Sunday, June 28, 2009

Rosnita + Hariff 280609

Ita atau Rosnita ni kawan sekelas aku masa kat Sekolah Menengah Puteri Ampang, KL (ARGS) dulu. Pernah sekelas dengan dia start dari Form 4 kalo tak silap la. Dengan dia ni aku ok-ok je la. Tak rapat sangat ngan dia sebab masing-masing ada geng masing-masing. Tapi boleh la berborak ngan dia kalo terjumpa kat mana-mana tu. Nama pon classmate kan. Dan dia classmate aku kat ARGS yang pertama berkahwin.

Serba sedikit pasal mempelai berdua ni:

Dorang bertunang nak dekat setahun. Sama-sama kenal masa belajar kat UKM; satu fakulti (FSKB). Cinta pandang pertama masa time induksi (bak kata abang Deejay tadi...hehe). Bila abang Deejay tu tanya pada mempelai, 'apa keistimewaan pasangan anda?'. Ini jawapan mempelai:

Ita : Kesabaran dia semasa berkawan dengan saya dulu (ayat lebih kurang camtu la. Yang penting point utama tak tukar)

Hariff : Semua nya.

Awww...sweet sangat jawapan dari suami Ita tu. Ada betulnya jugak. Takde sebab utama kita menyukai, menyintai dan menyayangi seseorang tu. Yang penting kesefahaman. Pada aku, keistimewaan seseorang itu terletak pada setiap sifat buruk dan sifat terbaik dalam diri pasangan kita. Takde siapa yang perfect tik tok, sampaikan takde sedikit pon cacat cela dalam perbuatan dan sikap kita. Lagipon, bila dah bersedia untuk sehidup semati, bermakna kita dah bersedia menerima pasangan kita seadanya; samada baik dan buruk dia. Dan bagi aku dalam setiap perhubungan, selalunya dalam perkahwinan, setiap suami isteri itu saling melengkapi diri masing-masing.

Macam sorang kawan aku ni tanya aku (masa tu aku baru awal 20-an). Dia tanya samada aku nak seseorang yang sama macam aku atau seseorang yang melengkapi aku. Aku jawab aku nak seseorang yang melengkapi aku (you complete me). Yang mana aku tidak, dia adalah jawapan baginya. Yang mana aku kureng sket, dia lebih. Dan sebaliknya juga. Heeee~

Ok, ok, sambung balik. Masa majlis tadi, kitorang dah macam buat small reunion jugak la antara budak-budak ARGS. Ada yang dah lama tak jumpa. Ada yang jumpa setahun sekali. Ada yang jumpa time-time kawan kawen je...Hish...tapi siyes rindu zaman hingusan sekolah-sekolah dulu. hehe ;) Kitorang la paling bising kat majllis tu. Lagi-lagi ada Bond. Mak aiii...bising dia sama macam kat sekolah dulu. Dia ni agaknya senyap time tido je kot..ekekeke ;D

Tapi, ape-ape pon, majllis Ita simple tapi meriah dan tak berserabut. Simple-simple pon masih vogue the vast gitu~ heee~ Seronok dapat jumpa kawan lama jugak!

p/s: gambar kat PicasaWeb dah letak tapi masih menunggu gambar dari kamera kawan-kawan yang len plak. Tungguuuu~

2 comments:

Liyana said...

NAK GAMBAR!!!CAMNE NAK MASUK PICASA WEB NANIE???Ana dah upload kat facebook tau!

elanie*Q said...

hoyeh, hoyehhh...owh, kalo pasni lupa lagi add, ni add nyer:

www.picasaweb.google.com/missimperfection85

oki doki, I'll check ur picture's out nanti ;)