Thursday, May 28, 2009

Sabah Rendezvous! (part II)

hoyehhhh~

Second entry untuk Sabah. Erm, nothing much since my last entry about it.

Semalam balik je dari Giant, kitorang trus lepak didalam bilik sepanjang hari. Seperti biasalah; Aku dh cukup kalo dapat bahan bacaan yang best2, aku tak kesah sangat nak makan ke, nak tengok tv ke...Tapi memandangkan ada lappy kesayangan, aku pon melepak atas katil, update gambar dalam Picasa Web Album. Banyak gak yang aku baru nak letak (tapi gambar2 tu sume sama je macam dalam album yang aku create dalam Facebook atau Friendster). But since Blogger macam aku ni ader Picasa, senang jugak kalo setakat nak tengok2 balik gambar lama-lama yang aku ader masukkan dalam blog aku ni.

Enuf bout that. So, petang semalam lepas abah balik dari meeting, abah ajak pi jalan kaki ke Pasar Filipina. Dekat.. boleh tahan la; sempat gak kaki ibu melecet (and me, being a super dooper terror bab nak travel nih, dah memang sentiasa ready ngan hansaplast -- owh, penyelamat keadaan. Cuma tak bawak Safety Kit kehulu kehilir je).

Kat Pasar Filipina tu sempat shopping sikit je sebab pegi pon dah nak malam, jadinya takut sket nak hangout lama-lama kat area tu. Masa nak balik pon, dah gelap. Sempat beli t-shirt murah2, ibu beli gelang Kristal Swarowski (hah, betul ke tuh eja?), saprah (alas meja la), Ellie beli something untuk kawan-kawan dia, I bought a bag (wehee~), keychain, ape ntah lagi yang benda sangkut2 ibu beli.

Well, orang kata kat sini mutiara murah-murah kan? Hehe...Tapi kebetulan aku ngan ibu tak minat sangat ngan mutiara, saved la abah...kan abah? Memang tak minat. Sorry baaa...

Kat situ, nampak je harga mahal-mahal, tapi pekedai tu boleh bagi harga kurang sampai 50%. Tanya la kawan aku sorang tu. Macam dah biasa sangat dia kat situ (Owh, by d way, saya tak jumpa lagi patung ikan besar ader muncung, ader ekor yang awak cakap tu...dah gelap masa tu).

Balik je, trus pi makan (tapi tak sempat nak pi cari ikan panggang yang kawan kata sedap tu...nanti-nanti la kot). Balik dari makan lepak bilik ibu sat, pastu trus balik bilik sendiri, mandi-mandi, gosok baju, baca buku...And...gedebum...ngantukssss sangat. Kawan aku mesej aku pon, mula-mula tu ok lagi. Masuk mesej yang keempat kot, aku trus tak tersedar aper. Sampai kepagi aku pegang handphone aku tu...huhu...

Rini, macam semalam, Subuh awal kat sini ; satu jam awal dari KL. So, 'bangkit' (pinjam bahasa kawan baru..hehe..jgn marah ye awak) kul 530am lepas ibu kejut. Kul 615 camtu dah pi turun bawah breakfast. Ni masih dalam bilik, baring-baring, update blog ni (otherwise, u won't be reading my second rendezvous la).

Ok, chow dulu. Nak pi menyibuk kat bilik ibu plak.daaa...

To be continued...

No comments: