Kebetulan abah balik awal dari ofis (after Solat Jumaat), dalam kul 330pm camtu kitorang gerak balik kampung. Around 515pm sampai Bukit Gambir, pi shopping sket kat Supermarket Homewin (barang dapur je).
Sempat Asar, siap mandi; lepas maghrib baru kitorang pi umah atok. Kenduri kat Johor ni selalunya akan buat dua trip. 1st trip kul 3ptg (kaum hawa) dan 2nd trip kul 9mlm (lelaki). Trip petang tu kitorang satu family dah burned sebab abah taknak amek cuti.
Well, aku seperti biasalah, buat keje belakang tabir, of course lah pakai t-shirt ngan jeans je (adik sedara aku lagi selamba, pakai baju tidor!). Ape yang aku tolong? Tolong isi dulang untuk Nasi Ambéng (nak sebut ni kena ada style JAWA sket, kasi pekat sket ye? Hehe). Silaplah…aku tak bawak camera aku…ceh~ Malas sebab aku ni suka letak merata dan suka tinggal-tinggal barang. So, dari aku meraung sebab camera baru tertinggal kat umah atok, baik aku tak bawak. Tapi, bila pikir balik aku nak kongsi ngan korang apa tu Nasi Ambéng yang sebenarnya, rasa menyesal plak tak bawak. Huhu…
Style Nasi Ambéng ni, nasi yang diletak dalam dulang besar, selalunya untuk 4 orang makan. Tapi, sebenarnya, bila ada keramaian yang dibuat, orang hanya makan kuih-muih je dan Nasi Ambéng ni dibungkus. Tak pernah lagi dalam sejarah, orang makan Nasi Ambéng ni on the spot kat kenduri tu jugak. Jadinya, sesape yang baru nak berjinak-jinak ngan Nasi Ambéng ni, pesanan aku, jangan buat malu kompeni! Hahaha ;D
Habis kenduri dalam kul 10mlm, kemas-kemas, aku buatla hal aku kat dapur. Ape lagi kalo bukan basuh pinggan. Keje amal yang paling best dalam dunia ni (kalo time kenduri la). Kalo tak percaya, tanya member basuh pinggan aku, tak lain tak bukan Kak Aina! Haha ;D
Tapi, ada plak sorang makcik ni dah amek tempat aku (basuh kat sinki. Kalo kat umah aku, basuh kat luar, atas lantai simen, open air gitu, so boleh menyelit sket). Dah aku plak tak ske buat keje ramai-ramai kat tempat yang sesak. Kalo basuh kat atas lantai macam kat umah aku, aku no hal je. Ini kat sinki kecik, asyik berlanggar bahu je ngan makcik tu. Tapi, kebetulan anak bongsu makcik tu meragam nak mak dia buat susu, aku dok merangka plan nih…
A: eh, takpela makcik, biar Nanie je sambung basuh dulang tu.
M: Ish, dah la tadi makcik tak tolong masak, dapat tolong basuh pinggan pun jadilah.
A: (ala makcik ni…aku dah bagi can rehat2 tak mau plak) Tapi tu kesian plak anak makcik tu nak susu. Karang menangis plak dia.
M: Takpe, abah dia ada.
A: (Adui…aku surrender lah macam ni. Nak sangat basuh pinggan kan, ha, basuhla…) Hemmm... (sambil tersenyum tak berapa nak ikhlas – nasib makcik tu tak nampak)
Tak lama lepas tu, bila anak makcik tu makin galak meragam, baru makcik tu lepaskan tugas dia ke tangan professional (aku la tuh). Dengan pantasnya aku merembat span basuh pinggan tu. Korang mesti pelik sebab aku pnah cakap aku ni OCD kan? Tapi men air plak. Basuh pinggan aku ok je. Sebab jari jemari aku kena air secara keseluruhannya, bukan sipi-sipi je. So, alang-alang dah basah, basahkan je la. But one thing, walaupun aku basuh pinggan cepat, I’ll make sure no minyak-minyak tertinggal atas pinggan atau bekas plastik yang aku basuh tu (I’m very particular. Selagi tak hilang, selagi tu aku sental. Maaf atok, habiskan Axion atok..hihi) Kata dah pakai Axion, mestilah sampai boleh buat bunyi menciut tu. Ekekeke ;)
No comments:
Post a Comment