Sunday, July 5, 2009

'I am below the enemy's scr*t*m'

Owh, my bad. Rasa bila dah masuk bulan Julai ni, secara otomatiknya kepala otak aku bagi signal untuk kembali bermalas-malasan dengan aktiviti men'update' blog. Hehe...

Erm, hari Jumaat ritu sepatutnya aku planned nak pi tengok Transformers sorang-sorang sebab dapat booked tiket untuk tayangan pagi tu. Tetiba masa petang Khamis ritu jumpa dengan Encik Asam Boi, dia kata dia nak teman...Weee~

Jadinya, plan pagi Jumaat tu aku ganti dengan pi Mid untuk booked tiket secara manualnya dari GSC. Weh, awal giler aku sampai dan dah ramai yang menunggu untuk beli tiket. I bet dorang sumer nak beli tiket Transformers la tuh. Korang bayangkan kul 950pg aku naik GSC, Kul 953pg aku beratur, 1004pg aku dapat beli tiket (aku orang ke-10 dalam barisan -- agak-agak je la --), dan masa tu belakang aku dah beratur panjang (ooppss, bukan beratur panjang tapi beratur zig-zag ikut laluan yang GSC sediakan tu). Naseb dapat seats yang ok. Walaupon tak dapat seats belakang yang atas-atas, at least dapat yang eye-level ngan skrin pon dah ok. Tak la sakit tengkuk.

So, semalam first time pi tengok movie ngan Encik Asam Boi ;) Sampai-sampai dah kul 1145pg. Naik je GSC trus pi bli Popcorn (uih, popcorn adalah makanan ruji saya ketika di GSC. Tak makan benda len takpe. Yang ini WAJIB) dan trus je masuk Hall 12.

Bagi aku, Transformers kali ni banyak sangat aksi. Tak sempat nak berkelip mata nih. Tapi aku pelik sebab Cik LiyanaRoxx boleh mengantuk dalam 45 minit pertama cerita tu (Cik LiyanaRoxx, sila peka dengan movie okeh? Mentang-mentanglah boss anda yang belanja). Aku pon bukan jenis melayan sangat movie adventure cenggini, tapi Transformers weh, Transformers! Aku dibesarkan dengan cerita ni walaupon aku tak ingat langsung jalan cerita Transformers versi kartun 2D tu. Yang penting -- More Than Meets the Eye -- haha ;D

Berbalik kepada movie semula; Transformers kali ni banyak aksi dan aksi men'transform'kan bentuk. Uish...sampaikan bila tengok tu, aku sempat tertanya-tanya jugak -- eh, ni Decepticon ke, Autobots? Errr...pulak macam sama je? haha -- But, with all due respects, aku bagi 5 bintang untuk movie nih; untuk Michael Bay sebagai Director dan untuk penulis skrip (who ever you are) sebab dapat selitkan unsur komedi walaupon cerita ni sepatutnya serius. So, tak bosan sebenarnya. Ada je part yang macam 18SX, dan ada terselit sikit part belajar anatomy badan. Yang aku tak tahan bila Ex-Sector 7 punya officer (alamak, lupa nama dia) cakap dalam walkie-talkie masa nak mintak pertolongan, 'I am below... THE ENEMY'S SCROTUM!'...Robot pon ader benda tutttt...Lawak giler! ;D Masa ni aku tak dapat tahan gelak. Adeh~

Movie habis dalam kul 245ptg. Encik Asam Boi saya plak dapat call dari pejabat. Hurm...'yelah, yelah...kita balik'. Tak sempat nak pi makan ngan dia, trus je balik. Tetiba aku nak moody ngan dia. Jalan pon menonong je sampai dia tegur aku jalan laju sangat. 'Err...sorry awak'. Tapi nasib baiklah aku ni bukan jenis perempuan yang suka merajuk atau marah lama-lama tau. Dia tu kira beruntung. Balik tu sempat pi Solat Zuhur kat Masjid Alam Shah, Jalan Pudu. Nasib sempat jugak kejar waktu Zuhur. Dalam pukul 4 lebih dia dah hantar aku semula ke Ampang Point (aku parked kete kat situ).


p/s: Kepada Cik LiyanaRoxx, jom-jom, kita pi tengok Transformers lagi sekali, tak puas lah tengok sekali jer. Dan kepada Kak Aina, I dun mind watching it twice or more than that, though ;) It worth every ringgit.

No comments: