Saturday, May 30, 2009

Sabah Rendezvous! (part IV)

Day Three:

Hari Jumaat nih abah dah takde meeting dah. Pagi-pagi lepas breakfast kitorang satu family dah pergi serbu pejabat MAS Airlines. Ingatkan nak tukar tiket pagi sebab rasa-rasa macam dah takde nak beli apa-apa dah. That lady cakap memang takde seat untuk tiket pagi. Dia nasihatkan kitorang stay dengan tiket pukul 4ptg tu. So, dengan hampa (hampa ke? ader peluang nak shopping lagi nih..ekeke) kitorang pun terus menuju ke Pasar Filipina lagi.

Untuk kali kedua nya pergi pasar tu, mata jadi juling lagi..haha ;D This time kitorang round depan pasar yang berdepan dengan Hotel Hyatt. Ada kedai-kedai jual buah-buah. Kitorang sempat beli Mangga dengan Buah Salak (Buah Salak ni kadang-kadang rasa kelat, jarang dapat yang manis. Tapi yang aku try ni manis, ada sedikit kelat la. Best!).

Jalan depan sikit, area Pasar Ikan Masin. Macam-macam jenis ikan masin ader. Perut ikan yang dikeringkan pun ader (yang ni nak buat masak aper pon tak tau), sotong kering, udang kering, owh yes, gamat kering pon ader! Borong jugak kitorang kat situ. My favorite of course la sotong kering. Nak ibu masak sambal... weheee~ lama btul ibu tak masak sotong kering sambal tuh. Rindu~ Pastu ader plak kawan abah kirim udang kering 3 kilo (ish, kawan abah ni nak jual balik ke kat Semenanjung tuh?).

Next station kitorang, menuju ke kedai yang jual kuih-kuih lokal Sabah. Ape lagi, aku pun borong la Kuih Cincin yang sangat-sangat fofular tuh dan ntah ape ntah lagi yang ibu beli. Yang macam jenis macam Belinjau pun ada (korang penah makan tak kerepek Belinjau nih?).

Dah tu, punya la berat nak mengangkut. Dah la berat, banyak plak. Kitorang siap pergi beli beg lagi. Bukan setakat satu beg je, tapi dua!

Petang tu lepas abah balik dari Solat Jumaat, kitorang cadang nak pergi rumah adik abah, Mak Yah. Mak Yah duduk dekat Kampung Ramaya; betul-betul dekat simpang nak ke Mansopiad Cultural Village. Mak Yah ni aku jarang jumpa. Last aku jumpa Mak Yah masa abang kawen dua tahun lepas (2007). Mak Yah dah duduk kat Sabah ni nak dekat 25 tahun. Dah sama lama macam TV3 dah. Hehehe ;) Tapi dia berpindah randah la. Last abah jumpa Mak Yah dekat Sabah ni dalam empat tahun lepas di Sembulan, masih di Daerah KK jugak. Sebabnya husband Mak Yah ni kerja cikgu. Dia naik pangkat, tu yang asyik berpindah tu.

Aderla dalam tiga jam kitorang duduk kat rumah Mak Yah. Tak sempat nak bergambar pun. Aku men ngan Melo, arnab si Balqis tuh. Manja! hehe ;)

Balik je dari rumah Mak Yah petang tu, kepala aku punya la sakit. Aku rasa sebab masuk angin kot perut nih sampai naik ke kepala. Time ni aku teringat kat Ain (Along aku...huhu). Dia tu tau nak tarik angin orang lagi-lagi kalo dekat area kepala. Rindu kat Ain la...

Patutnya malam semalam abah ingat nak makan malam sekali ngan Mak Yah and family. Tapi memandangkan aku sakit kepala yang amat sangat sampai rasa tak boleh nak bukak mata. So, abah decided makan kat hotel je. Lepas mandi before pi dinner pon, kepala aku berat je... Lepas makan pon macam tuh.

Malam tadi aku tidor awal dalam 10 lebih. Dah tak larat sangat; dengan sakit badan, dengan hidung tersumbat...Adeh~

To be continued...

No comments: