Thursday, June 25, 2009

Singapore owh Singapore

Waaa...nape la tetibe penyakit H1N1 ni makin berleluasa? Ish, kalo tak hujung bulan ni atau awal bulan 7 nanti plan nak pi meronda kat Singapore ngan Wafi dan Kak Iza dah jadi kenyataan dah. Hehe...Aku ni salah seorang rakyat Malaysia yang tak pernah jejak lagi kaki ke Singapore tu. Tengok dari jauh pernah la, tapi tu pun tengok pagar dawai elektrik kem NS dorang dari Tebing Runtuh, Wilayah Iskandar, Johor Bahru (masa trip kelas Audit bulan Februari 2009).

Plan kitorang tu weekend je. Setakat untuk bergambar, percaya tak? hehe. Plan asal, petang Jumaat Wafi balik dari kerja terus naik bas ke JB, tidor kat JB (kan ada rumah tumpangan yang murah- murah tu. Tapi of courselah Wafi bilik asing dari aku ngan Kak Iza. Hish...). Bermalam memang di JB, siang hari je kitorang masuk Singapore. Ahad pagi balik la KL semula. Memandangkan kitorang bertiga memang tak pernah pi Singapore, trip tu sebenarnya hanya sebagai trip untuk bergambar, takde niat untuk bershopping pon sebab barang kat Singapore mahal dan sama je jenisnya dengan kat Malaysia (baik shopping kat Malaysia je).

Dengar trip nak bergambar macam gaya professional photographer je kan? Hahaha...Blum, blum lagi. Aku bukan budak fotografi pon, cuma fotografi memang minat aku dari dulu lagi. Tapi setakat pakai point+shoot camera je la (digital camera). Takde sampai bli DSLR yang besar bagak macam abang aku punya atau mana-mana photographer amatur. Duit takdelah. Lagipun aku tak minat nak mengangkut benda besar-besar ni berjalan. Beg kamera je dah berat dan besar, silap-silap aku tinggal tepi jalan kang. Hehehe ;)

H1N1, kacao la hang ni. Ish! Kan dah lebur harapan nak pi bergambar ngan Singa paling besar dalam dunia tuh. Huhu :(


p/s: Nanti aku nak kawen, photographer sudah ada. Abang sendiri. Untung sebenarnya jadi aku ni ;D

No comments: