyum biasa. Mesti nampak gigi). Selain dari tu, hobi aku bercakap. Kalo biarkan, kadang-kadang non-stop! Haha...Kak Aina risau kalo aku tak senyum dan senyap sebab bagi dia kalo aku senyap tu, mesti ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku. Ye la, untuk orang yang mempunyai hobi bercakap, senyap itu bukan satu pilihan sebenarnya ;D Tapi bercakap je pon penat tau!

Selain tu, aku ni kuat sakat orang. Tapi aku kalah ngan Ain, kalah dengan AtiQuE (budak dua orang ni kalo sakat aku, muka aku ni dah bukan naik warna merah dah, tapi semua warna keluar!). Tapi takpe, aku masih ada mangsa sakat yang lain. Mangsa sakat aku kalo tak lain tak bukan Kak Aina, Alang, Bong dan yang paling terbaru -- Encik Asam Boi --. Welcome to the club Encik! Eh, Tuan! haha ;D

Owh, ape-ape pon, kenali lah aku dulu, nanti korang baru tau aku macam mana. Mula-mula memang susah nak dengar suara aku. Lama-lama, aku rasa suara aku je yang kedengaran kot. Wahahahaha ;D