Tahu tak sejarah awal sambutan Hari Ibu ni memandangkan semua orang (yang mana ada ibu, mak, mama, mummy or whatever u called ur beloved woman in ur life) menyambutnya? Well, ada banyak versi sejarah Mother's Day ni. Bermula dengan Dewi masa zaman-zaman kat Egypt dulu, hingga diperjuangkan oleh seorang wanita berasal dari North Amerika bernama Julia Ward Howe pada 1870, kemudian pada 1908 oleh Anna M. Jarvis dari West Virginia dan pada ketika Anna M. Jarvis ni meninggal, 40 buah negara dah mula didedahkan kepada sambutan Hari Ibu ni.
Contohnya macam di Argentina, hari ibu dipanggil Día de la madre; di Perancis dipanggil La Fete de Meres; di India (Durga Puja); Jepun (haha no hi) dan akhir sekali di Yugoslavia dipanggil Materitse. Ada banyak versi jugak bila dah banyak negara yang menyambutnya. Negara kita lebih terikut-ikut budaya Amerika. Di kebanyakan negara, adakala mereka menyambutnya pada setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei dan ada juga yang telah menetapkan pada 10 Mei setiap tahun.
Ok la, nuff about the history. Saja je nak buat mukadimah. Aku pulak celebrate macam mana? Erm, let see... for the past years, aku selalu bagi kad Hari Ibu tu dengan sign dari aku, abang aku + adik aku. Ye la, nak beli something kadang-kadang aku pon kesuntukkan duit atau aku sendiri tak tau nak bagi ape kat ibu aku. Nak bagi ape yang jadi favorite dia pon, semua benda dia dah ada. Selain tu, benda yang dia suka haruslah gelang tangan atau pendekkan citer, emas. Haha...kalo yang itu, tunggu aku dapat kawin ngan anak raja atau dapat gaji masyuk la baru aku dapat tunaikan permintaan dia. huhu...
Tahun ni, aku buat simple je; buat breakfast untuk dia: Teh tarik, roti canai instant dan masak sardin untuk buat cicah roti canai tu. Amacam? Mungkin bagi orang lain, bila sampai sambutan hari ibu ke, hari bapa ke; semua orang nak bagi something yang melambangkan sesuatu. Family aku pulak bukan jenis yang memberi + menerima hadiah untuk sesuatu. Selalunya kitorang mintak wpun bukan kena waktunya pon. Contohnya, macam ibu aku saja-saja nak beli gelang ke ape ke, dia mintak je dari abah aku, even on non-special occasion. Untuk besday aku, aku siap buat deal ngan abah aku potong elaun rm250 untuk 6 bulan sebab nak beli kamera. Aku tak penah cakap ngan abah aku nak kamera tu sebagai besday gift aku + aku beli sendiri kamera tu 2 minggu lepas besday aku. So, we are not that kind of family that are showered by gifts. We asked for it but we must give something in return; instead of money, we give good results in exams, good behaviour as a daughter to her mother or father, be there when they need our help etc. Eventhough parents aku sendiri tak pernah mintak aku buat tu semua, but deep down I know it's the least I can do.
Dan selalunya masa Hari Ibu tu, ibu aku jugak yang masak best-best. Bukan aku pon. Macam tahun ni, aku buat breakfast. Tapi untuk lunch, ibu aku buat nasi ayam dan abang aku siap datang sefamily lagi. Mak aku ni cukupla kalo ader orang makan masakan dia, dia dah happy. Ataupun anak-anak dia semua berkumpul depan mata dia pon dah cukup.
Bila bercerita pasal ibu ni, semua orang pasti akan dok citer pasal mak masing-masing. Masing-masing akan dok menangkan mak masing-masing biler bab masakan siapa paling best, mak siapa yang buat kek lagi sedap, mak siapa yang lagi pandai jahit baju, mak siapa yang paling sporting, mak siapa yang lebih superwoman berbanding yang lain. Haha...well, we girls like to compete with each other eventhough it never was about us, for crying out loud!
Semua orang akan cakap mak dia lah lagi pandai masak, kek mak dia lagi sedap berbanding mak orang lain, mak dia jahit baju lagi kemas, mak dialah yang paling sporting, mak dialah yang lagi power berbanding mak-mak orang lain...hahaha...Bagi aku, aku tak suka buat bandingan sebab aku tau, ibu aku memang lagi best dari semua aspek. Dalam mata aku takde ibu lain selain ibu aku tu walaupon mak aku tu dulunya garang (sekarang pon masih lagi..hehe), dulu takdela sporting macam sekarang (walaupon aku masih tak boleh kuar malam bila berada di rumah; I'm nothing but to oblige and I'm fine with it...wehee~) and she will always, and always be my hero (oopps, heroin la)...
Kalo dulu, aku ngan ibu sangat susah nak berkomunikasi. Sket-sket nak gaduh, ader je yang tak kena. Tapi sejak aku masuk UKM ni dan masa duduk kat rumah sewa masa sem satu, aku baru ok dengan ibu aku + dah boleh kongsi citer2 tak kesah la pasal kawan ke, pasal lawan ke, pasal boys ke, pasal assignment ke macam-macam la. Yela, orang kata bila muka kita sama ngan mana-mana salah seorang dari parents kita, kira macam 'panas' sket la dengan orang tu. Ramai dok cakap muka aku iras ibu aku, tapi aku tengok -- takde gaya pon? -- haha ;D
Tapi ape-ape pon, sempena Hari Ibu ni, Nanie nak ucapkan Selamat Hari Ibu pada Puan Yang Bahri! Anakandamu ini menyayangimu dan akan sentiasa menyayangimu hingga keakhirnya. Insyaallah~
No comments:
Post a Comment