Showing posts with label addiction. Show all posts
Showing posts with label addiction. Show all posts

Friday, February 25, 2011

(21) What Makes Happy

Day 21 challenge is to post a picture of something that makes me happy.

Wah, ni memang challenge la sebab banyak benda boleh buat aku happy. And for some reason, semua benda2 itu terdiri daripada makanan. Hehe ;) Typical me and typical mommy-to-be jugee~~

Let see:

J.Co Donut! Ni dari hari tu TERMENGIDAM. Tapi jauh2 plak outlet dia. Pavi tak pnah pi lagi so... kempunan. Kepada sesiapa yang nak pi Pavi tu, saya nak kirim J.Co boleh?? Boleh laa...

McDonald's McChicken memang aku ngidam dari bila ntah aku pun tak take note. Tetibe je crave benda ni and perut meragam2 ke'happy'an. Not good sebab not a good diet for ibu mengandung, but, bukan selalu pon dapat makan. Sesekali tu ape salahnya meng'happy'kan perut ye tak? ;P

Yang ni usah kata la. Malam tadi baru bedal dua set Large Fries McD. Lapar punya pasal, tapi kalo tak lapar pon, McD's fries tetap paling TERBAEK!!

Ice cream pon antara makanan yang boleh buat aku happy. Asal nampak je, konpem perut and lidah aku happy tapi purse je yang ketat nak keluarkan duit. Haha ;D

haishhh..gambar takde yang real la :( Ni hotdog 1901. Have anyone heard of 1901, Malaysian Hotdog Kiosk? Dulu aku tak pernah amek peduli pon. Bila keje kat GE Mall, ni la antara makanan yang aku salu beli and this particular one yang aku paling suka sebab takyah beli set yang ada mashed potato sebab dalam hotdog ni dah disekalikan ngan mashed potato :)) Tapi, bila time aku nak beli sangat 2 weeks ago, rupe2nya pushcart 1901 depan Domino's Pizza dalam Ampang Point tu dah takde! Takde, ilek poci bak kata f@nna ok? Ni kena pi Wangsa Walk yang malas ni ;(

Kucing memang antara haiwan yang aku happy bila nampak. Lagi2 kalo yang jenis kecik macam ni. Innocent je rupenya kan? ;D Or any cats yang berwarna putih bersih or yang tricolor tuh. What's it call? ni kalo F@nna tau sangat :)

Baby!!!! Mungkin sebab tengah preggy kot, tu yang extra suka tengok baby ;D No particular reason, just, I'm happy to see one. And I'm glad soon I'll be a mother for my own baby :)) aww...


Top: tengah happy nak dapatkan idea untuk buat blouse for Atiqah's wedding this coming May. Kalo dapat beli lagi senang. hahaa ;D But, but, kalo tempah, boleh letak riben warna biru macam yang Tqah nak tu for all her bridesmaid. Or, wearing a blue pants instead of white pants sebab nanti nampak panties ;P Ok ape kan?? Otak, otak...sila jangan kerja keras sangat, kesian kat baby tak cukup tido bila otak mama ni tak benti ligat berpusing waktu tido memikirkan design yang sepatutnya for the bridesmaid's dress. Lagi2 aku baru 7months preggy masa Tqah kawen nanti. Hmmm...

Bottom: Nak cari baju2 preggy (bukan blouse) untuk XL women. Sekarang ni, even baju mengandung pon nak ketat2. Bosan sungguh eden! bukan tak bangga preggy, tapi, selain xselesa, aku pon tak suka ketat2 dah. Kena tutup aurat, jaga maruah hubby :]


p/s: Nampaknya itu saje je kot?

Saturday, May 22, 2010

one down! ;)

Yeay, yeay!!!

Aku dah siap jahit langsir rumah baru dah!

Double yeay for me sebab all alone jahit langsir. Bukan setakat jahit langsir tingkap, tapi langsir sliding door yang sangat panjang berjela dan lebar! And not to forget, BERAT!

Hello, for people yang tak tau menjahit, that will take longer than you thought. Aku ni sebab dah ada asas, pon agak amek masa sebabnya aku ni bergantung kepada mood menjahit masa tuh. Sume benda yang aku buat memang akan bergantung kepada mood. Hari tu aku amek masa 3 minggu jahit langsir tingkap bilik baru aku. Nak tau sebab ape lama benar? Sebabnya first langsir tu aku pilih nak buat yang ada guna kain jenis organza yang licin, payah nak jahit, degil dan materialnya kaku. Berangan nak buat dua lapis la konon... Lapis pertama yang kain berat and lapis kedua yang jenis organza, konon-konon for day curtain la...ceh... Tapi, alhamdulillah lega bila minggu ke-3 tu aku push diri sendiri siapkan. Siap yang langsir bilik, terus sambung untuk langsir tingkat bawah. Yang itu zup zap siap dah sebab selapis je.

Ape-ape pon, aku tak dapat nak siapkan awal jugak sebab keje aku bukan setakat jahiit langsir je tapi macam aku panh cakap sebelum ni, sume jenis keje bibik aku buat sekali ngan amek Ellie kat sekolah, pagi petang. So, baru nak syok tekan pedal mesen jahit, kena benti sebab nak sidai kain. Baru nak naik syeikh tekan pedal mesen jahit, kena kuar amek Ellie kat sekolah plak. Adehhh~ Masa banyak habis kat keluar masuk rumah, turun naik kereta.

Ok people, ini adalah rutin for homemaker. Ada gaya tak? Kehkeh ;))

p/s: Weh, ingat jadi surirumah dok goyang kaki je ke? Like, HELLO!!! Mak aku takde bibik nak tolong buat keje rumah, jadinya, kena pandai-pandai bawak diri tolong ape yang patut kat umah ni. Kalo tidak... kesian tengok Ibu buat semua benda. Aku dah boleh rasa penat yang Ibu rasa beberapa tahun dok membesarkan anak-anak dia yang nakal ni sorang-sorang bila Abah kat office. Cumanya, bila jadi homemaker ni, tak dapat gaji beribu-ribu. Itu je.

Monday, August 17, 2009

fobia

Lately ni aku perasan aku dah ada satu perasaan yang tak best, fobia kot ngan bunyi tayar menciut (huhu...Melayu nyer bunyi? Tire's screeching in English lah). Perasaan ni mula lepas aku accident ritu (walaupun ternyata bukan aku yang salah dan bukan aku yang melanggar peraturan jalanraya. I'm on the innocent side walaupun aku ni bawak kete giler-giler gaks, F1 Driver la katakan).

Satu lagi sekarang ni, aku fobia gak bila kereta belakang aku follow dekat-dekat. If kat highway yang tak banyak kenderaan tu, I'm fine with it sebab aku bleh cilok sana, cilok sini. Ni kes bila follow dekat-dekat, dan nak bawak laju-laju kat area perumahan or area yg memang jalan ada satu lane je for both sides. Memang nak kena luku le jawabnyer. Sekarang ni kalo aku nampak je driver yang macam tak paham bahasa, drive dekat-dekat belakang kete aku, aku akan tekan break awal-awal kalo depan aku kete dah mula nak benti (paham tak?). Hahaha ;p

So, bab-bab drive kat area perumahan sekarang ni aku sudah menjadi pemandu yang berhemah. Bukan dulu tak berhemah, tapi sekarang ni berlebih-lebih lagi ;D

p/s: Aku tak jumpa apekah jenis fobia yang aku alami skarang ni dalam list yang sedia ada. So, it's just -- fobia --.

Sunday, June 7, 2009

Spreeing Freely~

Hoho...

Hari ni aku pi amek Kak Aina kat Shah Alam. Lagi-lagi bila dia tau aku sorang-sorang kat umah (abah+ibu balik kampung awal minggu ni -- Hari Khamis petang lagi dah chow balik kampung sebab abah ada hal kat kampung --). Before balik dari Shah Alam, sempat lagi kitorang berdua pergi jalan-jalan kat Taman Tasik Shah Alam (TTSA). Dah lama sangat tak singgah sana. Dulu masa time study kat UiTM, tu lah tempat aku hilangkan tension. Baca nota exam pon kat situ. Ehehehe...so much for mencari ketenangan.

So, mulalah kitorang buat sesi bergambar secara 'tak senonohnya' (bahasa Min...hehe) berdua. Eh, bukan tak senonoh ape ye. Ye lah, korang bayangkanlah, siap buat self-time lagi. Lawak btul. Macam-macam posing ada. Tergelak terkekek-kekek kat taman tu. Macam buat rumah sendiri ;D

Lepas nak dekat satu jam duk bergambar kat TTSA tu, balik lah umah aku. Dah siap lunch semua, sempat aku lipat kain segala, tengok tv; petang kul 3 kitorang keluar lagi. Tak duk diam hari ni. hehe...

Memula pi Ampang Point sebab aku nak cari baju tight untuk pakai ngan baju lengan pendek aku. At last before balik dari AP, sempat beli satu t-shirt yang sama design ngan Kak Aina. Wehee...comel baju tuh.

Balik je dari AP, bukan terus balik umah; tapi sempat pi Jusco Maluri. Nak pi cari remote control Astro ni ha...Asyik buat hal je. Sempat gak pi bli barang-barang untuk buat masak Mee Goreng Tomyam aku tu. And then...balik lah!

Sampai umah, aku try la baju baru tu. Ala, yang sama design ngan Kak Aina tu. Sama-sama try, and then kitorang decide nak bergambar ngan baju baru tu. Dah macam takde keje plak. Kali ni buat mode 'continuous snap'.

Total gambar yang kitorang sempat amek hari ni = 469 keping!

Tuesday, February 10, 2009

Moist Chocholate Cake..nyum2~

Bahan A:
+ 2 biji telur (Gred A)
+ 1 cawan gula kastor
+ 1 cawan gula perang
+ 1 cawan minyak Daisy

Bahan B:
+ 1 1/2 cawan air coklat Dutch Lady (ape2 brand pon takpe, aku je gediks pakai Dutch Lady ni)
+ 1/2 cawan air campur ngan 2 sudu kecil Nescafe
+ 1 sudu kecil esen vanilla
*campurkan sekali semua

Bahan C:
+ 2 cawan tepung gandum
+ 1/2 cawan serbuk Koko Van Hauten
+ 2 sudu kecil sodium bikarbonat
+ 1 sudu kecil baking powder
*ayak sekali semua bahan ni

Cara-cara buat:
- korang kena siapkan dulu bahan-bahan B dan C tu supaya tak kelam kabut
- pukul telur sampai kembang
- masukkan gula perang + gula kastor, pukul sampai sebati
- masukkan minyak Daisy dan pukul sampai sebati jugak
- masukkan bahan B + C dalam bahan A secara berselang-seli
- dah sebati semua, tuang dalam acuan kek yang telah di sapu sedikit minyak
- bila periuk kukus dah panas, kecik kan api, masukkan acuan kek tu
- kukus selama 1 jam

p/s: boleh jugak nak bakar. Tapi aku pnah try, bila bakar, tak la se'best' kukus.so, enjoy + Bon Appetit!!

I'm Currently Addicted to ...

Here are the list of things that i'm addicted to:

Food(s): Moist Chocholate Cake, Assam Fish, Sizzling Yee Mee, Kuey Teow KungFu, Mee Goreng Mamak, Deep Fry Squid

Drink(s): Lemon Green Tea, Plain Water

Song(s): All by Paramore, Us Against The World (Christina Millian), Fall For You (Secondhand Serenade)

Colour(s): Aquamarine, Yellow/ Orange, Black

Movie(s): Twilight, Children's Fiction (age is just a number; and i'm young at heart..haha), Center Stage: Turn It Up

Book(s): Stephenie Meyer's (Twilight's Saga), any vampire's series from PC + Kristin Cast, Sophie Kinsella (Remember Me) and Meg Cabot (Queen of Babble's trilogy)

Electronic Device(s): Nokia N79 (but since Nokia is Israel's biggest supporter and i'm not a war supporter, I think I put this under view for a while :D), Samsung Innov8, Canon Ixus 980 IS (14.7 mp-giler ah!!)

aishh, I do hope i have all the money in the world..but a girl can only dreams rite? ~sighing~