Friday, July 17, 2009

dalam pencarian mencari...

... resepi CUPCAKE yang best!

Waaa... sekarang ni rasa membuak-buak nak buat kek. Atau ape-ape sahaja yang ada kene mengena ngan tepung, gula, telur, mentega, dan gula icing! Seronok tau bila dapat buat kek. Macam cek f@nna suka duduk kat dapur.

Minggu lepas sebelum aku demam tu, aku gila sket buat Kek Coklat Daim (resepi sendiri - family aku sume suka termasuklah si buah hati pengarang jantung aku Myra dan abang aku yang selalu dok komen aku buat kek manis-manis. Kali ni dia yang tibai sampai tak sempat nak duduk. Ha, ambek ko, komen je kejenye). Dalam masa 3 hari, dua biji Kek Coklat Daim tu habis dibaham dek family aku. Tak sampai 24 jam habis. Boleh bukak bisnes ni, tapi hanya untuk order Kek Coklat Daim je la.

Minggu ni sepanjang minggu aku dok cari resepi Cupcake yang best-best. Bukan senang tau sebab kadang-kadang ada orang salah faham antara cupcake dengan muffin. Tekstur muffin lebih kasar buatannya berbanding cupcakes. Cupcakes lebih lembut. Itu pemahaman aku la. Hehe... corrects me if I'm wrong.

Dan salah satu sebab cupcakes ni menjadi kegilaan dak-dak zaman sekarang sebabnya, cupcakes akan dihias guna fondant la, gula icing, buttercream, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang tu siap letak bunga hidup. Cuba [klik sini] untuk contoh-contoh gambar.

Bagi orang yang sukakan seni, macam aku, benda-benda camni menguji kekreatifan tau. Sekarang ni pon kalo masuk MPH, area yang aku serbu dulu mesti rak buku resepi. Bahagia hidup aku wpun tak beli satu buku pon!

Semalam aku try lagi buat cupcake. Erm, lebih kurang macam muffin je akhirnya. Banyak resepi kat internet tapi bukan semua boleh pakai. Ada yang akhirnya, manisssss sangat. Uihhh, aku taknak kena kencing manis weh. haha... Semalam bukan je buat cupcakes, tapi siap buat hiasan atas cupcake lagi. Tapi tak sempat nak ambek gambar. Syok sangat makan. Hehe...

p/s: Bila Ibu ngan Abah nak balik kampung lagi ni? Nak kerjakan 'ofis' Ibu tu... heee~

2 comments:

aTiQue said...

bila ko nk wat? bgtau la~ nanT aku teman ko! hak2

elanie*Q said...

aTiQue: bila ye? awal bulan 8 ok tak? nexwik aku kena balik kampung.huhu