Sunday, June 28, 2009

Round satu KL

Tajuk entry dah menceritakan segalanya. Huh~

Semalam 270609 aku, aTiQue dgn LiyanaRoxx memang dah plan nak pi IKEA cari hadiah kawen Ita, which was today lah. Last minute, Ana tak dapat join sebab dia kena siapkan tiga report yang dah menanti dia lepas je balik outstation dua minggu berturut-turut. Tinggal aku ngan aTiQue je la meronggeng.

Semalam aku la yang drive. Ingatkan aTiQue ni biasa lalu jalan MRR2 tu. Rupanye dia biasa lalu jalan dari UM. Hampeh. So, aku dengan terror nyer cakap, 'takpela,boleh gak lalu jalan ni'. Muka konfiden tak boleh tahan. Hahaha ;D So, bermula la episod kitorang TERlepas exit la, TERlepas junction la, TERsalah masuk area Damansara la (Damansara kan banyak; Sri Damansara, Damansara Utama, Damansara Heights...ape lagi?), TERfree-free pusing satu Sri Damansara tu (eh, macam aku pnah nampak signboard tu. Weh Tiqah, kita ni dah pusing satu Sri Damansara ni. Ape kes? wakakakaka), semua 'TER' ada. Dengan jammed yang amat panjang sebabnya ada kereta benti tepi nak tukar tayar dan ada satu kepala lori rosak tengah-tengah jalan. Ceh~ Dan yang paling best;

N : Tiqah, IKEA kat Damansara yang mana? Kan Damansara ada banyak.

T : Entah, aku pon tak tau. Hehe...aku tau pergi je.

N : Hampeh btul ko ni. Aku ingat ko tau. Kalo tau, tau la tuju.

T : Ekekeke


Sempat lagi budak sorang ni buat lawak ngan aku time-time stucked dalam jammed tu. Nasib baik kaki aku ni dah lama dilatih untuk keadaan jalan jammed. So, takde la tetibe nak cramp kaki ke...Ye la, sebab bawak manual kan. Ish, mantap, mantap kaki aku nih. Hehe ;D

Nasib la aTiQue ni ada sorang makcik dia dok kat Damansara. Mintak tolong Cik Kiah bagi kan direction dari sekian, sekian arah. Fuh, lepas tu kitorang terus tuju la ke situ. Senang je rupanya.

Sampai-sampai je perut dah mintak diisi. Makan la kat foodcourt IKEA tu sambil merasa Meatballs popular yang orang dok sebut-sebut tu (tapi bagi aku, biasa-biasa je. Best lagi meatballs dalam Spaghetti Meatballs kat Secret Recipe tu...hihi...lidah orang lain-lain kan).

Lepas makan ikut aTiQue pi surau (aku cuti-cuti Malaysia), dan lepas tu terus bershopping. Sempat jugak la beli barang untuk diri sendiri. Aku bli noticeboard (nak ganti noticeboard dalam bilik aku yang aku buat sendiri tu) dengan hanger serbaguna yang sangat comel. Kat tempat lain takde tau. Syok plak tengok Tiqah bli barang nak hias bilek dia. 'Abah, cepatlah cari rumah baru dan pindah. Nak hias bilik sendiri jugak'. Almaklumlah, rumah sekarang ni umah sewa. Nak hias beriya pon, umah orang.

Dalam kul 4ptg kitorang pon balik la. Kali ni lalu ikut jalan yang aTiQue selalu lalu. Ikut pintu belakang UM dan lalu Bangsar. Membebel budak tu kat aku sebab bawak slow. 'Weh, lek ar...ni first time aku lalu jalan ni. Kalo jalan yang biasa-biasa aku lalu, takde gaya aku bawak se'slow' ini'. Adeh~

Lepas hantar aTiQue balik, sampai umah dalam pukul 5ptg. Belum sempat nak duduk pon, kul 530ptg kuar umah lagi. Kali ni kuar ngan famili. Ibu nak buat spec baru. Aku pon mengendeng ke abah nak buat satu jugak. Kebetulan aku takde spec back-up kalo jadi apa-apa pada spec yang aku pakai sekarang.

Tapi biasalah aku. Cerewet btul. Yang itu tak kena, yang ini tak kena. Yang itu full frame la, yang itu frame empat segi sangat la, yang ini kecik sangat, warna tak sesuai plak. Macam-macam. Saje je buat abah pening kepala. Last-last minute baru aku terjumpa satu frame ni dari Levi's warna merah darah. Ok la berbanding yang lain-lain tu. Tapi mintak tukar shape cermin plak. Hehe... 'Sori amoi. Saya ni cerewet sket. Tapi sebab saya tau hak saya sebagai customer, saya nak gak susahkan amoi. Heee~' (sambil buat muka manis depan amoi tu. Amek hati dia).

Masa tunggu amoi kedai tu lukis shape spec aku, sempat gak aku try 2-3 spec yang ada kat displayer tu. Yang aku try tu semua yang jenis alternatif. Macam budak nerd pon ader. Yang macam cikgu zaman dolu-dolu pon ader. Haha ;)

Lepas je siap bayar segala, kitorang pi Jusco Taman Maluri plak sebab semua dah lapar. Makan kat Nando's. Balik umah pon dah pukul 830mlm cmtu. Kemas-kemas barang yang sempat beli kat Jusco tu, naik atas nak mandi dah pukul 10mlm dah. Huhu...penat satu badan.

Tapi, semalam memang berjalan tak ingat jugak la...Lama dah tak berjalan selama macam tu.

No comments: