Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Alarh, citer basiii II

Heyp, heyp!!

Another story yang basi nih.. But, takla berapa nak basi sebab citer ni supposedly been updated one week ago ;) Tapi kira basi jugak ehh?? Tak kira, nak update jugak. Muahahah ;D

A week ago me and encik hubby balik Kedah lagi. This time hantar Tok balik Kedah sebab ada hal berkenaan tanah. Stay Kedah semalaman je. Tu pun encik hubby mintak cuti sehari on Monday. Kalo tak, balik hari mesti penat weyhhh...

Let the pictures do the talking ya ;)

Makan di area Marina Kuala Kedah

Me-Tasha-Ayang

Kat Muzium ape-ntah?

Ngan mak mertuaku~

Malam tu makan ikan panggang. Encik hubby yang panggang kan :)

Before balik, ni dia belacan Alor Ibu, jenama Rodiyah. Kat KL, belacan besar ni RM2. Kat sana dapat RM1, kitorang bli RM10, siap dapat free satu. Encik hubby sangat suka jenama Rodiyah ni :)


p/s: Punya la banyak beli, ada lagi 6 peket belacan dalam peti ais. Ada sesape nak? hehe ;D

Sunday, October 24, 2010

Alarh, citer basiii...

Wahh... the title says it all :]

Citer basi, citer raya yang dah 2 minggu berakhir. Bukan ape, aku kan suri rumah yang berjaya. HEhe ;D Bukan setakat yang berjaya, malah menjadi blogger yang pemalas juga (I mean sejak dua menjak dah jadi isteri orang ni).

What to do. House chores really got me going non-stop ke depan, ke belakang, masuk dapur, kuar dapur... Owh, I really dunno how am I going to do kalo dah keje nanti. Haish, konpem tak tersentuh laptop langsung. And bersawang2 blog aku ni jadinya. So, sebelum terjadinya kejadian seperti itu, meh aku korek citer2 yang basi tu. hehe ;)

Last raya, to be exact on my 11th day of raya, Me and my encik hubby balik ke kampung Tok kat Alor Star, Kedah. Gerak dari KL pon dah petang, siap singgah Bidor. Bleh paham2 je la sampai Alor Star dah kul 10mlm lebih. The next day tu baru ronda area umah Tok. Early rise nak pi rasa nasi lemak kosong 5kupang, 6kupang yang ada lauk ayam. But, maybe orang2 Alor Star ni tak kuat makan pedas kot or dorang jarang buat sambal sebab I think sambal kat KL lagi best. Or, sambal yang aku masak lagi best. Hee~~

Time datang Kedah bulan 9 tu, padi dah dituai, jadinya kuning je pemandangan (bukan otak kuning ye).


After breakfast, encik hubby bawak ronda ke Alor Ibus, pantai berdekatan ngan Kuala Kedah, belakang umah Tok je. Sepanjang Alor Ibus tu ada perumahan, and IKS penduduk setempat kat situ jual belachan! ;)) But that time around aku tak beli belacan pon, hanya lalu je, benti and berposing barang sekeping dua...

Sepanjang Alor Ibus, Alor Star

Tunggu ikan dibawa ke darat

Encik hubby dan mak tak sabar2 nak bli ikan fresh :)


Kitorang spend 3 days, 2 nights kat Kedah raya yang lepas. Kumpul experience baru masa ke Kedah tu like tido dalam kelambu, beli ikan fresh turun dari laut etc. And it was... fun! :D


p/s: There will be a part II for this. Wait ahhh :)

Thursday, June 25, 2009

Singapore owh Singapore

Waaa...nape la tetibe penyakit H1N1 ni makin berleluasa? Ish, kalo tak hujung bulan ni atau awal bulan 7 nanti plan nak pi meronda kat Singapore ngan Wafi dan Kak Iza dah jadi kenyataan dah. Hehe...Aku ni salah seorang rakyat Malaysia yang tak pernah jejak lagi kaki ke Singapore tu. Tengok dari jauh pernah la, tapi tu pun tengok pagar dawai elektrik kem NS dorang dari Tebing Runtuh, Wilayah Iskandar, Johor Bahru (masa trip kelas Audit bulan Februari 2009).

Plan kitorang tu weekend je. Setakat untuk bergambar, percaya tak? hehe. Plan asal, petang Jumaat Wafi balik dari kerja terus naik bas ke JB, tidor kat JB (kan ada rumah tumpangan yang murah- murah tu. Tapi of courselah Wafi bilik asing dari aku ngan Kak Iza. Hish...). Bermalam memang di JB, siang hari je kitorang masuk Singapore. Ahad pagi balik la KL semula. Memandangkan kitorang bertiga memang tak pernah pi Singapore, trip tu sebenarnya hanya sebagai trip untuk bergambar, takde niat untuk bershopping pon sebab barang kat Singapore mahal dan sama je jenisnya dengan kat Malaysia (baik shopping kat Malaysia je).

Dengar trip nak bergambar macam gaya professional photographer je kan? Hahaha...Blum, blum lagi. Aku bukan budak fotografi pon, cuma fotografi memang minat aku dari dulu lagi. Tapi setakat pakai point+shoot camera je la (digital camera). Takde sampai bli DSLR yang besar bagak macam abang aku punya atau mana-mana photographer amatur. Duit takdelah. Lagipun aku tak minat nak mengangkut benda besar-besar ni berjalan. Beg kamera je dah berat dan besar, silap-silap aku tinggal tepi jalan kang. Hehehe ;)

H1N1, kacao la hang ni. Ish! Kan dah lebur harapan nak pi bergambar ngan Singa paling besar dalam dunia tuh. Huhu :(


p/s: Nanti aku nak kawen, photographer sudah ada. Abang sendiri. Untung sebenarnya jadi aku ni ;D

Sunday, June 7, 2009

Spreeing Freely~

Hoho...

Hari ni aku pi amek Kak Aina kat Shah Alam. Lagi-lagi bila dia tau aku sorang-sorang kat umah (abah+ibu balik kampung awal minggu ni -- Hari Khamis petang lagi dah chow balik kampung sebab abah ada hal kat kampung --). Before balik dari Shah Alam, sempat lagi kitorang berdua pergi jalan-jalan kat Taman Tasik Shah Alam (TTSA). Dah lama sangat tak singgah sana. Dulu masa time study kat UiTM, tu lah tempat aku hilangkan tension. Baca nota exam pon kat situ. Ehehehe...so much for mencari ketenangan.

