Hah, ni kes main tarik tali antara aku ngan Encik Asam Boi.
Mentang-mentang la hari tu masa dia tanya bila kitorang boleh jumpa lagi, aku jawab 'Ikut awak lah. Kalo nak jumpa, cakap je sebab saya bila-bila free (selain kerja tesis saya la), awak tu yang busy keje'.
Dah tu, esoknya dia ajak jumpa lagi. Mak aii... 'Cik abang, dah rindu kat saya ke?' Bila aku tanya, 'dah rindu kat saya ke?' Dia tak jawab. Macam mengelak ;p Aku gelak je lah sebab baru selang 24jam dah ajak jumpa lagi.
Dua hari lepas tu, bila aku kata aku boleh jumpa dia keesokkan harinya, dia siap boleh cakap, 'eiii, lama tak jumpa awak'. Heh, time ni aku malas nak tanya soalan cepumas tu. Aku gelakkan dia lagi.
Hari ni, bila dia call aku pukul 130ptg, dia ajak jumpa kul 2ptg. Haish...padahal semalam baru kuar tengok movie ngan dia. Saje je aku tanya balik soalan cepumas tu. 'Ai, dah rindu kat saya ke?' Dia jawab 'Tau takpe'...Ohohoooo...Ni dah macam kes Sam Witwicky ngan Mikaela dalam Transformers jer? Siapa dulu cakap, dua-dua tak nak kalah. Heh~
p/s: Tapi awak, saya tak bolehla nak kuar setiap hari. Memangla saya cakap 'ikut suka hati awak nak jumpa bila'. Tapi, takkan setiap hari, kot? Nak bagi alasan apa kat Ibu ngan Abah saya kalo dorang tanya nanti? Asyik-asyik keluar, asyik-asyik keluar. Bagi la can kita rindu-rinduan dulu ye? Hahaha ;D (Ish, geli pulak aku cakap macam tu).
No comments:
Post a Comment