Tuesday, June 30, 2009

pening

Ye, aku tau aku telah melanggar janji untuk tidak menulis entry selepas entry yang konon-kononnya entry terakhir aku bagi bulan Jun pagi tadi (entry yang tetibe emosional len macam tu). Tapi tak boleh tahan la. Heee~

Lepas entry pagi tadi, aku rasa tak sedap badan. Dah pulak memang sepanjang malam tadi aku tak boleh tido. Padahal aku sempat terlelap depan lappy lebih kurang sejam je. Pukul 1pg terbangun, off lappy, off lampu, ingatkan nak sambung tido tapi langsung tak boleh. Sampai la ke pagi mata ni konon-konon je tutup rapat-rapat tapi otak fikir macam-macam. Tau la nak naik sem baru dah, kerja-kerja tesis menunggu. Tapi...haish...sabar je la.

Maybe jugak sebab semalam perut aku hanya berisikan dua biji popiah masa breakfast (popiah dipanggil biji ke? ahhh...tibai), dua keping roti (sebelum pergi UKM) dan selain dari itu, air kosong. Petang semalam je la makan seketul ayam KFC. Perut masuk angin kot sampaikan malam tadi tak boleh tido.

So, pagi tadi kepala pening-pening lalat. Rasa nak menangis pon ada sebab lepas amek Ellie, try nak cover balik tido malam tadi yang macam tak tido tu, tapi tak boleh; tak berjaya. Kepala makin pening. Mata ni pon rasa bengkak cam orang lepas nangis tu, tak boleh nak bukak besar-besar. Hari ni rasa takde semangat sangat. Rasa nak demam pon ada sebab bila kepala aku ni dah pening, nanti secara otomatiknya akan effect aku jadi demam dan selsema. Aduhhhh~

Kesian Encik Asam Boi saya ajak jumpa petang tadi saya terpaksa menolak (saya tau dia rindu kat saya la tuh...haha). Kalo saya kuar pon tapi saya tak berapa nak sehat dan tak berapa nak happy pon, mesti tak best kuar kan? Takpe, esok-esok masih ada. Jangan risau ;)

p/s: Aku tak nak makan!!!! Tetibe takde selera nak makan sekarang ni. Nak mogok dengan diri sendiri lah macam ni gayanya :(

No comments: