Orang yang kenal aku pertama kali akan kata aku ni seorang yang sombong. Tapi aku tak boleh salahkan dorang sebab aku memang susah nak mesra ngan orang yang aku baru kenal. Bukan sombong, cuma susah nak relate dengan sebarang perbualan orang.
Orang yang dah lama kenal aku plak kata aku ni mesra bukan main. Tapi aku tak boleh salahkan dorang jugak sebab aku kalo dah lama kenal dengan orang tu lagi-lagi yang aku memang rapat, kamcing; alahaiii, macam adik beradik jadinya. But this is strictly for those yang memang aku rapat. Boleh minum kongsi straw (eh, tapi bukan ngan member rapat yang lelaki ye. Hanya yang perempuan je), boleh berkongsi makan, boleh membelanja - dibelanja - dan terbelanja, boleh cerita apa sahaja (meluahkan perasaan segala la sebab memang kawan yang sangat- sangat boleh dipercayai), boleh godek hp aku (sebab bukan ada apa pun dalam hp aku tu), boleh tido atas katil aku (aku ni cerewet sket), dan boleh macam-macam lagi sebab kawan yang rapat je boleh dapat semua kelebihan tu.
Dan untuk orang yang sangat kenal aku, dia tahu yang aku suka senyum (senyum bukan setakat senyum biasa. Mesti nampak gigi). Selain dari tu, hobi aku bercakap. Kalo biarkan, kadang-kadang non-stop! Haha...Kak Aina risau kalo aku tak senyum dan senyap sebab bagi dia kalo aku senyap tu, mesti ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku. Ye la, untuk orang yang mempunyai hobi bercakap, senyap itu bukan satu pilihan sebenarnya ;D Tapi bercakap je pon penat tau!
Selain tu, aku ni kuat sakat orang. Tapi aku kalah ngan Ain, kalah dengan AtiQuE (budak dua orang ni kalo sakat aku, muka aku ni dah bukan naik warna merah dah, tapi semua warna keluar!). Tapi takpe, aku masih ada mangsa sakat yang lain. Mangsa sakat aku kalo tak lain tak bukan Kak Aina, Alang, Bong dan yang paling terbaru -- Encik Asam Boi --. Welcome to the club Encik! Eh, Tuan! haha ;D
Owh, ape-ape pon, kenali lah aku dulu, nanti korang baru tau aku macam mana. Mula-mula memang susah nak dengar suara aku. Lama-lama, aku rasa suara aku je yang kedengaran kot. Wahahahaha ;D
No comments:
Post a Comment