Ok, ni entry terakhir untuk bulan Jun (harap-harapnye lah. Mana tau tetibe petang sikit nanti datang idea baru nak membebel kat blog ni lagikan).
Takde title yg sesuai nak menggambarkan apa yang aku rasa sekarang. I'm having what Zuhaini's had said before this: mental blocked! Yep, betulla tu kot. Lebih dari satu benda aku tengah pikir sekarang ni dan aku tak tau nak mulakan dari mana.
Aku cukup kenal siapa diri aku. Well, statement tu macam pelik dan tergantung je sebab semua orang memang akan cakap dia kenal diri dia sendiri. But, somehow ada jugak orang lain yang lebih mengenali diri kita. But likewise, aku lebih kenal diri aku berbanding orang lain yang try nak kenal diri aku ni.
Selain Kak Aina dan Ain, ada sorang lagi yang kenal aku ni macamana orangnya; Ibu aku. Ain dan Kak Aina tu jenis pemerhati. Perhati setiap mimik muka aku. Sebab, apa yang aku rasa masa tu, memang akan terlukis kat muka aku ni. Kalo aku happy, senyum sampai naik pipi ni (ayat Encik Asam Boi), sampai nampak deretan gigi atas aku tu; kalo aku buat-buat happy (aku senyum nampak gigi sikit je atau senyum sekejap dan lepas tu aku buat muka serius balik); kalo aku tengah marah, moody, tersentap, sedih (aku senyap, takde gaya aku nak senyum atau buat-buat senyum).
Siapa tak kenal aku, tak dapat tangkap tu semua. Sebab tu aku cukup berhati-hati dengan setiap keadaan disekeliling aku atau dengan siapa aku hangout masa tu. Aku tak suka orang dapat tangkap keadaan aku masa tengah sedih, tengah rasa down. Aku tak suka orang tau kelemahan aku. That's why Kak Aina akan cepat-cepat tanya kalo tetiba aku senyap. Kadang-kadang memang ada something yang aku tengah pikir tapi kadang-kadang memang aku tengah tak tau nak cakap apa. Itu yang dia cukup risau. Nasihatnya, jangan buat cubaan bertanya soalan tak berapa nak pandai masa aku tengah senyap. Sebab, kalo aku tetibe senyap bermakna memang ada something yang aku pikir tapi aku tak suka ditanya bukan-bukan. Cukup pantang. Tak tau kenapa. Bagi aku, kalo aku betul-betul nak share, aku akan share benda tu.
Kak Aina tau aku ni perahsia. Rahsia yang sangat banyak dan sesetengahnya aku akan putar belit supaya orang takkan tau apa yang aku rasa. Dan lately ni dia perasan aku banyak bercerita ngan dia, pasal banyak benda. Jadinya, I won't bother you again, Kak Aina. I promise, I'll keep it to myself. Do not be angry, but please understand me. I'm in the middle of settling my own problem and I don't need anybody to affects any of my decisions.
Macam Ibu pulak; dia kenal siapa aku sebab dia yang besarkan aku. Dia yang suap aku makan dulu. Dia jugak yang selalu membebel ke aku pasal itu, ini. Dan dia tau aku ni jenis takkan cepat putus asa, takkan cepat mengalah, takkan cepat kata 'ya' atau 'tidak'. Sebab aku berfikiran realistik. Semua benda yang aku dengar atau diberitahu oleh Ibu aku, semuanya akan diselangi dengan pertanyaan 'KENAPA'. Tak ada soalan lain. Dan setiap kali aku tanya KENAPA, Ibu akan suruh aku tanya soalan lain macam BAGAIMANA, DIMANAKAH, BILAKAH; sebabnya, untuk setiap soalan tu takkan ada jawapan yang sama seperti KENAPA. Kenapa jadi macam tu, kenapa tak boleh macam tu, kenapa tak boleh macam ni, kenapa dia buat macam tu. Semua soalan KENAPA dari aku berbentuk soalan yang provokasi dan yang akan mencetuskan soalan-soalan protes yang lain, menyebabkan Ibu tak mau jawab soalan-soalan aku. Huh, ok. Nevermind, then. So, takpe bu, Nanie akan senyap jugak. I won't burden you with my extra questions anymore. I'll wait for the right time to ask you all this. I'm sorry i made you worried sick. I won't do it anymore and I'm sorry (in advance) if I ever keep a secret from you starting from now onwards. I just need a time or two for myself without any fuss from anyone. Bukan Nanie nak membelakangkan Ibu, tapi, bagi Nanie peluang berfikir dulu ye? Kalo dah ada jawapannya, InsyaAllah Ibu orang pertama Nanie akan bagitau. Please and please put your worries aside.
p/s: So, sila jangan tanya apa-apa pada aku. And no, I am not ok.
No comments:
Post a Comment