"Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat" (HAMKA)
Aku sudah perasan...
Makin lama makin banyak entry-entry blog aku ni berkisarkan hati dan perasaan.
Semalam masa nak salam Atok aku sebelum balik KL, Atok cakap...
A: Eh, dah kurus sket la...
N: Erm... makin happy la Tok (sambil senyum malu-malu ;p Ibu ada kat belakang aku masa tu)
A: Oooo...makin hepi. Patut lah... (atuk pon senyum-senyum)
Btul jugak kot orang kata bila bercinta tu; makan tak kenyang, tidor tak lena, mandi tak basah. Tapi, aku makan kenyang je; cuma kadang-kadang perasaan nak makan takde. Aku tidor lena je; cume pagi-pagi pukul 630am camtu cik Abang aku tu mesti call, tapi nak kata tak lena, tak jugak, hehe... Dan mandi tak basah? errr... eh, basah la! Takde sebab mandi tak basah melainkan aku telah direndam ke dalam wax/ lilin... huhu...Kalis air gitu~
Tapi, betul... cube tengok balik entry yang lepas-lepas bermula masa bulan Jun ritu. Tapi sekarang sudah extra wooo... Kadang-kadang cinta tu pelik. Pelik bila mana cinta boleh buat orang yang tak bersemangat jadi bertambah semangat; orang yang sakit boleh jadi sihat; orang yang sedih boleh jadi hepi... Tapi pelik jugak bila sampai tang cinta boleh buat orang merana. Errmmm... mintak dijauhkan dari aku tang yang ni. Takut jugak.
Pepatah lama yang pernah aku dengar dulu; 'Bila kita menyayangi seseorang, berilah hanya sedikit hatimu padanya. Jika kelak kamu dikecewakan/ dilukai, sekurang-kurangnya masih ada separuh lagi hatimu tersimpan untukmu sendiri'.
Yelah, jodoh, ajal dan rezeki kita tu hanya Tuhan yang tau. Mana tau kalau-kalau si dia memang bukan ditakdirkan untuk kita, sekurang-kurangnya takde lah diri kita ni merana. Jangan sampaikan ada orang bunuh diri sebab cinta, jangan sampai ada orang merana kerana cinta. Yang penting, jangan jadi hamba cinta.
Cinta itu boleh datang dan pergi. Lebih baik mencintai Tuhan; yang kekal. Dan seeloknya belajar untuk mencintai diri sendiri selain mencintai keluarga kita. Kan bagus? hehe...
p/s: Ni sekadar pendapat aku je. Selain untuk renungan pembaca blog aku ni, renungan untuk diri aku jugak.
5 comments:
'Bila kita menyayangi seseorang, berilah hanya sedikit hatimu padanya. Jika kelak kamu dikecewakan/ dilukai, sekurang-kurangnya masih ada separuh lagi hatimu tersimpan untukmu sendiri'
---> MENDALAM OK MAKSUDNYA!!!GOOD INFO DEAR!!!=D
weh..."cinta itu Biol~" hahaha
heheh merana tak merana asalkan jangan sampai jadi yang dalam paper tu haa ;p nak terjun jambatan la, nak lari masuk laut pastu pengsan la , simbah asid la hihi.
yang penting iman tu kene tetap ;)
kalau tak tibe2 jadi cam dalam paper last 2 weeks kot, gambar satu gurl ni pengsan tepi laut nak lemas kan diri sebab jeles bace sms gurl lain kat hp bf die. baru bf gf belum kahwin lagi tu hihihi...
Liyanaroxx: Yep, sepatutnya diselitkan dalam setiap perhubungan. Supaya kita faham bila kita bercinta, bukan hanya ada DIA. It consists of TWO PEOPLE (SAYA + DIA = KITA). Kalo hanya ada dia, alamatnya bila perhubungan tu tak sampai ke penghujung, hidup jadi kosong. Mcm ni:
(dia - dia = 0)
kalo jd ape2, better macam ni: (saya - dia = saya)
owh, aku buat penyelesaian masalah matematik plak dalam blog nih. wahahaha
aTiQue: weh, patutla hang salu 'biol' sket skrg nih...wahahaha (owh, owh, jgn marah haaa)
f@nna: ye, kalo kita tetap iman, InsyaAllah, sumer benda ni tak jadi. Cinta itu hanya sampingan, bonus yang Allah bagi pada kita, umatNya. Jadinya, gunakan sebaiknya.
Post a Comment