Hari ni sekolah kebangsaan Ellie buat hari terbuka untuk ambik kad kemajuan (hari ni hari yang menakutkan untuk semua budak-budak sekolah yang dapat result tak berapa nak best). Pagi-pagi lagi tadi Ellie dah buat muka masam.
Ibu balik lambat jugak, time aku tengah sidai kain around pukul 930pg. Dari belakang aku dah dengar ibu membebel. Hish...apa lagi yang tak kena tu?
Ibu masuk dapur, aku sempat tanya ibu:
N: Ellie dapat nombor berapa bu?
I: Banyak!
N: (Aku sengih je. Tak mampu nak kata apa).
Masa aku tengah sidai kain tu, dengar lagi ibu bebel kat Ellie. Konpem result teruk nih. Aku dok terpikir macam mana nak bagi ibu cool down. Dulu, masa Ellie darjah 1 sampai darjah 3, dia selalu dapat nombor 1, 2 atau 3. Well, she's better than me of course. Aku time-time tu paling teruk dapat nombor 23 masa darjah 3. Sekali dalam seumur hidup dapat nombor yang sangat 'banyak'. The rest of my school year (dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku masih dapat kekalkan nombor kurang dari 10 tapi tak pernah dapat nombor 1 sampai nombor 3 tu; terror gak aku ni banding ngan budak2 lain). Larhhh, bukan salah aku pun, sebabnya kebetulan ada budak lagi terror dari aku, aku dengan baik hati, bagilah laluan pada dorang... hehe ;D
Owh, kembali pada cerita asal. Aku teringat dulu ada sekali tu masa hari ambik kad kemajuan jugak la; Ibu boleh cakap pada guru kelas Ellie:
I: Cikgu, lainkali janganlah bagi anak saya ni nombor 1. Saya takut dia tertekan sebab takut bila-bila nanti dia tak dapat maintain result dia ni.
Well Ibu, now you got your wish. So, nape nak bising-bising? Hehe...Aku cakap camtu sebab aku pon puas kena bebel ngan Ibu dulu. Nasib baik bawah aku ada adik kecik. So, dengan itu Ibu aku sket-sket dia lepaskan aku (bab-bab membebel pasal study untuk exam, bla, bla, bla... Bab lain, jangan harap dia terlepas pandang. Aku uruskan sendiri cara belajar aku lepas je dari zaman matriks. Ye la, sendiri nak berjaya, sendiri la usaha, kan?). Ish, tapi takkan aku nak cakap camtu kat Ibu plak. Last-last sampai aku habis menyidai, dah masuk umah, aku senyap je. That thoughts pasal apa yang pernah Ibu cakap pada guru kelas Ellie dulu aku simpan kemas-kemas dalam otak aku. Senyap lagi baik dari aku bukak mulut. Tapi aku peluk Ibu dari belakang, aku cium pipi dia banyak kali. Huhu... benda paling senang nak bagi dia cool down. Sudah-sudah la ye bu... Tapi puas jugak la Ellie kena fire pagi-pagi tadi. Ekekeke...
Tapi kiranya Ellie tu untung. Dia tak kena macam yang aku kena. Dia tu kira tahap manja tau. Kiranya Ibu sekarang ni dah banyak berlembut ngan dia, tapi, ye lah...budak-budak kan. Lagi disuruh, lagi tu dia buat tak tau.
Erm, korang pernah dengar tak pasal 'anak tengah'? Anak tengah ni selalunya lain sket perangai dia dari anak sulung atau anak bongsu. Lain dalam erti kata...'menjadi' atau 'tak menjadi'. Aku ni 'anak tengah'. Dalam tiga orang adik beradik aku ni, akulah yang paling degil, paling keras kepala, paling kasar, paling suka melawan kata, paling menyakitkan hati Ibu aku, paling...semua jenis 'paling' lah, tu la aku (Alhamdulillah, dah besar ni je semua 'paling' tu dah takde, sebab banyak pikir nak jaga hati Ibu dan hati semua orang yang aku sayang). Abang aku jenis senyap bila ditegur kalo buat silap. Ibu paling senang uruskan dia. Memang sifat anak sulung macam tu kot.
Korang yang pernah kenal aku sekarang ni, pernah terpikir tak aku ni pernah kena heret naik tangga umah aku sebabnya bila Ibu swuh aku hafal sifir, aku tak mau? Pernah terpikir tak aku ni pernah kena sebat ngan abah pakai ranting pokok yang baru lepas kena hujan, yang basah tu; sebabnya pergi rumah jiran aku, aku tak bagitau abah? Dia ingat aku hilang. Masa tu aku sekolah rendah lagi. Well, itu semua aku. Abang dengan adik aku tak pernah kena tu semua. Tapi pengalaman tu semua jadikan aku lebih matang, jadikan aku lebih berjaya berbanding abang aku. Aku nak kata aku lebih berjaya berbanding adik aku tak boleh, sebab dia masih sekolah rendah. Tahap dia tak sama macam aku. Nak kata sebab dulu aku tak mendapat perhatian sepenuhnya, tak jugak, sebab puas aku jadi anak bongsu selama 13 tahun. Lepas dari tu Ellie lahir.
Tapi aku tak pernah dendam ngan Ibu atau Abah aku. Bila terpikir balik kenangan lama, aku gelakkan diri aku sendiri. Baru terpikir yang aku ni sebenarnya nakal sangat, degil tahap gaban! Tak boleh ditegur. But that what makes me today. Seorang bekas pelajar Degree UiTM yang dapat Second Class Upper (result akhir dapat 3 ke atas) masa grad 2007 dulu; pelajar Master UKM yang Insyaallah habis study akhir tahun ni (Insyaallah dengan pointer 3 ke atas jugak). Dan selepas tu Insyaallah nak cari kerja yang bagus-bagus. TERIMA KASIH IBU, ABAH!
Mungkin berkat jadi 'anak tengah' kot? Ntah, tapi apa yang boleh aku cakap pada adik kesayangan aku yang sorang tu; 'I've been there, done that'. Sama je. So, dia tak boleh marahkan aku kalo tetiba aku pon sama-sama membebel ke dia benda yang sama macam Ibu membebel ke dia. Huhu... Maknanya, aku sayangkan dia. Membebel bukan membebel kosong, tapi berisi.
No comments:
Post a Comment