Ya Allah...Aku dari hari tu nak post entry ni. Tapi asyik lupa. Patutlah aku rasa macam ada benda yang aku tak buat.
Aku nak post gambar baru 'anak buah' angkat aku, Along, Alang and Bong. Mama kitorang (Puan Sal) dah selamat melahirkan bayi lelaki dia kat hospital di Kelantan (nama hospital tak tanya plak).
'Jr.' tu Sal saja2 je tambah (tapi takde dalam surat beranak la) sebab kalo ikutkan nama 'Ali Hussein' tu kepunyaan arwah anak Sal yang pertama dulu. Meninggal sebab lemas dalam kandungan; Januari 2008, tahun lepas. Masa tu kesian jugak tengok kawan aku ni (kenal dia dari UiTM dulu -- classmate PAMs), tapi Sal ni memang tabah lah. Dia kuatkan semangat dia jugak nak sambung Master ngan aku Julai tahun yang sama. Deep down aku tau dia masih sedih, tapi dia redha dengan apa yang dah tertulis.
Sepatutnya 14-06-09 due bersalin. Aku dah teringat dari 11hb lagi, dok tengok kalendar, 'ish, belum lagi la'...tetibe bila pagi 15hb tu Along mesej aku tanya pasal Mama; hoh, baru aku teringat! Alamak...terlewat sehari! Terus aku call Sal kul 1150am. Rupa-rupanya dia dah dalam labour room tengah tunggu masa. Masa aku call tu dia tengah menahan sakit sebab baru 3cm bukak 'jalan' (faham-faham je la eh? hihi. Censored sket nih). Memula aku tak nak kaco dia, dah dia rancak bercerita, aku layan je la. Sempat lagi dia buat lawak yang dia tak rasa sakit sangat bila bercakap ngan aku...hish, Mama Sal ni...hehe ;) Aku plak risau dan seriau dengar dia kata tengah tahan sakit. Weheee~ Sakit! (erk, Sal kata sakit, sakit la kot?).
Last before kitorang matikan talian, dia cakap nanti dia inform pada aku apa-apa berita. So, I'm crossing my fingers at that moment. Mudah-mudahan kawan aku dan bayi dia selamat. Insyaallah~ Aku tak sanggup tengok lagi dia breakdown macam dulu wpun dia tunjuk muka 'kuat' dia tu. Tunggu punya tunggu, tak dengar berita jugak; sampailah malam 16-06-09 tu around pukul 1220am lepas aku letak phone borak ngan 'kawan' aku (anggap 17-06-09 je la terus eh?) ada mesej MMS sampai ke aku. Jarang orang hantar MMS ke aku. Curious punya pasal, dari dah ngantuks, aku trus on lappy aku, masuk Maxis MMS, laaaa...rupanya Sal yang hantar MMS tu guna nombor husband dia. Gambar si kecik yang di atas tu. Putih macam mama dia jugak. Pagi tu before breakfast trus aku mesej dia tanya segala.
Ceasarean. Tak dapat bersalin secara normal sebab bila 'jalan' dah buka sampai 7cm, trus tak mau bukak lagi (ish...). Korang bayangkan dari aku call Sal pukul 1150am 15-06-09 tu, dia menahan sakit sampai kul 0458am, 16-06-09. Seharian dalam labour room! Sakit yang hanya dia tanggung dan tahu. Yang penting, bayi dia selamat dan kawan aku ni pun selamat. Alhamdulillah~
p/s: Kepada bakal-bakal husband ataupon yang dah jadi husband tu, beringatlah bahawa isteri kalian sanggup bertarung nyawa untuk mengandungkan dan melahirkan zuriat untuk kalian. Kalian tak rasa apa yang isteri kalian rasakan. Kalian cuma perlu berada di samping mereka di waktu susah dan senang, itu sudah cukup buat mereka (Errr...aku plak yang emosional...huhu).
No comments:
Post a Comment