Thursday, July 30, 2009

Day 4: Riadah + Happy Farm

Update 4: 23 Julai 09
-------------------------------------------------------------------------------
Kebetulan pagi tu dalam 230pg aku tidor mengiring, betul-betul hp kat sebelah telinga. Ada mesej masuk, rupanya Abang. Sempat men mesej gak dalam 2/3 mesej. Mesej last tu aku lupa nak hantar sebab tertido semula. Bila tersedar, aku send mesej last tu, Abang trus call. Mak aii... kul 5 pagi dia tepon, bayangkan je aku nak kena cover suara supaya tak ganggu dak2 ni tidor. Kul 5pg weh~ Borak dalam setengah jam. Lupa dia keje shif malam, malam tu. Tu yang dia tidor awal dan dia mesej aku kul 230pg, ingatkan aku tak tidor lagi.

Dah tu, dari kul 6pg sampai la kitorang nak keluar beriadah kat Taman Tasik Titiwangsa tu aku takleh tidor semula. Mengantuks! Dalam kul 7pg camtu Along balik umah dia nak siapkan makan untuk Asyraf sebelum pi sekolah. 8pg camtu Along balik umah kebun semula siap bawak sarapan untuk kitorang. Sarapan dulu sebelum pi taman. Yey!

Dalam kul 9pg baru sampai taman tasik, memula main badminton dulu. Sampai dah berpeluh, baru berhenti sambung jalan-jalan kat sekitar taman tasik tu. Bong ngan Alang tak pnah sampai Taman Tasik Titiwangsa ni (hari pertama yang bawak dorang berdua jumpa Abang tu, dorang tak sempat round taman tu pon sebab dah petang sangat masa tu). Beselah, aku kalo dah keluar jalan-jalan macam tu, mana boleh tak bawak kamera. So, bergambar sakan la kitorang.

Lepas je sebuk bergambar, masing-masing kelaparan. Pi la makan kat Setiawangsa. Boleh tahan la meehun sup foodcourt tu (berdepan ngan SR Setiawangsa kalo tak silap). Balik dari makan, spend time bergambar kat kebun Along ngan segala sayur yang ada kat situ. Sempat gak harvest sayur secara live (tak yah la nak harvest kat Happy Farm dalam Facebook tu, mengarut je lebih). Lagi best! Sebelum keluar hantar Bong ngan Alang kat Pekeliling, sempat snap gambar 5-6 keping. Hehe...

Masa nak hantar Bong ngan Alang tu, tetibe rasa sedih. Hukhuk... Bukan tak jumpa lagi, tapi bila ntah nak lepak-lepak camni lagi. Balik tu hantar Along dulu baru menghantar diri sendiri balik rumah. hehe...

p/s: Setengah gambar boleh tengok kat [PicasaWeb] ni. Yang len, untuk simpanan peribadi... Heee~ ;D

No comments: