Showing posts with label movies. Show all posts
Showing posts with label movies. Show all posts

Thursday, January 21, 2010

movie marathon

yeay!!!!! lepas dah aku punya gian nak buat movie marathon!

Dua movie dalam sehari. Dah lama dah aku tak menyempat nak tengok movie sensorang. Saje-saje... rindu~ Dulu bila ada masa free je memang ni la keje aku. Dis time around, sebelum aku benti jadi penanam anggur kat umah, at least aku dah menunaikan impian aku yang satu nih ;D Senyum lebar-lebar yeee ;)

Pagi tadi aku tengok citer Old Dogs kul 1130. Diikuti dengan gap satu jam, petang tu kul 2 aku tengok citer Tooth Fairy plak. Huhu... Hari ni aku kekejangan kat dalam panggung wayang! Sejuk btul... Brrr~~ (macam iklan C**a-c**a)

Old Dogs tuuu... hmm... family story. Biasa-biasa je citernye. Kalo tengok trailer, macam dari awal tu gelak manjang tapi bila dah tengok movie sebenar, hmmm...boleh la. Aku bagi 3 bintang dari 5. Itu pun sebenarnya markah popcorn je lebih. Biasalah aku ngan popcorn macam aur dan tebing; tak boleh dipisahkan. Ekekeke ;P

Tooth Fairy plak, best! Tengok la. Nak kata recommended, boleh la. But since boyfriend aku berlakon (Dwayne 'The Rock' Johnson), aku agak bias la, 4.5 bintang! Weheee~ Untuk sape-sape suka tengok The Rock berlakon, pi la tengok. Comel btul The Rock pakai baju ballet! Hehe ;)

p/s: Hari ni satu hari aku makan popcorn je. Ngan nugget. Itu je. Lately ni aku takde mood sangat nak makan berat-berat. Kecuali bila pi makan ngan buah hati. Itu lain citer arr... Kihkih :D

Tuesday, January 19, 2010

wayang...

bersama Cik Abang.

Sabtu lepas aku pi tengok wayang ngan buah hati kat MBO Galaxie Ampang ni je. Plan asal ingatkan nak pi tengok kat Mid, but since meeting antara parents aku ngan Cik Abang sampai kul 11pg, maka dengan itu, konpem la tak sempat nak kejar tiket yang aku booking online kat Mid kul 1120pg tu selain dok pikir konpem la parking penuh kat Mid ngan The Gardens tu. Weekend kan, paham-paham je la. Alangkan kalo weekdays pon parking kat area Mid tu boleh penuh pukul 11pg. Wehh... korang ni semua tak keje ke ape? Ke sama je jadi penganggur kehormat macam aku kat umah ni? Poyos btulla ;p

Hari tu tengok citer Adnan Sempit, saja melayankan buah hati aku ni nak sangat tengok citer tu. Tapi, siyes la, citer tu BEST! Lawak dari awal sampai ke habis. Kalo Liyanaroxx suka part bila Adnan tu cakap 'I don't want banana fruits two times', aku suka part bila Cat Farish open table bagi nasihat percintaan kat si Adnan tu, the one yang Cat swuh Adnan pandang mata Intan Ladyana pastu dia nyanyi 'mata ke mata, ke hati. Hati ke hati, hati-hati. Rindu merindu bicara janji...'. And then satu lagi part bila Adnan tengah sedih dia gaduh ngan Intan, Cat cakap something and Along Raja Lawak sambung menyanyi. Cat marah Along, dia kata 'asal aku cakap je ko nyanyi, asal aku cakap je ko nyanyi, ko perli aku ke?' Hahahaa... Lawak btul. Aku duk gelak je tengok citer ni dari awal sampai la ke habis. Jarang aku nak gelak tengok citer Melayu ni, and sebenarnya aku tak layan sangat tengok movie Melayu. Sometimes lawak ntahapehapentah. But citer ni, kalo boleh bagi bintang, aku bagi 4 bintang dari 5 bintang. Tengok weh, kena tengok. Boleh pecah perut ketawa tengok citer Adnan Sempit ni ;D

Setakat ni berjela list movie yang aku nak tengok, tapi tak sempat lagi. Korang ingat aku tengah menganggur kat umah ni takde buat ape, goyang kaki je?? Helloooo~ Silap ye. Aku ni dah ibarat jadi bibik tau. Sidai kain, angkat kain, lipat kain, amek Ellie dari sekolah. Gaji je takde. huh~ So, nak menyelitkan agenda 'tengok wayang' tu hanya boleh pada waktu weekend je yang konpem, sure, pasti ramai orang kat movie. Aku tak ske ramai-ramai sangat, aku suka weekdays bila aku boleh santai-santai, takyah pikir nak beratur panjang-panjang. So, setakat ni list aku:
  • Sherlock Holmes
  • Tooth Fairy
  • Spy Next Door
  • Old Dogs
p/s: Aku dah rindu zaman nak buat movie marathon - tak kira la sorang-sorang ke, berteman ke... yang penting aku nak buat movie marathon. Setakat ni, citer yang aku listkan tu yang aku nak sangat tengok. Rindu la...

Tuesday, January 5, 2010

Girl's Day Out 010110

Pelik jap tengok tarikh New Year tahun ni. Berpinar tengok banyak sangat 1 dan 0. Hehe...

By the way, New Year tahun ni masuk kali kedua celebrate ngan BFF kesayangan. Sape lagi kalo bukan aTiQue + Liyanaroxx. Rasa-rasa boleh jadi Annual Meeting nih, or should I say, Annual Hangout with besties? Hihi :)

Sorry la ye, agak lewat aku nak update pasal hougout ritu. The last couple of days ni aku agak malas sket. My entry untuk 1st day of 2010 tu aku taip 10minit sebelum get ready nak kuar ngan besties aku nih tapi baru dapat publish malam semalam, 040110. Sebab bila balik hangout dah malam, badan dah penat, aku malas nak online dah ;p

So, back to the story lah ye.

Hangout ngan dorang dari kul 12tghari sampai ler 8mlm. Sampai umah dah kul 845mlm. I'm okay with it, as long as i'm not driving. Haha (thanx Ana, dengan baik hati anda dah menawarkan diri untuk jadi driver of the day). And nak tau tak, kitorang bertiga ni dah jadi budak Emo masa kuar hangout ritu. Masing-masing pakai baju hitam. Fuh~ nasib tak kena tahan polis. Hahahaha ;P

Plan nak tengok movie kat GSC Mid tak kesampaian sebab bila sampai je kat Tingkat 3 Mid, mak aiiii... beratur bukan men panjang nak belik tiket! Hello~ takde gaya ok, nak buang masa beratur sepanjang itu. Ok lagi. Pi makan plak kat Foodcourt sambil gosip-gosip. Biasalah, gosipnye berkaitan e~, w~ lah (tu aksara dari tqah untuk kependekkan bahasa). Tahun 2010 untuk itu semua. Impian dan angan-angan yang InsyaAllah termakbul jugak untuk tahun 2010 ni. Amin~

Bila rasa tak syok mengawal diri, Tqah bagi plan tengok movie kat CineLeisure, Damansara. Sebab, betul jugak tau bila hangout ngan dorang ni kalo tak tengok movie tu tak sah. Somewhat missing; tak complete. There you go.

First time ni aku masuk Cineleisure. Ok la wayang nye. Sebab aku ni peminat terulung POPCORN, the detailing about the movie place itself aku tak kesah. Yang penting, POPCORN kena best! (beb, aku boleh habiskan LARGE popcorn sorang ok? hehe). So, sekarang ni baru aku tau, popcorn yang paling tak best adalah di TG*. No.1 popcorn masih di GSC, diikuti dengan MBO dan Cineplex kat Cineleisure tuh :)

We watched 'Did you hear about the Morgans?' Best cter tuh! 4.5 bintang dari 5 bintang okeh? Movie ni pasal wedded couple yang ada problem dalam perkahwinan dorang bila si suami tidur ngan pempuan lain belakang isteri dia. But in the end, dorang berbaik semula. Cliche la jugak jalan ceritanya but the in-between plot masa dorang dalam Witness Protection Program tu yang lawak. Hihi. Thanked god la besties aku ni memang kaki tengok movie genre romantic comedy nih (sebab dorang ni pon ada some sort of comedic personalities gak. haha).

Pas movie, jalan-jalan ke IKEA, nak makan meatballs! yummy! Melantak tak hengat bila aku ngan Ana beli 10 biji meatballs sorang. Tqah plak makan 5 biji je tapi ada Kek Daim la. Aku nak ngabeskan 10 tu pon, MasyaAllah... rasa macam makanan dalam perut tu dimampatkan semampatnya (ye, sebab aku dah ngabeskan LARGE popcorn sorang-sorang okeh masa dalam movie).

