*update
Syarat (wajib) ketujuh; tolong fahami aku yang susah nak keluar malam ni. Aku ade curfew time yang dibuat oleh parents aku dari dulu lagi dan kebetulan pulak memang aku ni jenis yang kurang suka dan malas nak kuar malam. And truth to be told, adelah dalam 7-8 kali kot (banyak jugak tu sebenarnya) sepanjang umur hidup aku ni aku kuar malam. Kalo sekiranya aku keluar pon, selalunya dengan niat nak lepas tension (mcm last day kat kolej ritu kuar ngan Nad + Shidah tapi kul 1030pm dah sampai kolej dah -- habis exam dan habis seksa siapkan report EIA --), time kuar ngan member lama yang sgt kurindui (mcm LiyanaRoxx + Akitek awal tahun ni; lama giler tak jumpa dorang), atau atas sebab-sebab tertentu yang aku tak boleh buat atau tak sempat buat waktu siang hari.
Jadinya kalo boleh, biarlah dia faham aku tang ni. Kebanyakan aku kuar malam tu pun, tak pernah sekalipon dengan guys. Semuanya dengan girlfriend rapat aku. Aku rasa kalo kuar malam tu macam dah jahat sangat (saya tidak menghakimi sesiapa pon -- sekadar perasaan saya bagi diri saya sendiri. Tetapi maaf andai ada sesiapa terasa hati). Aku kalo boleh nak elak kuar malam ni lagi2 ngan lelaki. Zaman sekarang ni bukan semua orang boleh percaya; kawan pon boleh makan kawan. Tengok dalam akhbar yang bermuka-muka surat tu...Hish, Nauzubillah! Takut nak baca akhbar sekarang ni. Takde yang berita baik-baik. Semuanya pasal bunuh, rogol, samun segala.
Kalo boleh, kalo si dia nak ajak aku kuar, pilihlah masa yang sesuai ok. Janganlah keluar malam dan tolong hormati keputusan aku yang satu ni. Lagipun, tak manis perempuan keluar malam dan bagi aku, waktu malam itu sangat mengerikan. huhu...
Syarat (harus) kelapan; kalo boleh janganlah merokok...
'Awak tak sayang saya ke? Awak tau tak, kalo awak merokok, orang sekeliling awak yang merana tau; yang cepat dapat penyakit kanser peparu tu. Awak nak saya cepat2 mati ke supaya awak boleh cari yang lain?' (emo plak. hihi)
Bukan senang nak cari guy yang tak merokok sekarang ni. Orang kata kalo merokok ni dapat kurangkan sikit rasa tension. Ye ke? Maybe orang sekarang ni ramai yang tension, ada alasan untuk merokok kot. Atau sekadar suka-suka, nak tiru orang atau trend. Tapi kalo boleh, janganlah...Demi orang tersayang. Tapi kalo dah dapat yang merokok? Errr...entahlah. Kena terima jugak kot sebab aku dah mintak dia terima aku seadanya jugak. huhu...(Sadis jugak buat syarat macam ni, balik-balik akan kena batang hidung aku sendiri).
*Syarat (sunat) kesembilan; orang tu kalo boleh biarlah orang yang mampu menegur aku. Tegur bukan tegur ape. Tapi tegur aku dengan erti kata sekiranya aku ade buat silap. Ye la, humans are not perfect. I am human; so, I'm not perfect either. Terkadang ada ketika yang kita ader buat silap, bahasa tak sesuai ke, terkasar ke, ape ke; kita tak perasan. Lagi-lagi kalo bab solat ni; kita terleka bila buat keje. Ini kalo dah dia pon 2x5 bengong mcm aku, alamatnya hanyuutttttttt sama-sama. Teguran tu pon sebagai satu keperluan supaya aku (kitorang) boleh jadi umat yang lebih baik di mata-Nya. Aku mengaku, aku ni takdelah baik sangat dan perfect sangat. Kadang-kadang terbuka jugak aurat (berlengan pendek bila keluar rumah, pi kedai yang dekat tu nak beli telur aku malas nak bertudung), terkasar bahasa yang digunakan, terlewat solat; dan aku perlukan seseorang yang boleh tegur aku dan tak takut untuk berbuat demikian kerana nak menjaga hati aku sangat. Tapi aku takut kalo dapat ustaz. hehe...Sebabnya, takut aku bukan jadi diri aku sendiri bila dengan dia dan aku takut aku hanya berpura-pura.
Tak banyak yang aku mintak dari Mr. Right aku (wpun list tu ada *9). Tapi yang betul-betul aku mintak ader *6 je (dapat terima aku seadanya; boleh jadi macam kawan baik aku sendiri dan bukan sekadar bf-gf relationship biasa je yang tak habis-habis cakap 'saya sayang awak, saya cintakan awak' dan tiada yang selain dari ayat tersebut; memahami aku yang jenis tak kuar malam; janganlah merokok; penyabar ngan karenah aku yang sengal ni dan orang yang boleh menegur aku sekiranya aku berbuat silap).
Aku tak mintak yang kaya-raya macam Sultan Brunei atau yang sehensem dan sesasa Fahrin Ahmad. Aku tak mintak yang romantik tahap leleh punya (sampai geli ketiak aku dengar dia berpuitis depan aku. 'Owh, dinda owh, kanda'). Aku tak mintak orang yang suka memberi, dalam erti kata jenis yang suka menghadiahi aku dengan macam-macam hadiah. Cukup kalo dia ingat dan celebrate tarikh2 istimewa macam besday aku, anniversary ke etc. Tak usahla sikit-sikit nak bagi hadiah, sampaikan dah takde surprise dah (korang ni dah kira beruntung aku bukan jenis yang macam tu. Kalo tak, sian korang nak kena berpoket tebal setiap masa).
Oleh yang demikian, sekianlah list-list syarat yang aku nak ader dalam seorang Mr. Right aku. Mungkin dah takde lagi kot nak tambah...hehe ;)
No comments:
Post a Comment