Tuesday, June 2, 2009

Teguran

Aku telah ditegur.

Bukan teguran macam... 'Hai awak...' tu. Bukan!

Teguran.

Kalo ada tersilap bahasa, penggunaan ayat yang terkasar dan tak sesuai digunakan oleh budak perempuan (nak guna perkataan 'gadis' macam ayat Melayu kuno plak), atau kasar dari segi percakapan selain dari penggunaan bahasa.

Dulu aku tak suka ditegur. Kalo ditegur, mulalah aku nak tarik muncung macam muncung itik DiGi tuh. Ataupun aku akan tarik muka atau paling teruk, aku tak nak bercakap ngan orang yang menegur aku tuh (untuk seketika lah sampai hati aku reda sket).

Tapi sekarang aku nak orang tegur aku. Tapi biarlah kena caranya, tempatnya. Aku suka. Aku nak tengok orang peka tak ngan aku.

Adakah ini bermakna aku sudah semakin manja? Yelah, macam nak perhatian plak gayanya.

Tapi aku nak orang tegur aku. Aku nak guy yang boleh menegur aku secara berhemah. Sedap hati mendengar dan tak makan hati selepas ditegur. Dan yang paling penting, orang tu tak takut untuk menegur aku sekiranya aku berbuat silap.

Adakah aku akan berjumpa lelaki seperti itu lagi kat Malaysia; Malaysia yang dah hampir kepupusan kaum bernama lelaki ni?

Owh, aku hanya perlu berdoa...InsyaAllah aku akan jumpa jugak lelaki yang macam tuh. Amin~

No comments: