Update 3: 22 Julai 09
-------------------------------------------------------------------------------
Naseb Abang kejut pagi tu pukul 650pg. Sebab kalo tak, sure semua terlajak tidor dan buat Subuh Gajah! haha ;p Sempat borak kejap je dalam 10 minit sebab aku nak kejar Subuh aku jugak.
Pagi tu dalam kul 9pg kot kitorang gerak pi UKM. Masing-masing senyap sebab masih mengantuks. Aku pon bawak laju plak masa tu, yang len terbuai-buai dek jalan highway yang sedikit bumpy tu. Huhu... Sampai-sampai terpaksa parked kete kat masjid UKM. Fuhh... penat menapak ngan bawak laptop yang tetibe rasa cam berat yang amat tu. Baru je duduk kat KAT, perut Alang dah berbunyi. Hadoihhh... macam mana nak buat keje ni sebab baru je sampai dan duduk kat library tu perut masing-masing dah kelaparan, hehe ;) Sempat la duduk kat library sampai kul 1230tghari, sampai kat kereta masing-masing dah tak larat nak jalan lagi; naseb baik Along bawak donut yang Ibu dia buat pagi tu. Melantak donut dulu sebelum pi solat Zuhur kat Petronas Bangi (masjid UKM penuh orang sebab ada lawatan sekolah-sekolah).
Plan untuk hari tu berubah sama sekali. Konon-konon nak lepak kat library sampai petang. Ceh~ cakap je lebih. Wahahaha :D Last-last lepas je solat Zuhur, trus tekan minyak pi Jalan TAR. Alasannya sebab takut esok pagi sebelum Bong ngan Alang nak balik, hujan pagi. Naya tak dapat menunaikan hajat nak bershopping kat Jalan TAR tu. Menapaklah kitorang berempat kat Jalan TAR tu dengan bawak laptop yang berat tu, dengan perut yang lapar. Sebelum bershopping perut kena isi dulu. Makan la KFC (KFC lagi...hurrmmm). Lepas makan baru ada semangat nak cari tudung dan baju! Yey... Akhirnya aku beli 3 helai tudung (je..hehe); Bong beli 2 helai tudung, 2 helai blouse dan sepasang seluar dan Alang beli sehelai tudung, baju dan jugak seluar. Along je selamat tak beli ape-ape (dia ni memang. Kerjanya asyik mempengaruhi adik-adik dia shopping. Dia langsung tak kuar duit. Hampeh!).
Balik je dari Jalan TAR, aku bawak dak bertiga ni balik umah aku dulu. Ye la, Ibu pnah jumpa Along ngan Alang, tapi tak pernah jumpa Bong. Sempat isi perut sket (masa ni tak makan banyak sebab kenyang makan KFC tadi tak hilang lagi. huhu...). Lepas Maghrib balik umah Along. Huishhh... kami disuruh makan lagi~ Ya Allah... perut punya senak masa tu...
Lepas makan je, duduk teman Along lipat kain kat depan TV. Dah tu Ibu ngan Ayah Along ada sekali tengok TV ngan kitorang. Dan-dan je si Bong mintak motivasi C.I.N.T.A ngan Ayah Along yang sememangnya seorang motivator kat TM dulu (sekarang dah pencen dah). Dengar la apa yang patut, dok terangguk-angguk; geleng je tidak. Hehe :) Yang tak boleh tahan tu bila Ayah Along tanya 'ni dah ada boyfren belum ni?', Pakcik Kahar tanya kat Alang ngan Bong je. Hish, Pakcik Kahar ni memang boleh baca air muka orang. Cuma aku terpelik sket, air muka aku ni ada perubahan ke dari kali terakhir Pakcik Kahar ni jumpa dan 'baca' air muka aku (hujung-hujung semester 1)? Adik beradik aku kata memang air muka aku lain sket. Katanya, lagi nampak berseri, lagi nampak happy. Hurrmmm... Entah? Aku rasa sama je. Hehe :P Yelah, petang hari kedua masa kitorang nak keluar pi jumpa Abang kat Sri Rampai tu, kan aku pening kepala. Along cakap ke Ayah dia, aku demam; demam rindu kat rumah aku. Terus Pakcik Kahar cakap, 'La ye ke demam rindu kat rumah? Ke demam rindu kat 'abang' dia?' (cakap sambil gelak-gelak...Pakcik gelakkan saya, pakcik?...huhu).
Balik je umah kebun, tepon Abang, tak berangkat. Nak tanya pasal katanya kakak dia masuk wad. Dia bagitau aku, masa tu tengah berborak ngan parents Along. Macam tak manis plak bila orang tua-tua borak ngan kita tapi kita main mesej. Tu yang hold dulu, balik umah kebun baru nak call dia. 'Tidor kot.' Terus aku malas nak kaco dia. Malam tu borak-borak ngan dak bertiga tu sampai nak dekat kul 1pg jugak. Last-last tidor jugak.
p/s: CINTA pon perlukan MOTIVASI? Hebat! ;)
No comments:
Post a Comment