Thursday, June 18, 2009

satu, satu lagi.

Ianya tak dapat dinafikan,
yang kita perlu bersama,
Ianya tak dapat dipercayai,
yang mana dulu aku pernah kata aku takkan jatuh cinta,
tapi pada dasarnya aku perlu tahu;
jika kau tak tau apa yang kurasa,
jadinya biarkan aku tunjuk yang aku serius sebenarnya nih.
Jika semuanya benar,
Masa akan menentukannya,
Owh...

Satu - ko ni macam mimpi jadi kenyataan je,
Dua - aku perlu bersamamu,
Tiga - dah jelas ni, yang ko adalah satu-satunya millikku,
Empat - satu, dua, tiga, tiga lagi (macam senamrobik tu),
Lima - aku akan buat ko jatuh cinta padaku,
Jika semua kerjaku dah selesai (nak buatkan ko jatuh hati padaku la),
jadinya aku akan bermula dari awal semula.

Ianya sukar dipercayai,
Bagaimana keadaan terjadi dengan sendirinya;
dengan segala emosi,
sebaik sahaja ko tau apa sebenarnya terjadi.
Dan ianya sesuatu yang tidak diigini,
jika kita perlu berjauhan,
Aku takkan dapat bertahan lama,
Kerana ko tau, ko ada kunci ke hatiku...

Ucapkan selamat tinggal kepada kegelapan,
Ku lihat ada sinar mentari,
Aku rasa dah macam budak-budak dah (muahahaha),
Seperti hidupku baru saja bermula,
Ko datang dan memberikan nafas baru kepadaku,
Ke dalam hatiku yang kesepian ini.
Ko datang tepat pada masanya,
Dikala aku memerlukanmu~





p/s: Dah lama tak dengar lagu Brian McKnight - Back At One nih. Sweet sangat bila dengar balik. So, aku buatlah direct translation untuk korang baca. Buat lawak btul, ayat BM tak boleh blah~ Heeheheeee ;D

No comments: