[Big question mark nih]
Apa bezanya budak bandar dengan budak kampung?
Ada beza ke?
Ada sorang kawan aku ni (lelaki la), setiap kali berborak dalam phone, bila ada tersentuh sikit pasal kelainan penggunaan bahasa, atau kelainan cara hidup; mulalah dia cakap 'awak (aku la nih) orang bandar, saya (dia) ni orang kampung'. Errr...
Aku peliklah. Ada beza ke? Aku tanya lagi. Sebab aku tak jumpa lagi jawapan aku.
Tapi, yang penting, aku cukup tak gemar kalo dia selalu ulang ayat tu.
Bukan aper, bila dia cakap macam tu, aku yang terasa hati. Bukan dia, tapi aku (terbalik nih). Nak tau sebab apa? Sebabnya, aku rasa macam aku memandang rendah pada dia, memperlekehkan dia sebab dia orang kampung.
Memang. Memang aku orang bandar. So what? Salah ke aku dibesarkan di bandar? Aku duk kat bandar ni pon sebab abah aku kerja kat bandar. Habis tu takkan dia nak tinggalkan kitorang satu family kat kampung tapi dia kerja kat bandar? Wasn't wifey supposedly be where their husband be? Kalo aku kawen pon, Insyaallah aku akan ikut ke mana husband aku kerja. If he happens to be working in KL, then disinilah aku masih tinggal. Masih 'orang bandar'. Kalo husband aku terpaksa berpindah ke Pahang, dekat-dekat dengan hutan ke; then Insyaallah aku akan ikut dia tinggal di sana. That's what my mother does. Right until now. Dan disini jugaklah aku tinggal, for the past 24 years.
Aku tak suka dijudge macam tuh. Aku tak pernah judge dia. Aku tak pernah cakap dia 'orang kampung', apatah lagi kutuk dia. Setakat nih, yang aku ada 'tergelak' sikit pasal dia sebab penggunaan ayat dia. Dia guna 'bangkit' instead of bangun, 'kami' instead of kitorang (bahasa bandar la sangat), 'mereka' instead of dorang (erm, bahasa bandar jugak ke ni?). Tapi aku bukan gelakkan dia. Aku tak bermaksud nak gelakkan dia pon. Aku cuma rasa pelik sebab masih ada orang guna lagi perkataan tu selain lecturer, atau budak-budak masa buat karangan BM kat sekolah. Aku tak perli dia, aku tak kutuk dia. Cuma rasa kagum. Rasa sangat comel sebab masih ada orang guna lagi perkataan tu dalam percakapan harian.
Kenapa dia judge aku macam tu sekali?
Sebab aku ader tercakap English ngan dia ke hari tu? Sebab aku suka tengok wayang ke? Sebab aku guna perkataan yang nampak cam moden tapi padahal ayat tu kawan-kawan aku yang memang asal dari kampung pon ader guna.
Salah ke aku suka English better than BM? Entry aku yang lepas pon ader aku mengomel pasal bahasa ni. Sometimes, my brain got stucked while talking in bahasa. Tak jumpa perkataan yang sesuai. There goes all the peti sejuk you can get (owh, Ain dan Sal tau peti sejuk tu pasal apa).
Salah ke aku suka tenggok wayang (and movie tu pon memang movie English bukan Malay movie)? Kawan aku yang memang datang dari kampung pon suka tengok wayang ape? Where does it leaves you?
Salah ke aku suka makan kat Secret Recipe atau Manhattan Fish Market? Owh, kalo aku makan kat situ, maknanya aku ni jenis yang makan kat tempat high class je la? Orang bandar la katakan ;p Hello~ Aku makan je kat kedai mamak, makan je kat restoran Melayu. Samada sedap atau tak sedap je masakan dorang tu. Nak makan masakan Melayu, aku tak payah tunggu nak makan kat kedai. Ibu aku sendiri boleh masak. Aku makan je rojak, sambal ikan bilis, sambal udang petai, ikan asam pedas, masak lemak nenas dengan ikan masin, tempoyak, ulam; dan yang paling penting, aku makan je durian. Tolak real belacan je sebab aku resdung (tak larat asyik garu hidung je lepas makan). Lain-lain masakan yang sangat-sangat Melayu, aku makan. Aku tak pernah memilih (Owh, tolak lauk masak lemak ikan. Aku tak gemar).
Trust me, aku ni bukanlah budak bandar sangat. Aku ni lahir kat kampung; kat Muar, Johor. That makes me an 'orang kampung' jugak. Dan ada je kawan aku yang budak kampung tapi lagi bandar dari aku. Aku ni...bandar yang tak berapa nak bandar tau.
Hish, rimas aku bila dia asyik ulang ayat keramat tu.
p/s: Awak, kalo awak ader terbaca entry saya yang ni, saya mintak maaf ye. Hanya luahan hati saya, sebab saya tak reti nak luah pada awak.
4 comments:
Hahahahaha....Me also dear...makan je petai,ulam,jantung pisang,pucuk paku,durian *even ada orang KAMPUNG yang tak makan benda tuh,datang bandar je sume masakan tuh dah x sentuh & dah lupa!* segelintir sahaja ye?bukan sume org kampung lupa asal-usul.For me,even i'm born in KL...24 years dok KL nih...celah lorong mana leh hafal..me TETAP LOVE MASAKAN KAMPUNG...awak...awak...(kawan nanie) jgnlah judge kawan baik saya mcm tuh...nanie nih ok jerk!!dia kawan jerk dgn sume org..dia x penah memilih kawan dok bandar or kampung!!!kan nanie kan?=D
hoh, at last ader gak budak bandar yg meng'comment' entry nih.
Yep, yg penting kenal hati budi dulu, bukan apa yang kita makan kan?
hehe ;)
huhuhu hahaha hehehe...what i can say is...soooo funny my dear darling... saya dak kg gak duk kat bandar dah hampir 5thn...still lagi mkan makanan kg,lepak gak SR,Pizza,tgk wayang n what so ever.to 'awak' know nanie 1st n like liyana said jgnla judge kwn bek saya cam tu gak...sian dier tau..even saya from kg dier still lg kwn ngan saya..tak der plak memilih..saya stj 100% what liyana said.sumtime ader yg luper asal usul sendiri(jst segelintir not all)my family saty at kg but sumtime my father will speak with us in english.doesnt matter isn't it? to nanie, jgn amik kesah sangat...t wak yg rasa tak selesa...ok?happy2 kan diri..
countensonekillerosesvii: (mak aii, pnjg bebenor nama blogger nih. smpi kn copy paste..haha)
ye, cik ebngfgnkdksdh (hehe), btul2. kalo sy ni jns memilih kwn, dan kwn sy hy boleh terdiri drpd 'budak bandar', xdenye sy teringin nk kwn ngan anda nih.
Tp, semua kwn yg sy kwn, terdiri drpd org2 yg special dlm hidup sy. Dan sy sendiri tak suka judge kwn sy dgn apa yg dia pakai, dgn apa yg dia tuturkan, dgn ape yg dia mkn + dgn apa yg dia buat diwaktu lapang. Masing-masing ada keistimewaan masing2.
owh, cek gfkjkjjyfnf (adeh~)+ miss Liyanaroxx, sy amat menghargai anda sbg sahabat dlm hidup sy ;)
Post a Comment