So, mulalah kitorang buat sesi bergambar secara 'tak senonohnya' (bahasa Min...hehe) berdua. Eh, bukan tak senonoh ape ye. Ye lah, korang bayangkanlah, siap buat self-time lagi. Lawak btul. Macam-macam posing ada. Tergelak terkekek-kekek kat taman tu. Macam buat rumah sendiri ;D

Lepas nak dekat satu jam duk bergambar kat TTSA tu, balik lah umah aku. Dah siap lunch semua, sempat aku lipat kain segala, tengok tv; petang kul 3 kitorang keluar lagi. Tak duk diam hari ni. hehe...

Memula pi Ampang Point sebab aku nak cari baju tight untuk pakai ngan baju lengan pendek aku. At last before balik dari AP, sempat beli satu t-shirt yang sama design ngan Kak Aina. Wehee...comel baju tuh.

Balik je dari AP, bukan terus balik umah; tapi sempat pi Jusco Maluri. Nak pi cari remote control Astro ni ha...Asyik buat hal je. Sempat gak pi bli barang-barang untuk buat masak Mee Goreng Tomyam aku tu. And then...balik lah!

Sampai umah, aku try la baju baru tu. Ala, yang sama design ngan Kak Aina tu. Sama-sama try, and then kitorang decide nak bergambar ngan baju baru tu. Dah macam takde keje plak. Kali ni buat mode 'continuous snap'.

Total gambar yang kitorang sempat amek hari ni = 469 keping!

Wednesday, June 3, 2009

my 100th entry!

wehee~

At last, sampai jugak aku ke entry yang ke-100!

Sukanya, suka lah... ;D

Aku tak tau nak membebel apa kali ni sebab tak pergi mana-mana pon setakat ni (kecuali seminar semalam tu je lah).

Erm, plan aku hari nih? Tak buat ape-ape. Jap lagi nak pergi Carrefour dengan Ellie. Abah mintak tolong tanyakan kat Maxis pasal Broadband abah buat hal. Tak boleh online (naseb aku punya ok je).

Pastu ibu mintak tolong belikan sayur sket. Ok. No hal je ;D

Kemudiannya, balik lah rumah. Dah memang takde plan ape-ape pon hari ni. Nak merehatkan diri, nak bermalas-malasan atas katil, nak study movie-movie best kat HBO - Cinemax - Star Movies, nak start baca buku baru - Night World Vol. 3 -, erm...tu je kot.

Ok, chow cincau~

Monday, June 1, 2009

~Jun~

Aduhai...pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Jun dah. Rasa macam kejap je cuti sem aku dah berlalu. Sedangkan dah tiga minggu pun aku melepak kat umah nih.

Tapi aku happy sebab at last, entry aku untuk satu bulan lepas jugak sampai 27. hahaha...Ye la, walaupon cuti, tapi aku tak serajin LiyanaRoxx nak update setiap masa. Kalo ader story baru, barulah aku membebel kat dalam blog nih.

Erm, kalo ikutkan ada lagi empat minggu before naik semester baru. Eventhough semester baru nih aku setakat buat tesis, tapi aku rasa macam aku akan busy sangat-sangat je nanti.

Aku, Shidah ngan Sal under Dr. Er ni tak habis-habis asyik disuruh ke sana ke mari ikut seminar kesihatan la, bengkel itu la, ini la. Memangla bagus Dr. Er nak bagi kitorang expose benda-benda camni. Yelah, persediaan bila dah keje nanti; se'busy' inilah. Bagus memang bagus. Tapi yang susah kitorang jugak. Kadang-kadang sampai tak menang tangan nak buat macam-macam. Ni pon esok aku kena datang Seminar Kesihatan Awam kat HUKM kul 130ptg sampai 5ptg. Dato' Syed jemput. Dahtu, aku ngan Mr. Samihin (eh, betul ke nama encik tu Samihin) yang sambung PhD tu je yang attend. RA Dr. Er ikut Dr. Er pi Cherating. Si Leha dah letak jawatan sebagai RA sebab dapat jadi guru sandaran tak terlatih plak. Shidah jauh nun kat kampung, si Sal tengah tunggu masa nak bersalin je. Akuuuuuu jugak~ Nak tak nak, aku tolong wakilkan dorang sekali. Karang kalo tak datang, senang-senang plak dapat B untuk tesis. Tak mau aku gamble camtu. Takpelah, duuuugaaaannnn...aduh~ Bak kata orang 'bersusah dulu bersenang kemudian' kan... Yelah, ye lah...

Hari ni patutnya aku kena hantar proposal tesis aku kat Dr. Er, sebabnya kitorang kena tukar kawasan kajian. Dah elok-elok buat area Seremban, kali ni kena tukar ke area Lembangan Langat (consists of Putrajaya, Seremban, Nilai and most of Selangor's districts). Kan banyak tuh. Tapi aku tak start ape lagi nak ubah kawasan kajian tuh. Tengoklah, lepas seminar esok ke, bila-bila aku rasa nak menghadap laptop dan meng'google' Lembangan Langat dalam internet nih. huhuu...

Lepas tu, plan nak pi Singapore awal bulan 7 nanti dengan Wafi dan Kak Iza rasanya dah confirm batal. Member rapat Kak Iza kawen dan dia nak pergi. And sekarang ni pon reason makin kukuh untuk tidak pergi ke Singapore sebab SWINE FLU dah masuk Singapore.

'Wafi, takpelah, trip kita kali ni kita batalkan dulu. Nanti bila masing-masing dah ada free time, dan SWINE FLU dah berkurangan dan tak semeriah sekarang, kita pergilah ye? Tapi jangan ko pi redah Singapore tu sorang-sorang dulu. Aku nak ikottt~'

Erm, setakat ni je aku nak membebel. Nak pi sidai kain plak. Daaa~

Sunday, May 31, 2009

Sabah Rendezvous! (part VI)

Semalam flight aku kul 4ptg. Kat Sabah ni, guard yang jaga kat airport tu punya la ramai. Aku rasa macam aku pi Myanmar plak tau.

