Thursday, July 16, 2009

bengang!

Arrggghhhhh!!!! Tension, tension aku!

Aku ni takde la main ikut peraturan sangat, aku fleksibel je. Cuma kadang-kadang ada certain benda yang bila kita dah plan, jadi huru-hara sebab benda kecik terpaksa diubah. Geram btul aku!

Aku pnah tulis dalam blog ni dulu, aku pantang sket kalo misal kata benda yang dah diplan awal2, ditukar. Kalo plan tu masih tak tetap, itu aku boleh try masukkan kat mana-mana masa (abang, ni bukan pasal abang tau).

Supposedly, weekend ni cik abang aku dah kata nak ajak aku kuar. Tapi dia dah cakap tak konpem lagi sebab takut dia keje shif malam. Ok la, aku pon tak kesah sebabnya dia dah cakap awal-awal dan aku pon tak mengharap. Dan dia tanya aku tu pon awal minggu ni lagi. Ok la. Kebetulan plak minggu ni abah ngan ibu memang tak balik kampung, at least bila dia dah tanya awal-awal, aku boleh tolak tepi segala plan yang parents aku buat. Aku ni macam aTiQue, siapa buat appointment dulu, yang itu aku utamakan.

Petang Isnin, tanya TJ (Liana Jo) dia dapat posting pi mana. TJ kata dapat Johor dan kena lapor diri 1 Ogos nih. Aku ajak TJ kuar sebab ntah dia ni bila lagi nak turun KL nyer. Dah kurang sorang member shopping aku. Huhu :( So, dia kata dia no hal tapi kalo boleh nak kuar weekend je sebab weekdays dia kena jaga anak buah dia dan dia tak boleh kuar. Hmmm... Fine. So, aku sediakan jugak weekend ni untuk kuar hangout dengan TJ. Sape nak ikut, terpulang la (YesO, aTiQue, LiyanaRoxx) tapi gayanya macam aku ngan TJ je hangout berdua (dah biasa dah). Memandangkan tinggal 2 minggu hujung minggu je, weekend ni (18+19 Julai) dengan weekend minggu depan (24+25 Julai), aku pilih minggu ni nak kuar sebabnya minggu depan aku dah janji ngan Ibu nak balik kampung sebab ada sepupu aku kawen.

Memula plan Sabtu kuar ngan TJ, Ahad kuar ngan cik abang aku.

Hari Selasa lepas tetibe Ibu bagitau yang Mak Yah (adik perempuan abah aku yang tinggal kat Sabah tu) ada mesej abah. Anak dia si H ni ada PLKN kat Banting. 19 Julai ni start cuti seminggu sampai 25 Julai. Mak Yah mintak tolong abah hantarkan H balik kampung. PADA HARI AHAD! Dah la pelatih hanya boleh kuar start kul 12tghari. Dari umah aku kat Ampang ni nak ke Banting tu dalam 1 jam 45 minit la (memandangkan Abah pon tak biasa sangat area Banting, lagi-lagi kem PLKN tu). Lepas tu boleh plak nak kena hantar ke kampung. Diingatkan semula, kampung aku kat Muar, Johor. Kalo dari rumah aku kat Ampang ni dalam 192km, Abah bawak dalam 2 jam 15 minit la (berdesup!), itu dari rumah Ampang la. So, dari Banting nak ke Muar plus-minus 4 jam. So, kalo Abah kuar rumah kul 10 pg, sampai Banting dalam kul 12tghari, itu ini, dalam 1215 tghari gerak balik ke kampung, sampai-sampai mungkin dalam kul 415ptg. Kalo pelatih-pelatih tu dibenarkan balik hari Sabtu takpe jugak. Boleh Abah ngan Ibu tido kat kampung semalaman. Ini hari AHAD beb! Mak Yah pon tak terpikir ke yang Abah aku keje esoknya? Dia nak bergegas kehulu-kehilir hantarkan anak Mak Yah. Abah aku ni plak jenis tak reti kata -- TAK -- walaupon dia tau benda tu menyusahkan dia. Lagi-lagi pada adik beradik dia. Aku tak salahkan Abah, cume Mak Yah patutnya boleh fikir logik. Dia pon ada suami, dan suami dia pon keje hari Isnin. Yang bestnya bila abah cakap ke Mak Yah 19hb tu hari Ahad (Abah nak bagi klue ke Mak Yah yang esoknya hari Isnin dan Abah keje), Mak Yah boleh jawab : 'Ha, hari Ahad, kenapa? Ada ape-ape ke?'. Ya Allah... Nak mintak tolong tapi tak pikir perasaan orang yang diminta tolong tu. Ingat main dan je; asalkan anak dia sampai kampung. Aduhaiii mak cik ku ini. Lepas tu 25hb tu pulak kena hantar si H ni balik ke Banting semula. Aku dah berkira-kira nak drive sendiri balik kampung atau ikut abang.

Ok,ok... emosi sket. Berbalik pada plan-plan yang telah diaturkan tu; pagi tadi cik abang aku tepon, dia cakap kalo plan tukar hari Sabtu boleh tak sebab ahad tu dia keje. Dia takut nanti bergegas keluar, bergegas nak balik. Risau nanti aku buat muncung itik tu. So, ok la. Memandangkan aTiQue pon macam tak boleh nak join je, YesO pon tak boleh nak join hari Sabtu ni, LiyanaRoxx memang tak boleh sebab nak pi UiTM siapkan assignment dia yang melambak; aku pon try tanya TJ pasal plan tu. Dia kata 'no hal' kalo nak ubah ke hari Ahad. Maybe sebab plan tu masih merangkumi HUJUNG MINGGU.

Dan...tiada berita yang disampaikan ke aku pasal kes H kena dihantarkan ke kampung tu. Kejap tadi masa aku nak naik bilik nak Solat Asar, aku cakap ke Ibu yang plan aku full weekend ni. Tetibe Ibu aku dah dok kerut dahi... 'Ohohoo... this is not good'. Dia kalo dah kerut dahi tu, ada la yang dia tak puas hati tu.

N : Ibu, plan Nanie Sabtu, Ahad ni full... (niat hanya nak bagitau je)

I : (kerut dahi)... Ada plan ape?

N : Ahad dah janji nak kuar ngan TJ, Sabtu pon dah ada plan (plan yang ni tak boleh diwar-warkan...shhh... senyap-senyap je)

I : Ahad pon? Habis Ellie macamana?

N : Ellie? Kenapa ngan Ellie?

I : Ibu kena ikut Abah pi amek H kat Banting tu. Pastu nak kena hantar ke kampung plak. Takkan Ellie nak ikut? Esoknye kan sekolah.

N : Jadi hantar balik kampung?

I : Abah kata jadi.

N : (masa ni aku dah pening kepala. Kena tukar plan la ni. Dah la aku dah cakap awal-awal minggu lagi plan aku weekend ni full. MENYAMPAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! So, boleh bayang tak betapa bengangnya aku petang tadi?) Ha, tengoklah macamana. Nanti Nanie tengok semula macamana. Kalo tak pon Ahad tu Ellie ikut Nanie kuar ngan TJ la. Tengok Harry Potter.


So, petang tadi lepas Solat Asar, aku dah dok terpikir-pikir ni macamana nak ubah jadual. Kata fleksibel, kan? Aduh... Cik abang aku kata nak jumpa pagi Sabtu. Ok. So, takkan la jumpa sampai ke petang kan, sebab dia keje malam. So, sampai tengahari la paling lama. Lepas Zuhur, kuar ngan TJ plak? Ni tengah tunggu jawapan TJ nih. Alaa... kesian dia sebab Nanie asyik tukar plan je. Ni lagi satu benda aku tak suka; aku ni suka pikir perasaan orang. Apa yang kita buat tak semestinya orang len suka, ye tak? So, aku dok bayangkan yang TJ trus kata tak jadi nak kuar sebab plan asyik berubah. Huhuhuhuhuhu...

p/s: So, sekarang ni samada satu hari Sabtu tu aku pulun keluar seharian, atau langsung tak kuar ngan TJ sebab aku dah cakap yang kalo dia ON petang Sabtu tu, ingat balik lambat sket. SORRY IBU, PLAN NANIE DAH TERPAKSA DIBUAT ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN, JADINYA JANGAN KATA 'TIDAK'. Hmmm... Aku dah kata aku ni keras kepala kan? Dah start balik dah...Huh~

4 comments:

Liyana said...

mmg KEPANTANGAN atok nenek ana kalo ORANG MINTAK TOLONG nih tapi xde rasa PRIHATIN dgn situasi org lain...huish....ur daddy very COOL beb..kalo my dad..JGN HARAP!!!hahahaha...*sbb tuh ana nih ikut kepala dia..very the KERAS KEPALA* anak ayah katakan....=) apalah makcik nanie tuh,dia x pk ke hal abah nanie???

elanie*Q said...

tu lah pasal cek LiyanaRoxx... nanie ni dh buat plan dr awl minggu tetibe kene rombak trus.

bengang gak la bila makcik nanie tu bole buat2 ty 'kenapa? ada ape2 ke?' itu xsopan namanya. Cuba kalo org buat ke dia mcm tu? Tak ke hangin satu bdn? Nak mintak tolong buat cara nak mintak tolong. Ini main ikut suke-suki dia je. benci, benci, benci!!!

f@nna said...

erk..tibe2 jadi tak terkate bile bace part yang mintak amik dari kem kat banting then mintak anta sampai kampung sedangkan die pun ade husband yang keje hari isnin same cam ayah nanie. like !#$%^ . ini bukan mintak tolong, ni kes paksa rela. huhhu tak terkata la. kesiann sgt kat ayah nanie. makcik nanie tau tu ayah takkan cakap tak sbb tu die tak kisah.hmmmm

elanie*Q said...

f@nna: tu la pasalnye f@nna oiii.. bknnye takde sedara len kat kl ni, ada 2 org lg. Tp, mgkin sbb makcik nanie tau abah will never say NO to his sister. Mcm kena pijak kepala pun ada. Hmm... nk buat cmne. Hampeh~