Wednesday, June 10, 2009

percaya, tak percaya~

I'm having this conversation with my mother this afternoon. Masa tu aku, ibu dengan adik aku tengah tengok citer POPULAR kat Astro Ria; Farah AF2 berlakon. And, ironinya, nama dia dalam citer ni pon NANI. haha ;p

Dalam citer tu, Farah as a budak nerd, yang belajar kat LKW Uni dalam course Fesyen. Tapi Farah ni...erm, how can I describe it ya...Dia tak berapa nak kemas, senang citer, macam selekeh pon ader. Well, kata nak belajar fesyen kan? So, of courselah orang akan pikir, 'you should not underdress yourself, or else, people won't buy your design because you don't dress yourself properly' kind of way la. Maybe sebab dia bukan orang berada kot.

One day, dia tolong sorang makcik tua ni yang jual barangan lama. Makcik tu nak dia beli satu rantai leher ni. Alarhh...RM3 je. Farah ni dengan baik hati beli la rantai tu wpun duit dia pon cukup-cukup nak buat tambang balik naik bas. Dia terus pakai rantai tu; esoknya dia trus berubah! Tak perlu pakai spec lagi sebab mata dah tak rabun, rambut dah tak mengerbang ala-ala orang tak mandi, baju pun dah decent la jugak. Sampaikan bila dia datang Uni, orang yang sebelum ni pandang dia macam tak berapa nak perasan, baru perasan kehadiran dia. Time tu la baru ada orang ajak dia pi parti.

Ada satu part dalam citer tu;

F : Mak, Nani dapat jemputan pergi parti.

M: Baguslah, ada juge kawan nak mengajak. Tapi, perangai tu biar senonoh. Mak tak nak tau tibe-tibe keluar muka depan Metro.

F : Hish, mak ni...ke situ pulak. Cakap tu macam doa tau mak. Mak, Nani ni dah besar, Nani pandailah jaga diri ok?

M: Yelah, mak percaya kalau ko dah cakap macam tu.


Well, bila part tu berlalu, aku pulak tanya mak aku. Camnilah gaya pertanyaan aku:

N : Bu, ibu percaya tak Nanie dah besar bu?

I : Percaya lah.

N : Eh, tak. Kalo Nanie cakap kat ibu macam tadi tu. 'Nanie ni dah besar. Nanie pandailah jaga diri sendiri' tu.

I : Tak, ibu tak percaya...(owh, mak aku tak gelak pon bila dia cakap tu)

N : Tu la kan...bagus nyer mak dia tu (ekekeke)


Sangat ironi bila dibandingkan aku dengan Nani dalam citer POPULAR tu.

Owh, ibu, terima kasihlah kerana tak percaya dengan anakmu ini. Sebab 'ketidakpercayaan' ibu tu mengajar Nanie jadi lebih berhati-hati dengan segala tindak-tanduk Nanie. Dan disebabkan 'ketidakpercayaan' ibu tu jugak, Nanie jadi lebih protective pada diri sendiri dan aware dengan keadaan sekeliling Nanie.

Orang mungkin akan cakap aku ni dikongkong. Itu jugak pendapat aku masa aku awal-awal remaja dulu. Tapi sekarang ni, pendapat tu dah tak timbul lagi. Pada aku, tu semua tindakan yang dibuat oleh seorang ibu untuk menjaga anak perempuan dia. Tak salahkan, seorang ibu nak menjaga anak dia dari anasir luar? hehe ;D

Terima kasih bu!

2 comments:

f@nna said...

mak nanie same cam mak & ayah fanna hehehe..gi mane,dgn sape, balik pukul berape,pergi dgn ape,ade ape kat sane and segala macam soalan la kene jawab hehe..tapi itu yang jadikan kite berbeza dengan budak2 dalam "tibe-tibe keluar muka depan metro" kan ;)

elanie*Q said...

f@nna: haha..ye ke parents hang mcm tu? well, btol3...punyalah dh biasa disoal bertubi2 cmtu, smpai siapkan jwpn skema skli ;D

and, yg psl budak 'keluar muka depan metro' tu.. ada btul jugak. bersyukur kt xpnah lg jd 'model percuma' mn2 front page akhbar tabloid. hehe