So, masa check-in tu, first time aku check-in, laptop tak boleh di scan dan aku kena keluarkan laptop aku dari beg dan letak dalam bekas yang disediakan. Bila dah keluarkan lappy aku, aku lalu kat tempat scan badan tu. Bip! Aish, aku pelik nih! Bila masa plak aku bertindik yang bukan-bukan sampai scanner tu bunyi plak. Owh, maybe sebab aku pakai tali pinggang kot. Dan aku terpaksa di 'scan' secara manualnya oleh mak guard yang ader kat situ. First time weh kena 'raba' dek mak guard tu. Malu sebab ader abang polis sorang berdiri sebelah mak guard tu pandang aku. Aku sampai tak jadi nak pandang ke arah dia. Ye lah, sapa suka kena raba? durh~

Masuk-masuk je plane, plan awal aku duduk ngan ibu dan Ellie, abah duk sorang satu row belakang row kitorang. Dan-dan plak yang duduk kat row abah tu dua-dua perempuan, abah mintak aku tukar ngan dia. Aku nih, bab-bab tukar plan, memang aku angin sket. Tapi, nak tak nak, aku tukar jelah. Yang aku malasnya, sebab aku ni kan selsema semalam. At least kalau aku duk sebelah ibu ke, aku rasa selesa sket. Tapi masalahnya nak duduk sebelah orang yang aku tak knal, uncomfortable btul.

Sepanjang-panjang dua jam setengah punya flight tu, aku asyik duk tekap hidung aku dengan tisu. Lunyai dah tisu tu aku duk sapu hingus aku...Adui...Jangan sampai minah sebelah aku tu ingat aku ada H1N1 sudah weh...'Cik, saya ni ada resdung, trus jadi selsema kalo dah teruk sangat. Mintak maaf lah ye. Tapi apa-apa pon, cik takkan dikuarantinkan dan confirm takkan mati punya'. hahaha ;D

Berapa banyak kali hidung aku tersumbat dalam plane. Aku sampai rasa aku nak je pecahkan tingkap plane tu, nak terbang sendiri kat awan biru tuh. Korang bayangkan jela, sepanjang flight tu aku pakai sunnies. Gila aper? Ingat panas sangat ke? Tapi memandangkan mata aku ni super dooper sensitif kalo tengah resdung, aku buat derk jugak la kat orang yang dalam plane tu. Pedulik hape aku kalo korang nak pandang serong kat aku, konon-konon macam mat saleh celup la tuh kan...Pilih mana satu; nak aku bersin-bersin sepanjang flight sebab aku tak pakai sunnies atau nak aku senyap tapi setakat bunyi sok-sek-sok-sek?

Last-last plane mendarat kul 630ptg, naik teksi dalam kul 645. Aku sampai umah dalam kul 750ptg camtu la. Tapi siyes pakcik teksi tu bawak giler slow! Aku rasa macam nak mintak permission dia aku nak tolong bawakkan teksi tuh. Huhuhu...Ye la, bayangkan, even abah yang salu naik teksi KLiA pon cakap, tu first time dia naik teksi yang sangat slow...hehe...

Okla, Aku chow dulu...Habis dah Sabah Rendezvous aku untuk kali ni. Daaa~

Saturday, May 30, 2009

Sabah Rendezvous! (part V)

Day Four:

Woohoooo!!!

Aku nak balik hari ni. Tak sabar dah nak balik. Rindu btul aku kat katil aku, kat rumah aku. Yep, I miss my home. That's it. Period.

Hari ni, aku breakfast lambat sket. Pergi breakfast kat area belakang hotel kitorang tuh, Aieza Cafe. Pagi ni pon kepala aku masih rasa sakit walaupun dah tido lama malam tadi. Lepas makan tuh, pi masuk 7 Eleven, aku nak beli ActiFast. Dah tak tahan dah bila dah jadi budak hingusan balik nih. Mata pon rasa tebal je (hehe); sok sek, sok sek...

And then kitorang trus pi Pasar Filipina lagi. Last round. Nak pi beli lagi sket Kuih Cincin tuh and sket lagi buah tangan untuk kawan-kawan.

Ni dah kat bilik abah. Baru lepas kemas baju-baju kotor dan kemas buah tangan yang kitorang beli hari tu selain lepak-lepak tengok tv. Jap lagi nak mandi, siap-siap aku nak check out bilik aku; lepak plak kat bilik abah. Nak check out dari hotel dalam kul 2ptg nanti. So, oklah...aku nak mandi lah.

Salam Balik dari Sabah~

Sabah Rendezvous! (part IV)

Day Three:

Hari Jumaat nih abah dah takde meeting dah. Pagi-pagi lepas breakfast kitorang satu family dah pergi serbu pejabat MAS Airlines. Ingatkan nak tukar tiket pagi sebab rasa-rasa macam dah takde nak beli apa-apa dah. That lady cakap memang takde seat untuk tiket pagi. Dia nasihatkan kitorang stay dengan tiket pukul 4ptg tu. So, dengan hampa (hampa ke? ader peluang nak shopping lagi nih..ekeke) kitorang pun terus menuju ke Pasar Filipina lagi.

Untuk kali kedua nya pergi pasar tu, mata jadi juling lagi..haha ;D This time kitorang round depan pasar yang berdepan dengan Hotel Hyatt. Ada kedai-kedai jual buah-buah. Kitorang sempat beli Mangga dengan Buah Salak (Buah Salak ni kadang-kadang rasa kelat, jarang dapat yang manis. Tapi yang aku try ni manis, ada sedikit kelat la. Best!).

Jalan depan sikit, area Pasar Ikan Masin. Macam-macam jenis ikan masin ader. Perut ikan yang dikeringkan pun ader (yang ni nak buat masak aper pon tak tau), sotong kering, udang kering, owh yes, gamat kering pon ader! Borong jugak kitorang kat situ. My favorite of course la sotong kering. Nak ibu masak sambal... weheee~ lama btul ibu tak masak sotong kering sambal tuh. Rindu~ Pastu ader plak kawan abah kirim udang kering 3 kilo (ish, kawan abah ni nak jual balik ke kat Semenanjung tuh?).

Next station kitorang, menuju ke kedai yang jual kuih-kuih lokal Sabah. Ape lagi, aku pun borong la Kuih Cincin yang sangat-sangat fofular tuh dan ntah ape ntah lagi yang ibu beli. Yang macam jenis macam Belinjau pun ada (korang penah makan tak kerepek Belinjau nih?).

Dah tu, punya la berat nak mengangkut. Dah la berat, banyak plak. Kitorang siap pergi beli beg lagi. Bukan setakat satu beg je, tapi dua!

Petang tu lepas abah balik dari Solat Jumaat, kitorang cadang nak pergi rumah adik abah, Mak Yah. Mak Yah duduk dekat Kampung Ramaya; betul-betul dekat simpang nak ke Mansopiad Cultural Village. Mak Yah ni aku jarang jumpa. Last aku jumpa Mak Yah masa abang kawen dua tahun lepas (2007). Mak Yah dah duduk kat Sabah ni nak dekat 25 tahun. Dah sama lama macam TV3 dah. Hehehe ;) Tapi dia berpindah randah la. Last abah jumpa Mak Yah dekat Sabah ni dalam empat tahun lepas di Sembulan, masih di Daerah KK jugak. Sebabnya husband Mak Yah ni kerja cikgu. Dia naik pangkat, tu yang asyik berpindah tu.

Aderla dalam tiga jam kitorang duduk kat rumah Mak Yah. Tak sempat nak bergambar pun. Aku men ngan Melo, arnab si Balqis tuh. Manja! hehe ;)

Balik je dari rumah Mak Yah petang tu, kepala aku punya la sakit. Aku rasa sebab masuk angin kot perut nih sampai naik ke kepala. Time ni aku teringat kat Ain (Along aku...huhu). Dia tu tau nak tarik angin orang lagi-lagi kalo dekat area kepala. Rindu kat Ain la...

Patutnya malam semalam abah ingat nak makan malam sekali ngan Mak Yah and family. Tapi memandangkan aku sakit kepala yang amat sangat sampai rasa tak boleh nak bukak mata. So, abah decided makan kat hotel je. Lepas mandi before pi dinner pon, kepala aku berat je... Lepas makan pon macam tuh.

Malam tadi aku tidor awal dalam 10 lebih. Dah tak larat sangat; dengan sakit badan, dengan hidung tersumbat...Adeh~

To be continued...

Friday, May 29, 2009

Sabah Rendezvous! (part III)

Owh, semalam aku on lappy kejap je. Lepas je abah pi meeting, aku trus je lepak bilik. Update sikit-sikit kat Picasa Web Album; update rendezvous baru and then just tengok-tengok Facebook.

Kul 1130am keluar pi lunch ngan Ibu dan Ellie. Kitorang round kat Wisma SEDCO, kat situ ader Parkson dan Giant. Dalam Wisma tu ader jugak Bangunan Warisan, ader jual kraftangan Sabah. Well, sempat jugak aku ngan ibu merayap kat situ dan sempat gak beli something2 untuk kawan-kawan.

Balik je dari lunch, aku trus gi mandi lagi sekali. Berpeluh bila jalan bawah panas nih. Padahal it was only 5 minutes away dari hotel kitorang ni. Lepas mandi je, badan tetibe rasa penat len macam dan lepas je solat, trus gedebum...tidor. Dari kul 230pm sampai kul 400pm. Adeh, penat plak tidor petang nih. Tapi bila badan dah penat, sebelum mood menjadi tak berapa nak best, baik aku tidor ye tak? Hihihi...

Petang semalam lepas je abah balik dari meeting, abah bawak kitorang pi makan kat Tanjung Lipat. Jauh jugak; naik teksi dalam 20 minit jugak la. The best thing about KK ni, ader beberapa je traffic light. The rest adalah roundabout yang sangat2 kecil dan comel ;D

Kitorang makan kat Likas Highway Corner; makan Ikan Kerapu panggang, sotong masak sambal, udang masak butter dengan sayur campur. Total ingatkan la sampai beratus-ratus sebab ngan portion nasi putih yang banyak, air kelapa yang abah order punya la banyak (sampai abah kembung perut nak ngabeskan air kelapa tu), tapi cuma kena bayar RM94 je!

Weh, berbaloi la sebab ikan pun fresh; semua nampak fresh lah! Dahlah saiz ikan, udang, dan sotong tu besar-besar. Itu kalo kat KL mau beratus-ratus kena bayar. So, bagi aku, OK la...kena ngan harga, kena ngan portion makanan yang kitorang order. Yang penting, perut kenyaannnnggg...kan, kan?

To be continued...

Thursday, May 28, 2009

Sabah Rendezvous! (part II)

hoyehhhh~

Second entry untuk Sabah. Erm, nothing much since my last entry about it.

Semalam balik je dari Giant, kitorang trus lepak didalam bilik sepanjang hari. Seperti biasalah; Aku dh cukup kalo dapat bahan bacaan yang best2, aku tak kesah sangat nak makan ke, nak tengok tv ke...Tapi memandangkan ada lappy kesayangan, aku pon melepak atas katil, update gambar dalam Picasa Web Album. Banyak gak yang aku baru nak letak (tapi gambar2 tu sume sama je macam dalam album yang aku create dalam Facebook atau Friendster). But since Blogger macam aku ni ader Picasa, senang jugak kalo setakat nak tengok2 balik gambar lama-lama yang aku ader masukkan dalam blog aku ni.

Enuf bout that. So, petang semalam lepas abah balik dari meeting, abah ajak pi jalan kaki ke Pasar Filipina. Dekat.. boleh tahan la; sempat gak kaki ibu melecet (and me, being a super dooper terror bab nak travel nih, dah memang sentiasa ready ngan hansaplast -- owh, penyelamat keadaan. Cuma tak bawak Safety Kit kehulu kehilir je).

Kat Pasar Filipina tu sempat shopping sikit je sebab pegi pon dah nak malam, jadinya takut sket nak hangout lama-lama kat area tu. Masa nak balik pon, dah gelap. Sempat beli t-shirt murah2, ibu beli gelang Kristal Swarowski (hah, betul ke tuh eja?), saprah (alas meja la), Ellie beli something untuk kawan-kawan dia, I bought a bag (wehee~), keychain, ape ntah lagi yang benda sangkut2 ibu beli.

Well, orang kata kat sini mutiara murah-murah kan? Hehe...Tapi kebetulan aku ngan ibu tak minat sangat ngan mutiara, saved la abah...kan abah? Memang tak minat. Sorry baaa...

Kat situ, nampak je harga mahal-mahal, tapi pekedai tu boleh bagi harga kurang sampai 50%. Tanya la kawan aku sorang tu. Macam dah biasa sangat dia kat situ (Owh, by d way, saya tak jumpa lagi patung ikan besar ader muncung, ader ekor yang awak cakap tu...dah gelap masa tu).

Balik je, trus pi makan (tapi tak sempat nak pi cari ikan panggang yang kawan kata sedap tu...nanti-nanti la kot). Balik dari makan lepak bilik ibu sat, pastu trus balik bilik sendiri, mandi-mandi, gosok baju, baca buku...And...gedebum...ngantukssss sangat. Kawan aku mesej aku pon, mula-mula tu ok lagi. Masuk mesej yang keempat kot, aku trus tak tersedar aper. Sampai kepagi aku pegang handphone aku tu...huhu...

Rini, macam semalam, Subuh awal kat sini ; satu jam awal dari KL. So, 'bangkit' (pinjam bahasa kawan baru..hehe..jgn marah ye awak) kul 530am lepas ibu kejut. Kul 615 camtu dah pi turun bawah breakfast. Ni masih dalam bilik, baring-baring, update blog ni (otherwise, u won't be reading my second rendezvous la).

Ok, chow dulu. Nak pi menyibuk kat bilik ibu plak.daaa...

To be continued...

Travelling-Must-Have

Bagi sesiapa yang suka travel tu, well, benda ape yg wajib korang bawak?

Kalo aku, selain benda2 wajib macam:
  1. baju dan seluar,
  2. anak2 baju (hehe...haruslah ada!),
  3. duit,
  4. handphone,
  5. telekung dan sejadah,
  6. owh, yeah...lappy. Lagi?
  7. segala jenis charger lagi-lagi charger kamera (sangat wajib!),
  8. deodorant, lippy, powder, cream muka (billik hotel kan sejuk; muka kering),
Tu je kan? Tapi aku kena tambah dua benda lagi, iaitu:
  1. English novel (all time favorite atau new one)
  2. mp3 player stuffed up with lots of cool mp3 songs
And then, my travel list's already fulfill. hihii...

Wednesday, May 27, 2009

Sabah Rendezvous! (part I)

hey, hey...

Guess where am I right at this moment?

Aku dah kat Sabah, Negeri di Bawah Bayu...

Memang bawah bayu weh, sejuk giler...Ingat bagi je sweater trus kat adik aku biar dia yang pakai. La ni aku yang tak boleh berlekang ngan sweater aku tu. Malam tadi pon tido pakai sweater, siap off aircond. Punya la tak tahan. Kalo tak off aircond tu, silap-silap aku jadi burung hantu la tak boleh tido (sekarang ni badan sangat-sangat tak tahan ngan cuaca sejuk. Worst, aku tak boleh tido dalam keadaan ber'aircond').

Aku dah survive dah first day trip. Lama gak tak naik flight. Last tahun 2006 kot. Errr...Last ibu pi bercuti kat Myanmar tahun 2007. Aku around akhir 2006 atau awal tahun 2007. Tak berapa nak ingat dah.

Semalam masa dalam flight, dah la lapar sesangat. Sekali bila steward tu tanya nak makan apa; kena choose antara 'Chicken Satay with Fried Rice' atau 'Beef Satay with Fried Rice'. Aku terpaksa cakap nak chicken satay tuh. Hampeh btul sebab; aku hanya boleh makan satay ayam tu minus nasi goreng. Aku paksa adik aku habiskan portion nasi goreng aku. Dahla satay tu ada tiga cucuk je. Tibai la weh...lapar punya pasal, sume habis dengan puding, Ferrero Rocherre (uh, betul ke eja tu?), juice dengan air mineral sekali.

Sampai Airport KK around kul 1945pm. Trus naik teksi ke Promenade Hotel. Dapat la bilik 629, bilik ibu 637. Bilik aku mengadap laut. Ok ler...walaupun mata ni sesak tengok bumbung hotel yang baru buat renovation tuh (ye la, tingkat 6 bukan tinggi mana pon. Bumbung tu pulak tinggi).

Ni dah di tinggal abah kat hotel bertiga. Tengoklah, jap-jap lagi ingat nak keluar pi Giant sebelah tuh. Nak pi cari barang sket. Nak berjalan-jalan abah tak escort risau plak. Kawan cakap ramai pendatang kat sini. Jadinya, tunggu jelah abah free.

To be continued...

Tuesday, May 26, 2009

KL -- Kota Kinabalu

yey~ Esok petang aku sefamily nak pi Kota Kinabalu, Sabah!!! Lama tak pi holiday ngan family. Selalu pon holiday kat kampung je (owh, sangat bosan!). This time pi jauh sket, oversea jugak kan Sabah tu, masih kene merentas laut China Selatan naik aeroplane.

Flight esok pukul 5.30ptg kalo tak silap naik MAS Airline. Walaupon kali ni pergi sebab ikut abah meeting, but, who cares? Jauh sket dari rumah pon dah kira holiday la. Takde niat pon nak bershopping sakan. Lagipon aku bawak laptop, nak kena siapkan proposal tesis baru, due hari Isnin depan. Banyak plak tu yang kena dibetulkan. Bukan calang-calang orang nak check aku punya proposal nanti.

Aku balik hari Sabtu tapi tak sure flight pukul berapa la...Ok la yer, aku sudah mengantuks. Excited nak kemas baju sampai takleh tidor...Wohooo~

3-in-1 Combo Meal

Ok, ini bukan entry pasal makanan dan yang sewaktu dengan nya ye? Ni pasal mimpi yang sempat aku mimpi semalam. Well, aku ni bukan jenis orang yang senang mimpi, most of my nights are dreamless night (seriously). Aku suka jugak bermimpi nih. I envy my Ex-roomate masa kat UiTM dulu (Anggerik A1-208). A bukan nama sebenar ni kalo letak kepala atas bantal je mesti boleh tidor trus. Walaupon dia tidor dalam 15 minit, tidor dia tu memang ditemani mimpi. Setiap kali dia bangun dia akan citer kat aku. Ader yang mimpi kene kejar mistik la, macam-macam. Yang bestnya, para pelakon tu semua terdiri daripada kitorang geng-geng rapat dia termasuklah aku! hehehe...

So, once bila aku mimpi selalunya mengarut. Macam malam semalam, aku masuk tidor around 11pm (sebab hari ni aku ader meeting kat UNU/ IIGH, HUKM -- mengalahkan lecturer dah ni, meeting tak sudah --). Aku tak ingat aku mimpi pukul berapa tapi sesedar aku, aku trus tak boleh tidor sampai ke pagi. Dok tutup mata tapi dalam kepala otak ni macam-macam pikir.

My dream consists of 3 different story -continuously-, and the 3 of it took place in UKM. It was one of my wildest dream la sepanjang aku hidup ni. Tapi, yelah, mimpi je kan? Nak kata aku tidor tak solat; aku tidor lepas solat Isyak la tuh. Nak kata tidor tak baca doa; eh, haruslah aku baca sebab dah jadi habit. Tapi, ntah...

Ok, pertama, mimpi aku pasal kawan aku sorang ni yang tengah nak bersalin, boleh pulak dia nak bersalin kat dalam tandas UKM. Tapi aku tak perasan plak tandas yang mana satu. Nad dengan sorang lagi kawan aku tak perasan sape ntah decide nak tolong jenguk dan temankan kawan aku yang sorang tu (Dear Puan S bukan nama sebenar, aku tak bermaksudkan kau. It just happened to be you in that dream and I do hope that you are not going to give birth to your baby inside the toilet. Lagi-lagi toilet UKM tu. InsyaAllah).

Tugas aku kira selesailah sebab aku dah tak diperlukan kat dalam tandas tu. Aku pon keluar dari tandas lepas tu yang aku ingat aku diarak. Diulangi, AKU DIARAK. Dengan lelaki mana ntah, aku nak pi bersanding dowh!!! Hahahaha...yang ni yang aku tak tahan nih. Siap berjalan bawah payung orang kawen tu; pakai baju pengantin jenis kain songket warna kuning! Kuning menyala ala-ala RAJA SEHARI gitu. Tak tahan mak...Auwww~ hahahah...Dahtu aku dengar plak kawan baik aku dari sekolah rendah (Akitek) komen aku.

A : Weh, dah kena sangat la dengan ko tuh, sesuai sangat!!! (owh, lebih kurang cenggitu la ayat dia)

Arghhhhh...cuma aku tak tahu siapa la pengantin lelaki tu. Yang aku perasan; berkulit cerah, besar tinggi orangnya. Macam muka siapa yer? Erm...tak perasan siapa. Yang penting, dia bukan salah seorang kawan yang aku kenal seumur hidup aku nih.

Masa tengah-tengah berarak tu, aku nak terkucil plak. Aku berlari ke tandas UKM yang lain pulak. Nak tau aku jumpa siapa? Aku jumpa Nicolette Sheridan! Ala, pelakon dalam Desperate Housewives series yang pegang watak Edie tu. Awatla pulak aku jumpa pelakon terkenal Hollywood buat dalam tandas UKM ni? Pelik, pelik btul...ekekeke...And then si Nicolette ni ader tegur aku something tapi aku tak ingat pasal aper. Dan mimpi aku pon berakhirlah dengan tergantung. Ape jadi ngan pengantin lelaki aku, aku pon tak tau. Ape jadi ngan kawan aku yang nak bersalin dalam tandas tu pon aku tak tau aper kesudahannya.

Bila aku citer ngan Shidah + ibu aku, dua-dua curious nak tau siapa pengantin lelaki. Tapi masalahnya, aku tak tau saper wehhh~ Aku pon nak tau gak! wawawawaaaaa.....


p/s: Best jugak mimpi camtu. Erm, anyone...does anyone knows what is the meaning behind those dreams? Kalaulah...

Sunday, May 24, 2009

Welcome Back to Zoo Melaka!

wahahahaha...Semalam plan aku nak pi melawat Zoo Melaka telah pon tercapai!!!

Weh, aku bukan first time sampai situ, tapi setelah genap betul-betul 2 tahun 8 hari aku meninggalkan Zoo Melaka, aku datang situ balik.

Zoo Melaka tu kat mana tempat praktikal aku masa habis semester 6 kat UiTM dulu, tahun 2007. Aku praktikal kat situ dgn classmate aku (Kak Aina kusayang) dan Min (junior yang senior..ekeke). Praktikal kitorang start 15 Mei 2007, habis 15 Julai 2007. Selama dua bulan praktikal kat Zoo Melaka tu, aku duduk kat area Air Keroh Heights (eh, ye ke? tak ingat la plak); rumah yang penuh mistik..hehe. Tapi, semistik-mistik pon umah tu, survive gak kitorang kat umah tu sebab lepas sebulan, mistikus itu berazam meninggalkan kami bertiga yang lebih menakutkan dari dia yang mengacau kami...wakakaka...Aku penah citer pasal aku praktikal ni kat dalam blog lama aku di Friendster.

http://elanie7385.blog.friendster.com/2007/09/praktikal-zoo-melaka/

Yesterday aku datang melawat dengan Kak Aina; masuk free, segala-galanya free tolak beli air mineral je kena bayar. Huhu...Awal-awal sampai je trus call Encik Nik (Show) sebab nak masuk free (hey, kitorang MEMANG BOLEH MASK FREE tau; EX-practical student kat situ), tengok show kul 11pg, jumpa Abang Jai (our guardian-in-disguise masa tinggal kat Air Keroh Heights), Abang Jai belanja minum-minum kat D'Pelican Cafe, borak-borak ngan Abang Basri (jaga Gajah), lepas Zuhur pi naik gajah FREE (lagi...hehe...dah la FOC; dua round tau, orang lain satu kali round je...muahahhaa), round satu Zoo Melaka...Dah penat, balik la...Kitorang balik dalam kul 4.40pm, sampai umah dalam kul 5.50pm.

Best gak la pi sana walaupon ader orang yang aku nak sangat jumpa macam Pakngah tapi tak jumpa (dia cuti plak. Aku dah try call dari hari Jumaat, tapi tak berangkat). Encik Shuhaimi yang suka tersenyum (pergi kursus Nature's Tour Guide --Greencard--), Encik Lan yang sangat serius (dah bertukar ke Lanchang), Puan Hajjah Ramlah yang aku hormati tp menakutkan (hehe...dia ditukarkan ke PERHILITAN Johor), Kak Suhaina yang lembut (very the kakak for us)...Encik Fauzi kitorang jumpa masa kitorang ondaway nak balik ke kereta. Itupun sempat berborak disebalik gate Zoo (yelah, kitorang dah keluar dari area Zoo, dan kebetulan plak Encik Fauzi pon masa tu dah nak balik dah).

Ape-apepon, it was good to be back. Here are some of the picture taken during our down-our-memory-lane moments.

Ni time tunggu show mula

Kat Show Gajah depan D'Pelican Cafe.
p/s: Owh, Abang Basri yang berbaju oren paling kanan dalam gambar ni



Wohooo~ Akhirnya dapat gak tunggang gajah wpon penakut!

Kat taman permainan, penat weh jalan keliling zoo
Isi perut sikit. Langsung tak makan ape2 satu hari tu. Excited punya pasal, tak ingat nak makan :)


p/s: Bila ntah nak pergi lagi Zoo Melaka?

Monday, May 11, 2009

semester break 09'

ahhh...sgt best bila dapat ganti balik tido2 yang ternganggu time exam ritu...petang tido, malam tido, wah...

Bila dah cuti ni, ader banyak favorite activity aku boleh buat.

Contoh macam baca buku (banyak ni, ritu tersangkut sat sebab assignment banyak, presentation, exam segala), layan citer dari CD collection aku yang best2 tuh, tido petang yang dah lama aku tak sempat buat sbb dok kat hostel, boleh pi buat movie marathon kat MBO atau GSC Mid sorang2, window shopping sorang2 lepas tension...banyak jugak ni nak kena buat before habis break 6 minggu nih.

Tapi baru aku perasan; ader jugak aktiviti yang kena guna duit (simpan2 la duit tu Nanie, nanti awal bulan Julai nak pi Singapore ngan Wafi + Kak Iza, kang takde duit plak)...huhu...

Takpe la, kalo tak, bila lagi nak enjoy, ye tak? Sem depan bila buat tesis tu dah makan banyak time aku. Banyak on d road sebab aku tak dok hostel plak tu. Dengan nak pi buat survey lagi...ish3...

Aahhhh...jadinya ader alasan la untuk aku enjoy cuti nih...Muahahahaa (sambil gelak jahat)

Saturday, January 31, 2009

GC's day out! yay!

Haa….cuti dah nak habes seminggu dah..keje tak banyak gak yang siap..erm, dua movie summary untuk kelas prinsip keselamatan (tgh buat), proposal tesis (blum siap2 lagi.data blum amek kat Pusat Kesihatan Seremban lagi..huhu)..


Cuti ni tak banyak plan pon kecuali pi main layang-layang ngan ex-workmate Get Crafty dulu. By the way, ni first time dalam masa dua tahun Get Crafty beroperasi, GC tutup time CNY tau. Finally, Audrey realized that they’re not going to make any profit by staying open during CNY..haha..So, ni kiranya first get together waktu siang hari la. Selalunya kitorang buat plan potluck ke, birthday celebration ex-GC’s workmate ke mmg sume malam..in broad daylight (in this case, main layang-layang kan, mmg kita tak main malam buta la); yes, this the first time (well, there will always a first time in everything kan?)


GC sekarang dah makin meriah sbb makin ramai yang dah keje kat situ, sorang quit, masuk budak baru lagi sorang. Dan kitorang quit pon bukan saja2 je nak quit, tapi sume yang quit pon sbb continue study (me, Aya, Farina, Jeffrey, Iqbal, Zaza).


Bila jarang-jarang jumpa ni, tu yang buat rindu kat dorang. Aku pon bukannya banyak sangat cakap bila jumpa dorang; lebih kepada mendengar+gelak..hehe..sometimes aku smpai tak bleh nak bg komen aper2 sbb ape yg dorang guraukan tu banyak yg rating SX..wakaka…aku yg sangat innocent ni dgr je la..buat2 mengerti..bak kata Falliq (dun make me start, guys!!).


Tapi gathering kali ni kurang sket la sbb korum kaki bising kurang sorang (Aya)..kalo tidak, mak aii…Aya+Farina je pon bleh menggegarkan Taman Metropolitan Kepong (tempat kitorang main layang-layang tu)..tu belum campur Anna (spontan je dia ni buat lawak)..memang tak kering gusi ;D


So, 26/01/09 ader 13 orang join main layang-layang tu. Aiza, Anna, Affa, Falliq, Farina, Me, Iqbal, Zaza+Am, Suri+Ollie, Ira+Aini (these two are newbies at GC). Kitorang pilih venue dekat Taman Metropolitan Kepong, 30 minit dari Ampang (kalo korang bawak slow macam kura-kura, yes, it’s going to take around 30 minutes to get there). Nasib aku dah pernah lalu kawasan Kepong+Damansara tu 2-3 kali, so 15 minit aku dah sampai..Janji berkumpul dalam kul 10.30am. Tapi seperti biasa la, Zaza+Am mmg suke buat grand entrance..haha..pukul 12tghari baru dorang sampai, padahal umah dorang kat Gombak je..5 minit dah bleh sampai..ceh~


Kitorang start naikkan layang-layang dalam kul 11.30am, tunggu angin baekkk punya..hehe…tp yang tak best nyer sbb kul 12pm baru angin sgt2 bagus untuk naikkan layang-layang2 tau..ish2..tapi masa tu, sape yang rs kulit dia tak senang terbakar boleh la trus main..aku ni kira puteri llilin gak la..Sepanjang aku sampai kat taman tu pon aku pakai sunnies je sbb mmg panas la..mata aku ni tak tahan panas dah..lama sket je tayang mata kat tmpat panas nanti, pening akan melanda ku sehingga aku rasa nak demam..ish3…so, better not to take risk kan..


Dalam nak dekat kul 12.30pm before berhenti main, sempat bergambar dulu ramai-ramai. Memori, beb..takkan tak sayang kot? And then, kitorang pi naik train keliling Taman Metropolitan Kepong tu. RM4 untuk 4km perjalanan selama 30minit..tapi siyes la…kira berbaloi la RM4 tu sbb sangat cantek taman tu, wa cakap sama lu tau!! Tetiba rasa macam pi oversea pon ader…kalo tak pun, paling jauh macam pi bercuti kat pulau2 kat Malaysia ni…angin takyah cakap la…sepoi2 bahasa…amboiiiii….boleh tertido! Daripada luar, taman ni nmpak kecik+biasa je mcm taman2 rekreasi lain jugak..kalo nak buat perbandingan antara Taman Tasik Shah Alam (TTSA), Taman Tasik Perdana (TTP) dengan Taman Metropolitan Kepong (TMK) ni, this TMK is way-way better from those two la..


Lepas je turun train, kitorang santai duduk atas tikar mengkuang yang Zaza bawak (thanx for it, Zaza), kitorang main Jenga (same like UNO stacko) dan lunch sekali makan roti jala yang Zaza bawak (it’s about time pon)…tapi aku tak main sbb nye Jenga tu dorang letak btul2 depan Affa, which was far from me..Farina siap tertonggeng-tonggeng nak tarik Jenga tu..so, dari aku dok tayang punggung aku kat khalayak ramai, better aku tak main..wakakaka….

Dalam pukul 2pm lepas dah kemas-kemas barang dan sampah kitorang sume, kitorang pon balikla…Me, Farina, Aiza, Iqbal, Ira+Aini balik trus..yang lain pi sambung leisure time la..aku pon tak sure dorang pi mana…Yang penting, aku happy!!!!! Happy sbb dapat main layang-layang, happy sbb dah lama tak join outdoor activity camni, and last but not least, happy sbb dapat berkumpul ngan ex-workmate GC dl…they’re still the best workmate la! Sayang korang sume!!


Tuesday, December 23, 2008

....myra owh myra....

ayoooo....lama benor tak update blog ni..bukan sengaja tp disebabkan sebuk prepare nak masuk Semester baru+internet ni asyik2 dc..bengang tau..so, i've decided not to make myself furious over this small matter..ader ms nanti aku update la..aku try update dari yg minggu lepas punyer la eh..

Sunday (21 Dec 2008), Abg Ngah Kak Lin kawen, so kitorg satu family pi Sabak Bernam..tp besela, tunggu pengantin punya pasal, duduk je la kat meja makan tu sampai naik kematu punggung ni tau.. here are some of the pictures taken..

abah+ibu

myra pon tgh kusyuk tgk abah dia bercerita..hehe
'eh, makngah ni amek gambar tak ckp la!!!', kata myra
err, aku pon tak tau aper yg abah buat lawak masa ni..myra tu mcm dh paham sgt je..eheh

myra tgh ngantuks+blur
the girls in Encik Khair's small yet getting bigger family~1,2,3..myra!!!! pandang la makngah sini...aish...myra ni dah pandai nak manja2 ngan atuks dia tau!she's really is my archangel:)

Wednesday, November 26, 2008

bibik!

heheh..tajuk blog hari ni pon bibik..bukan aper, hari ni keje aku mengemas bilik ni ha..bilik aku je la.nak dijadikan cerita, sebenarnya bilik aku ni dh lama kena overhaul. dgn barang yg byk disumbat2 bwh katil; sumbat situ, sumbat sini..penuh!!

ms aku bz mggu exam ritu, byk gak final report kena siapkan.perlu di print dan guna byk bahan..bl cari2 tak jumpa..dan bermulalah kisah aku kena pegang habuk nak cari buku2 lama tu..aku ni dh la xtahan habuk, karang asyik bersin la, gatal muka la, jadik budak higusan la..macam2..so, bab2 kemas ni mmg bkn kegemaran aku (bukan pengotor, tp sbb pikir aku akan jd mcm perkara diatas..tu yg kn pikir byk kali tu)..

aku mmg dh set la dlm otak aku, habis exam je mmg nak kena kemas bilik..buang aper yg tak patut ader dlm bilik ni.pas je blk dr bercuti (cuti la sgt) kat kg 4 hari tu, aku naik bilik aku je semalam aku tgk bilik aku mcm bersepah..seingat aku b4 aku blk kg ritu aku kemas bilik aku..i saw a trail of dust on my bed..tu yg tak boleh dimaafkan tu..pastu ader la atas meja study aku tu some sort of clay, benda tu wangi, kenyal2 la..benda tu mcm digigit2 and then ader serpihan kat atas lantai tau..aku terpikir 'ni mesti kerje tikus, kalo tak pon tupai'..ye la, dh digigit2..takkan angin kot!

pastu mlm tu aku tak terpikir aper, tertido ngan lampu terpasang..kul 530am aku terbangun nak terkucil, pas melepaskan hajat kecil, masuk blk ingat nak tido blk, yela, baru kul 530pg..aku off lampu, berbaringla aku...baru baring tak sampai seminit, aku dgr ader benda berbunyi..laju2 aku bangun on lampu balik..aku perhati je la dekat area meja study aku tu sbb aku dgr mcm bunyi yg pelik..time ni aku dh terpikir, 'mcm ader something je ni'..takut gak..sekali tu aku ternampak kelibat cik tikus!!! siap men2 hide+seek plak ngan aku..dh aku terkejut, cik kus pon terkejut sbb aku terkejut, cik kus pon tak berani keluar dr bawah meje study aku tu..last2 aku senyapkan diri, cik kus pon keluar..aku bajet dlm 2 ekor..rupe2nyer 4 ekor!!!! mak aii! ader la nk dekat 10 minit aku tunggu semua geng2 cik kus keluar..trus aku tak jadi tido..alang2 dah subuh, aku pon solat subuh trus..punya la jadi baik..alhamdulillah anak puan Yang ni, sejuk perut ibu mengandung..haha..so, dgn kedatangan cik kus tu, menguatkan lagi plan aku nak overhaul bilik aku ni..just in time la..mmg bajet nk kemas pas exam+blk dari kampung pun..

jadinyer...seharian la hari ni aku mengemas bilik..mak aii..byknyer khazanah!! aku terpaksa buang segala kertas2 keje yang dh tak guna (time belajar kat uitm+ukm)..byk la..untuk sampah kertas je, aderla dalam satu plastik hitam yang besar saiz L tu aku guna..penuh!!dan berat yg amat sangat! dan satu lagi plastik hitam yg sama saiz untuk benda2 selain kertas (ai, nk jadi environmentalist la katakan, siap asingkan sampah lagi utk kitar semula tau..hehe)..siap vacuum+tukar cadar katil lagi..ni je la ader time nk kemas bilik..selalunya mmg tak pnah sempat! well, im one of the busiest girl alive la besides my mom..ehehe..

itulah kes nya hari ni, menjadi+terjadi bibik untuk sekian kalinya..adiosz!