All in all, hangout tahun ni best. Dapat kongsi gosip-gosip hangat segala ngan dua budak hitam, oppss...dua budak yang penting dalam life aku. Bukan senang nak jumpa budak yang sorang tu. Asyik naik turun flight je, konvensyen sana, konvensyen sini.

p/s: Tapi... tahun ni tak banyak bergambar dan berposing. Kalo ada pon, gambar tengah makan. Mentang-mentang la memang suka makan.

Sunday, July 5, 2009

'I am below the enemy's scr*t*m'

Owh, my bad. Rasa bila dah masuk bulan Julai ni, secara otomatiknya kepala otak aku bagi signal untuk kembali bermalas-malasan dengan aktiviti men'update' blog. Hehe...

Erm, hari Jumaat ritu sepatutnya aku planned nak pi tengok Transformers sorang-sorang sebab dapat booked tiket untuk tayangan pagi tu. Tetiba masa petang Khamis ritu jumpa dengan Encik Asam Boi, dia kata dia nak teman...Weee~

Jadinya, plan pagi Jumaat tu aku ganti dengan pi Mid untuk booked tiket secara manualnya dari GSC. Weh, awal giler aku sampai dan dah ramai yang menunggu untuk beli tiket. I bet dorang sumer nak beli tiket Transformers la tuh. Korang bayangkan kul 950pg aku naik GSC, Kul 953pg aku beratur, 1004pg aku dapat beli tiket (aku orang ke-10 dalam barisan -- agak-agak je la --), dan masa tu belakang aku dah beratur panjang (ooppss, bukan beratur panjang tapi beratur zig-zag ikut laluan yang GSC sediakan tu). Naseb dapat seats yang ok. Walaupon tak dapat seats belakang yang atas-atas, at least dapat yang eye-level ngan skrin pon dah ok. Tak la sakit tengkuk.

So, semalam first time pi tengok movie ngan Encik Asam Boi ;) Sampai-sampai dah kul 1145pg. Naik je GSC trus pi bli Popcorn (uih, popcorn adalah makanan ruji saya ketika di GSC. Tak makan benda len takpe. Yang ini WAJIB) dan trus je masuk Hall 12.

Bagi aku, Transformers kali ni banyak sangat aksi. Tak sempat nak berkelip mata nih. Tapi aku pelik sebab Cik LiyanaRoxx boleh mengantuk dalam 45 minit pertama cerita tu (Cik LiyanaRoxx, sila peka dengan movie okeh? Mentang-mentanglah boss anda yang belanja). Aku pon bukan jenis melayan sangat movie adventure cenggini, tapi Transformers weh, Transformers! Aku dibesarkan dengan cerita ni walaupon aku tak ingat langsung jalan cerita Transformers versi kartun 2D tu. Yang penting -- More Than Meets the Eye -- haha ;D

Berbalik kepada movie semula; Transformers kali ni banyak aksi dan aksi men'transform'kan bentuk. Uish...sampaikan bila tengok tu, aku sempat tertanya-tanya jugak -- eh, ni Decepticon ke, Autobots? Errr...pulak macam sama je? haha -- But, with all due respects, aku bagi 5 bintang untuk movie nih; untuk Michael Bay sebagai Director dan untuk penulis skrip (who ever you are) sebab dapat selitkan unsur komedi walaupon cerita ni sepatutnya serius. So, tak bosan sebenarnya. Ada je part yang macam 18SX, dan ada terselit sikit part belajar anatomy badan. Yang aku tak tahan bila Ex-Sector 7 punya officer (alamak, lupa nama dia) cakap dalam walkie-talkie masa nak mintak pertolongan, 'I am below... THE ENEMY'S SCROTUM!'...Robot pon ader benda tutttt...Lawak giler! ;D Masa ni aku tak dapat tahan gelak. Adeh~

Movie habis dalam kul 245ptg. Encik Asam Boi saya plak dapat call dari pejabat. Hurm...'yelah, yelah...kita balik'. Tak sempat nak pi makan ngan dia, trus je balik. Tetiba aku nak moody ngan dia. Jalan pon menonong je sampai dia tegur aku jalan laju sangat. 'Err...sorry awak'. Tapi nasib baiklah aku ni bukan jenis perempuan yang suka merajuk atau marah lama-lama tau. Dia tu kira beruntung. Balik tu sempat pi Solat Zuhur kat Masjid Alam Shah, Jalan Pudu. Nasib sempat jugak kejar waktu Zuhur. Dalam pukul 4 lebih dia dah hantar aku semula ke Ampang Point (aku parked kete kat situ).


p/s: Kepada Cik LiyanaRoxx, jom-jom, kita pi tengok Transformers lagi sekali, tak puas lah tengok sekali jer. Dan kepada Kak Aina, I dun mind watching it twice or more than that, though ;) It worth every ringgit.

Friday, June 5, 2009

Fighting

Erk, ni bukan entry pasal aku bergaduh ke apa. Tajuk movie yang aku pi tengok pagi tadi kat GSC Mid. Yep, sorang-sorang. Kebetulan parents aku balik kampung. Rasa cam dah lama plak tak pi tengok movie sorang-sorang.

So, pukul 915am tadi lagi aku dah kuar umah. First stop; Ampang Point, nak pi bayar bil tepon abah kat TM Touch. Banyak plak RESERVED parking kat situ. Ceh~ Dah aku kena pusing 2 kali nak cari parking punya pasal. Padahal awal lagi nih.

945am aku dah dalam kereta semula. So, mulalah misi ke Mid! Whee~ Aku sampai Mid + siap parking dalam kul 1005am. Ye kawan-kawan, aku tak merempit ok? Tetibe rasa macam aku cepat plak sampai. Huhu...

Memula ingat nak buat movie marathon hari ni. Nak tengok citer 17 Again dengan Fighting tu. Aku datang awal sebab ingat nak pi beratur beli tiket untuk 17 Again tuh (fully booked weh online). Plan awal nak tengok Fighting tu kul 2 (mentang-mentang 'cuti-cuti Malaysia' lagi, boleh lama sket kat Mid). Last-last plan bertukar bila aku naik tingkat 4 tu, mak aiii...panjang beratur? Baru kul berapa nih? 1015am. Orang KL sekarang ni dah tukar timing pi shopping + tengok movie tau. Kalo dulu 1015 tu, time-time cuti sekolah pon takdelah line sepanjang tu. Ini hari Jumaat la. Give me a break! Ish, sih, ish...

Nasib baik aku dah booked citer Fighting tu awal-awal. So, aku terus je proceed ke Reservation counter. Hoho...habis plan hari ni. Tapi kira ok lagi lah. Cuba bayangkan kalau aku tak booked online mana-mana movie? Mesti hari ni aku balik dari Mid, muncung sedepa. Hahahaha...Kalo tak pun esok aku pi Mid lagi sekali (well, aku ni selagi tak dapat apa yang aku nak, aku tak puas hati. At least satu movie pon kira ok lah ni. So, tomorrow sila duduk diam-diam di rumah ye Cik Nanie...hehe).

Fighting. Erm, aku nak tengok sangat citer ni bukan sebab aku suka citer lawan-lawan atau gaduh-gaduh ni. Aku tengok sebab tarikan utama citer ni, ada boyfie aku berlakon. Channing Tatum! Alarhh...mamat yang berlakon dalam She's The Man, Step Up...Owh, movie akan datang G.I Joe plak (yang ni kena letak dalam organizer aku. Tak boleh lupa). Jalan citer Fighting ni...erm...ok je la. Yang penting dapat tengok muka Channing Tatum tu dah kira ok dah. hehe...

Kuar movie kul 120pm cenggitu. Turun bawah masa nak balik, ramai giler orang! Sesak kejap aku tengok Mid tu. Well, considering today baru hari Jumaat, dan bukan hari minggu, so, terkejut jugak lah. Tapi ramai Chinese. Malay boleh buat head count.

Balik je dari Mid, aku tak terus balik umah. Singgah Carrefour sat. Nak membeli-belah barang makanan nak masak kat umah sementelah parents takde nih. hehe...Ala, Carrefour ngan umah aku tu berapa minit je kalo drive. Dalam 5-10 minit je. Dah dekat sangat. Sampai umah kul tepat 3pm.

La ni, dah siap masak dah. Tapi malas nak makan. Eh, apa yang aku makan sebenarnya hari ni? Errr...jagung, popcorn...Eh, tu je? Aku ni, nak makan pon malas sekarang ni. Apa nak jadi pon tak tau. huhu...esok je lah ye perut. Jangan nak meragam plak. Esok pagi-pagi kita breakfast. Hehee...

Selamat tengok tv~

Sunday, April 5, 2009

Come meet me at the adventureland?

woih...bila masa plak aku ni minah adventure?

Kalo setakat tengok movie adventure boleh la...hahaha...

Ala, tajuk entry kali ni saje2 je bagi gempak. Bukan ade ape pon. Alkisahnya, report untuk kelas EIA aku baru siap pagi tadi, tapi memandangkan tahap kemalasan aku untuk menyambung buat report untuk OHSAS 18000 tu mencapai tahap melampau, jadinya hari ni aku goyang kaki sket la. Malam tadi aku ngadap buat EIA tu sampai kul 2pg. Cukup-cukup la cik Nanie wehhh~ kikikiki...

Tapi nak kata goyang kaki tak jugak la. Kena kemas umah..oppss...bukan umah, tapi dapur before ibu balik dari kampung. Rasa-rasanya dah bersih dah 'ofis' ibu tu. Ye la, tadi masak sendiri memandangkan ibu balik petang (lari dari plan awal nak balik pagi ni sebab sebenarnya kenduri cukur jambul anak buah sorang tu petang tadi).

Erm, today punya menu ialah......tadaaaa~ Spaghetti Tomyam. Ala-ala Secret Recipe gitu.huhuuu...teringin nak makan spageti tu dari hari tu lagi, tapi tiap kali datang Secret pun asyik tukar menu -- Spaghetti Meatballs, Spaghetti Tomyam, atau Japanese Soba -- Akhirnya, yang jadi juara mestilah Spaghetti Meatballs kuuu~ lalalalala~

Ok la, my Spaghetti Tomyam, boleh makan la, just need a little bit practice. Janji aku boleh makan, tak tersedak, tak termuntah, tak sakit perut kira berjaya la. I wonder, why am I too rajin now to cook my own meal? Kalo dulu, malas-malas pon siap kuar pi beli KFC ke, McD ke, Mihun TomYam kat sebelah Spectrum tu pon jadi..Sekarang ni rajin; kadang-kadang kalo ibu + abah baik kampung tu, siap masak beriya. Hari tu buat Spaghetti Meatballs sendiri (eh, hello, meatballs tu saya buat sendiri okeh, tak mainla pi beli kat Carrefour), pastu ader sekali tu Mee Halia (style mee sup la, ader kuah), kali ni buat Spaghetti Tomyam (style kering sebijik cam kat Secret Recipe)..weheeee~

Pastu, time makan tadi diselit sekali tengok cd...movie reruns...Hari ni hari adventure. Well, consider this: I am not an adventurous type, and I loathe adventure's movie but I love both of this movie -- Behind Enemy Lines I + Behind Enemy Lines III (yang part II aku tak jumpala..huhu) -- Apart from watching the handsome hero, the story line's quite good, actually.

Korang pernah tengok tak citer ni? Kalo tak pernah tengok, then I'm advising you guys to watch it. Memang tak senang duduk (the reason kenapa aku tak suke tgk citer adventure ni, sbb nanti asyik terkejut, jantung berdegup kencang sbb byk adegan yang melampau, keluar darah la, kena tembak secara kejam nye la....hish! part tu yang aku kurang berminat).

Tapi untuk kedua-dua cerita ni, aku layan sebabnya yang citer B.E.L I tu, Owen Wilson berlakon and first time dia berlakon bukan untuk cerita komedi. Dia smart la sebab rambut pon pendek (NAVY la katakan -- aku ni giler lelaki berambut pendek, kemas gitu..ahahaha). Aku ni bukannya kipas-susah-mati Owen Wilson ni, tapi citer ni buat aku minat dia.

alamak...bahasa ape tu? huhu...tapi aku tau ape maksudnye : Behind Enemy Lines (terer tak aku?)

Untuk citer kedua tu, aku minat mula-mula sebab kiranya macam part II citer yang 1st tu. One of the actor tu orang WWE. Aku ni bukannye minat WWE, tak pernah tengok pon; aku tak kenal pon actor yang mana satu yang dari WWE tu (aku peduli hape!). Mula-mula suka sebab hero dia (Joe Manganiello), muka...fuh~ tak tahannn handsome...badan ala sedap-sedap peluk gitu...ekekeke...tapi in the end, bila dah actor handsome + jalan citer yang best; the story goes perfectly lah! wheee~

ha...yg ni yg terbaru...best, best! Tu la muka penggusti WWE (Mr. Kennedy). But he's not my hero la. Hero aku, aku tak letak gambar dia:)

Thursday, March 12, 2009

Transformer 2 : Revenge of the Fallen

Kenapa la aku pi tgk movie hari ni?

Aku sebenarnya nak tengok citer yg The Rock berlakon tu

..Race to Witch Mountain..

Tapi kuar esok la plak..bila masa la plak new movie kuar Jumaat pon aku tak sure..

Ke aku yg ter'missed' dunia movie ni?

hihi..bdw, ni trailer untuk citer RWM tu:




And........

Citer ni yang aku dok tunggu gak untuk tengok dalam bulan 6 atau 7 nanti...

The MOST AWAITED MOVIE OF THE YEAR -2009- (list aku la):

Transformers 2: Revenge of the Fallen



weeheee~

Tak sabar, tak sabar!!!!

movie marathon + birthday present

aha!!

punya la lama tak tgk movie, hari ni aku pi tgk movie kat Mid sorg2..

Bukan membawa diri, kebetulan hantar Puan Sal (hehe) balik, trus pi masuk Mid..

Lagipun rindu la nk tgk movie sorg2..

Bukan salu buat cenggitu..hihi..

tadi gi buat movie marathon dari kul 11.45am till 2.45pm..

Tak sempat2 panaskan badan pas kuar 1st movie, trus masuk 2nd movie..

Hari ni aku tgk citer:

  1. 11.45am : City Of Ember
  2. 1.30pm : Dragonball the Evolution

BEST KE?

  • City Of Ember : heh..biasa je..nothing yg spesel pun citer tu..kalo stakat nak ngabeskan duit boleh la ;p
  • Dragonball the Evolution : pon boleh la...bak kata abang aku, bila masa plak si Goku ni masuk High School? erk...all in all, citer DBE ni ok je la..and, kena bagi kredit untuk yg ni; ader lawak2 sket, so, takde la bosan sgt ;)
pasni aku nak tengok citer Race to Witch Mountain plak..buah hati pengarang jantung aku berlakon..saper lagi kalo bukan Dwayne 'The Rock' Johnson!!! woot, woot~


And, did you remember my birthday lists?

Aku ader berangan nak bli Canon IXUS 980 IS kan?

uuuuu....

Tadi aku pi survey kamera tu kat Mid..

Well.....last time I checked in Canon's website, there's only two colours availabe for that series; which are black + silver..

I do have silver camera, so, what I want now is the black one (coz it happened to be super stylish)

But then, masa aku tgk display kat kedai canon tu, ader warna MERAH!!!

it's Bloodred..

Nope, nope...bukan Bloodred..I dun think it's Bloodred..

Sort of like, 2 tone lighter...

erm, SANGAT EKSLUSIF gitu!!!

So, aku dah tanya 3 orang, tiga-tiga kata merah lawa...

huhu...so, now I'm torn between BLACK or RED..

which one ah? which one?huhuhu....

Thursday, November 27, 2008

more than meets the eye

'transformer....more than meets the eye...'...lalalala...



korg pnah tgk transformer tak? erm..mlm td aku br tgk untuk ntah kali ke berapa cter tu..aku rs nk dkt 20 kali kot..eh lebih..kalo tgh bosan dok kat umah tu, takde benda nk buat ke...cter yg aku tak pnah bosan tgk cter tu la..ulang la brp kali kat astro pon, aku tak kesah..siap bleh tgk dvd plak..hehe

bagi aku, cter tu tak sempat nk bosan pon, adventure till the last bit..so, kalo sape kata dia ngantuk tgk cter tu, em...aku rs dia tu pelik la..heee...lagi2 tgk shia lebouf yg sgt kibut dlm cter tu, lg tak bleh nk ngantuk..dgn aku2 skl rs nk kibut..

dl ms aku kecik aku tak layan sgt cter tu, ye la, zaman kartun 2D lg (eleh,eksyen!) mn mengancam tgk cter tu..hihi..tp dgr lagu je..bl 2007 kuar kat wayang..wahh...pecah panggung tau..bg sesape yg umur sebaya aku tu, kenal la sgt cter tu..so, mmg tak lps peluang tgk kat wayang punyela..even aku nyer supervisor landscape kat zoo melaka tu, en.fauzi (ms cter ni keluar kat wayang, aku tgh praktikal) siap boleh berborak ngan kitorang (aku+kak aina+min) pasal cter transformer tu..umur dia dlm 27 gitu la..

dlm cter ni fav character aku confirm la si bumblebee tu..kuning hitam, sm warna ngan kete aku..orait aper..smart gler!


smart kan? tp ni bukan kete aku la..yg ni chevy camaro..kete yg digunakan dlm cter transformer tu a.k.a bumblebee..kete aku ape la sgt nk dibandingkan dgn kete ni..huhu..

..em,esok lusa aku ader date lg ngan cter transformer ni..huhu..AUTOBOTS, ROLL OUT!!..muahahaha