Hoho...
Hari ni aku pi amek Kak Aina kat Shah Alam. Lagi-lagi bila dia tau aku sorang-sorang kat umah (abah+ibu balik kampung awal minggu ni -- Hari Khamis petang lagi dah chow balik kampung sebab abah ada hal kat kampung --). Before balik dari Shah Alam, sempat lagi kitorang berdua pergi jalan-jalan kat Taman Tasik Shah Alam (TTSA). Dah lama sangat tak singgah sana. Dulu masa time study kat UiTM, tu lah tempat aku hilangkan tension. Baca nota exam pon kat situ. Ehehehe...so much for mencari ketenangan.
So, mulalah kitorang buat sesi bergambar secara 'tak senonohnya' (bahasa Min...hehe) berdua. Eh, bukan tak senonoh ape ye. Ye lah, korang bayangkanlah, siap buat self-time lagi. Lawak btul. Macam-macam posing ada. Tergelak terkekek-kekek kat taman tu. Macam buat rumah sendiri ;D
Lepas nak dekat satu jam duk bergambar kat TTSA tu, balik lah umah aku. Dah siap lunch semua, sempat aku lipat kain segala, tengok tv; petang kul 3 kitorang keluar lagi. Tak duk diam hari ni. hehe...
Memula pi Ampang Point sebab aku nak cari baju tight untuk pakai ngan baju lengan pendek aku. At last before balik dari AP, sempat beli satu t-shirt yang sama design ngan Kak Aina. Wehee...comel baju tuh.
Balik je dari AP, bukan terus balik umah; tapi sempat pi Jusco Maluri. Nak pi cari remote control Astro ni ha...Asyik buat hal je. Sempat gak pi bli barang-barang untuk buat masak Mee Goreng Tomyam aku tu. And then...balik lah!
Sampai umah, aku try la baju baru tu. Ala, yang sama design ngan Kak Aina tu. Sama-sama try, and then kitorang decide nak bergambar ngan baju baru tu. Dah macam takde keje plak. Kali ni buat mode 'continuous snap'.
Total gambar yang kitorang sempat amek hari ni = 469 keping!
No comments:
Post a Comment