Monday, June 1, 2009

~Jun~

Aduhai...pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Jun dah. Rasa macam kejap je cuti sem aku dah berlalu. Sedangkan dah tiga minggu pun aku melepak kat umah nih.

Tapi aku happy sebab at last, entry aku untuk satu bulan lepas jugak sampai 27. hahaha...Ye la, walaupon cuti, tapi aku tak serajin LiyanaRoxx nak update setiap masa. Kalo ader story baru, barulah aku membebel kat dalam blog nih.

Erm, kalo ikutkan ada lagi empat minggu before naik semester baru. Eventhough semester baru nih aku setakat buat tesis, tapi aku rasa macam aku akan busy sangat-sangat je nanti.

Aku, Shidah ngan Sal under Dr. Er ni tak habis-habis asyik disuruh ke sana ke mari ikut seminar kesihatan la, bengkel itu la, ini la. Memangla bagus Dr. Er nak bagi kitorang expose benda-benda camni. Yelah, persediaan bila dah keje nanti; se'busy' inilah. Bagus memang bagus. Tapi yang susah kitorang jugak. Kadang-kadang sampai tak menang tangan nak buat macam-macam. Ni pon esok aku kena datang Seminar Kesihatan Awam kat HUKM kul 130ptg sampai 5ptg. Dato' Syed jemput. Dahtu, aku ngan Mr. Samihin (eh, betul ke nama encik tu Samihin) yang sambung PhD tu je yang attend. RA Dr. Er ikut Dr. Er pi Cherating. Si Leha dah letak jawatan sebagai RA sebab dapat jadi guru sandaran tak terlatih plak. Shidah jauh nun kat kampung, si Sal tengah tunggu masa nak bersalin je. Akuuuuuu jugak~ Nak tak nak, aku tolong wakilkan dorang sekali. Karang kalo tak datang, senang-senang plak dapat B untuk tesis. Tak mau aku gamble camtu. Takpelah, duuuugaaaannnn...aduh~ Bak kata orang 'bersusah dulu bersenang kemudian' kan... Yelah, ye lah...

Hari ni patutnya aku kena hantar proposal tesis aku kat Dr. Er, sebabnya kitorang kena tukar kawasan kajian. Dah elok-elok buat area Seremban, kali ni kena tukar ke area Lembangan Langat (consists of Putrajaya, Seremban, Nilai and most of Selangor's districts). Kan banyak tuh. Tapi aku tak start ape lagi nak ubah kawasan kajian tuh. Tengoklah, lepas seminar esok ke, bila-bila aku rasa nak menghadap laptop dan meng'google' Lembangan Langat dalam internet nih. huhuu...

Lepas tu, plan nak pi Singapore awal bulan 7 nanti dengan Wafi dan Kak Iza rasanya dah confirm batal. Member rapat Kak Iza kawen dan dia nak pergi. And sekarang ni pon reason makin kukuh untuk tidak pergi ke Singapore sebab SWINE FLU dah masuk Singapore.

'Wafi, takpelah, trip kita kali ni kita batalkan dulu. Nanti bila masing-masing dah ada free time, dan SWINE FLU dah berkurangan dan tak semeriah sekarang, kita pergilah ye? Tapi jangan ko pi redah Singapore tu sorang-sorang dulu. Aku nak ikottt~'

Erm, setakat ni je aku nak membebel. Nak pi sidai kain plak. Daaa~

No comments: