Erk, ni bukan entry pasal aku bergaduh ke apa. Tajuk movie yang aku pi tengok pagi tadi kat GSC Mid. Yep, sorang-sorang. Kebetulan parents aku balik kampung. Rasa cam dah lama plak tak pi tengok movie sorang-sorang.
So, pukul 915am tadi lagi aku dah kuar umah. First stop; Ampang Point, nak pi bayar bil tepon abah kat TM Touch. Banyak plak RESERVED parking kat situ. Ceh~ Dah aku kena pusing 2 kali nak cari parking punya pasal. Padahal awal lagi nih.
945am aku dah dalam kereta semula. So, mulalah misi ke Mid! Whee~ Aku sampai Mid + siap parking dalam kul 1005am. Ye kawan-kawan, aku tak merempit ok? Tetibe rasa macam aku cepat plak sampai. Huhu...
Memula ingat nak buat movie marathon hari ni. Nak tengok citer 17 Again dengan Fighting tu. Aku datang awal sebab ingat nak pi beratur beli tiket untuk 17 Again tuh (fully booked weh online). Plan awal nak tengok Fighting tu kul 2 (mentang-mentang 'cuti-cuti Malaysia' lagi, boleh lama sket kat Mid). Last-last plan bertukar bila aku naik tingkat 4 tu, mak aiii...panjang beratur? Baru kul berapa nih? 1015am. Orang KL sekarang ni dah tukar timing pi shopping + tengok movie tau. Kalo dulu 1015 tu, time-time cuti sekolah pon takdelah line sepanjang tu. Ini hari Jumaat la. Give me a break! Ish, sih, ish...
Nasib baik aku dah booked citer Fighting tu awal-awal. So, aku terus je proceed ke Reservation counter. Hoho...habis plan hari ni. Tapi kira ok lagi lah. Cuba bayangkan kalau aku tak booked online mana-mana movie? Mesti hari ni aku balik dari Mid, muncung sedepa. Hahahaha...Kalo tak pun esok aku pi Mid lagi sekali (well, aku ni selagi tak dapat apa yang aku nak, aku tak puas hati. At least satu movie pon kira ok lah ni. So, tomorrow sila duduk diam-diam di rumah ye Cik Nanie...hehe).
Fighting. Erm, aku nak tengok sangat citer ni bukan sebab aku suka citer lawan-lawan atau gaduh-gaduh ni. Aku tengok sebab tarikan utama citer ni, ada boyfie aku berlakon. Channing Tatum! Alarhh...mamat yang berlakon dalam She's The Man, Step Up...Owh, movie akan datang G.I Joe plak (yang ni kena letak dalam organizer aku. Tak boleh lupa). Jalan citer Fighting ni...erm...ok je la. Yang penting dapat tengok muka Channing Tatum tu dah kira ok dah. hehe...
Kuar movie kul 120pm cenggitu. Turun bawah masa nak balik, ramai giler orang! Sesak kejap aku tengok Mid tu. Well, considering today baru hari Jumaat, dan bukan hari minggu, so, terkejut jugak lah. Tapi ramai Chinese. Malay boleh buat head count.
Balik je dari Mid, aku tak terus balik umah. Singgah Carrefour sat. Nak membeli-belah barang makanan nak masak kat umah sementelah parents takde nih. hehe...Ala, Carrefour ngan umah aku tu berapa minit je kalo drive. Dalam 5-10 minit je. Dah dekat sangat. Sampai umah kul tepat 3pm.
La ni, dah siap masak dah. Tapi malas nak makan. Eh, apa yang aku makan sebenarnya hari ni? Errr...jagung, popcorn...Eh, tu je? Aku ni, nak makan pon malas sekarang ni. Apa nak jadi pon tak tau. huhu...esok je lah ye perut. Jangan nak meragam plak. Esok pagi-pagi kita breakfast. Hehee...
Selamat tengok tv~
No comments:
Post a Comment