Semalam flight aku kul 4ptg. Kat Sabah ni, guard yang jaga kat airport tu punya la ramai. Aku rasa macam aku pi Myanmar plak tau.
So, masa check-in tu, first time aku check-in, laptop tak boleh di scan dan aku kena keluarkan laptop aku dari beg dan letak dalam bekas yang disediakan. Bila dah keluarkan lappy aku, aku lalu kat tempat scan badan tu. Bip! Aish, aku pelik nih! Bila masa plak aku bertindik yang bukan-bukan sampai scanner tu bunyi plak. Owh, maybe sebab aku pakai tali pinggang kot. Dan aku terpaksa di 'scan' secara manualnya oleh mak guard yang ader kat situ. First time weh kena 'raba' dek mak guard tu. Malu sebab ader abang polis sorang berdiri sebelah mak guard tu pandang aku. Aku sampai tak jadi nak pandang ke arah dia. Ye lah, sapa suka kena raba? durh~
Masuk-masuk je plane, plan awal aku duduk ngan ibu dan Ellie, abah duk sorang satu row belakang row kitorang. Dan-dan plak yang duduk kat row abah tu dua-dua perempuan, abah mintak aku tukar ngan dia. Aku nih, bab-bab tukar plan, memang aku angin sket. Tapi, nak tak nak, aku tukar jelah. Yang aku malasnya, sebab aku ni kan selsema semalam. At least kalau aku duk sebelah ibu ke, aku rasa selesa sket. Tapi masalahnya nak duduk sebelah orang yang aku tak knal, uncomfortable btul.
Sepanjang-panjang dua jam setengah punya flight tu, aku asyik duk tekap hidung aku dengan tisu. Lunyai dah tisu tu aku duk sapu hingus aku...Adui...Jangan sampai minah sebelah aku tu ingat aku ada H1N1 sudah weh...'Cik, saya ni ada resdung, trus jadi selsema kalo dah teruk sangat. Mintak maaf lah ye. Tapi apa-apa pon, cik takkan dikuarantinkan dan confirm takkan mati punya'. hahaha ;D
Berapa banyak kali hidung aku tersumbat dalam plane. Aku sampai rasa aku nak je pecahkan tingkap plane tu, nak terbang sendiri kat awan biru tuh. Korang bayangkan jela, sepanjang flight tu aku pakai sunnies. Gila aper? Ingat panas sangat ke? Tapi memandangkan mata aku ni super dooper sensitif kalo tengah resdung, aku buat derk jugak la kat orang yang dalam plane tu. Pedulik hape aku kalo korang nak pandang serong kat aku, konon-konon macam mat saleh celup la tuh kan...Pilih mana satu; nak aku bersin-bersin sepanjang flight sebab aku tak pakai sunnies atau nak aku senyap tapi setakat bunyi sok-sek-sok-sek?
Last-last plane mendarat kul 630ptg, naik teksi dalam kul 645. Aku sampai umah dalam kul 750ptg camtu la. Tapi siyes pakcik teksi tu bawak giler slow! Aku rasa macam nak mintak permission dia aku nak tolong bawakkan teksi tuh. Huhuhu...Ye la, bayangkan, even abah yang salu naik teksi KLiA pon cakap, tu first time dia naik teksi yang sangat slow...hehe...
Okla, Aku chow dulu...Habis dah Sabah Rendezvous aku untuk kali ni. Daaa~
No comments:
Post a Comment