Pagi-pagi lagi pi jalan-jalan kat Ampang Puteri. Eh, bukan jalan-jalan, tapi teman ibu ngan Ellie jumpa doktor pakar. Kulit Ellie tu sensetif sangat.
Alkisahnya, pagi tadi aku dok godek almari aku tu. Nak pakai baju tu, alamak... tudung tak boleh nak selempang je (leher baju tu lebar sangat), nak pakai yang tu, pendek sangat plak. Nak pakai yang tu, meriah sangat plak kalernya. Ingat aku nak pi berjalan ke? Itu la, inilah...
Paling teruk; nak pakai yang itu, warna biru lagi! Asyik-asyik biru, biru dan biru lagi. Aku plak naik lemah dok tengok banyak sangat baju warna biru dalam almari aku tuh. Takde warna lain ke?
Tapi betul jugak la before this aku pnah baca satu buku horoskop kat POPULAR Bookstore (perhatian: Sila jangan percaya dengan horoskop atau sebarang ramalan macam tu ok? Solat anda boleh tidak diterima selama 44 hari. And so I've read somewhere). Dalam horoskop tu cakap, aku ni sesuai ngan warna pink (owh, jadinya aku tidak di'curse' oleh cik LiyanaRoxx sebab kutuk dia dulu pakai pink head-to-toe. Bagus, bagus...); purple (warna keibuan. Owh, nak kena kawen dah ni..haha). Selain dua tu, warna BIRU dan HIJAU adalah warna penyelamat aku. Yang ni bukan nak percaya ke apa. Tapi memang betul!
Sebabnya, kalo emergency ape-ape nak kena cepat dan aku dah terlambat, baju warna biru yang aku capai dulu. Errmmm (sambil pegang dagu dan meraba jerawat yang tengah nak kering tu), ye la kot... Aku baru je perasan rupanya memang baju warna biru aku sangat banyak! Dan setiap kali aku tengah bosan-bosan nak keluar rumah, baju biru menjadi mangsa.
All in all, baju biru ni selain jadi baju penyelamat aku, boleh jugak sebab aku ni tengah malas nak pikir nak pakai baju ape time nak keluar. I don't need elaboration in defining myself. Kalo itu, itulah. Dan warna biru menyebabkan aku tidak mahu jadi lebih daripada yang sepatutnya.
Jadinya, kalo lepas ni korang nampak aku pakai baju biru, faham-faham je lah eh. Aku tengah malas dan takde mood nak jadik comel (ahhh...perasan!).
p/s: Erm, keputusan pagi tadi masa pergi hospital: berbaju biru dan bertudung putih. Hoh~ Sesuai sangat dahhhh...Kombinasi yang sangat sesuai time aku tengah rasa down.
No comments:
Post a Comment