[Sambil tengok Flip Flap aku tergedik-gedik melambai-lambai]
Awak, aci tak kalo saya tak letak Flip Flap tu dalam kereta? Nak letak dalam bilik je sebab sayang la.
Tadi kebetulan Ibu aku tengok Wanita Hari Ini kul 12tghari. Aku pon layan je la sebab dia yang pegang remote control tu. Tajuk hari ni: BUJANG TERLAJAK. Erk...lately ni banyak sangat citer pasal kawin-kawin dalam tv yang aku TERtengok. Dah nama pon TERtengok, aku pon terus tengok je la. Selebriti yang dijemput tak lain tak bukan Adibah Noor dengan Harith Iskandar berserta seorang pakar motivasi, Dr. Izzy.
Dr. Izzy ni bagi statistik kat Malaysia ni, umur purata bagi lelaki berkahwin sekitar 29 tahun, manakala umur wanita berkahwin ialah 28 tahun.
Erm, Aku tak nak kawin umur lingkungan tu. Bagi aku umur nak masuk 25 ni pun dah agak 'tua' jugak. Errrr... bukan tua, tapi dah lewat sangat (sori AtiQue, ni pendapat aku je. Aku tau ko ada alasan ko tersendiri dan alasan tu memang kukuh). Dan aku jarang dengar lelaki kata umur 25 tu agak lambat untuk berkahwin. Selalu yang aku dengar, lelaki ni nak kahwin lambat sebab tak puas enjoy lagi hidup bujang. Tolak abang aku kot, sebab dia kawin umur 25 and masa tu kakak ipar aku umur 23 (haa...aku dah 24 weh!). Ada sorang je lelaki yang setakat ni (selain abang aku) cakap dia nak kahwin cepat dengan alasan dia tak mau bila dia dah tua, anak-anak dia masih kecik-kecik (satu jawapan yang sangat comel pernah aku dengar dari mulut seorang lelaki... hihi...betul awak!).
So, kembali kepada ahli panel yang suka buat lawak (Adibah + Harith tu). Aku tertarik pada jawapan Harith Iskandar bila Norish Karman tanya pada dia, apa kriteria yang dia letak untuk mencari seorang isteri. Harith ni memula jawab tak siyes sebab dia kata, of course la dia nak isteri dia tu mestilah perempuan (hehe). Jawapan siyes dia plak, dia kata dia tak mau letak sebarang 'kriteria' untuk mencari calon isteri. Alasannya: sebab kalo dia letak kriteria tertentu, sudah semestinya lah calon isteri dia tu akan letak kriteria jugak dalam mencari calon suami. Jadi, bilanya dorang nak berkahwin kalo masing-masing akan membuat bandingan antara kita, dia dengan orang lain? 'kenapa u tak macam ni, kenapa dia macam tu'...Erm, betul jugak kan?
Dan kawan baik aku pernah tulis dalam blog dia -- SAYANGILAH ORANG YANG MENYAYANGI ANDA..DAN BERSABARLAH JIKA DIA BUKAN SEPERTI ANDA MAHUKAN..NESCAYA SATU HARI NANTI ANDA PASTI BAHAGIA -- (AtiQue la tu. Dan dia tujukan madah pujangga tu buat aku. Ceh~ Tapi aku berterima kasih pada ko AtiQue sebab ko ada di waktu aku perlukan ko selain Along dan Killeroses). Ada betulnya jugak. Jadinya, sekarang ni aku tak boleh guna lagi kriteria-kriteria Mr. Right aku yang pernah aku tulis dalam blog ni pada 16-05-09 dan 18-05-09 tu.
Kesimpulannya, semuanya akan kembali kepada perkara asas dalam sesebuah perhubungan dan persahabatan iaitu menerima si dia seadanya. InsyaAllah~
No comments:
Post a Comment