Uhuhuuu...aku demam.
Alkisahnya pagi semalam (070709) lepas je bangun tido, hidung ni dah rasa tak best. Tetibe nak berair tak tentu pasal. Sok, sek, sok, sek... Kebetulan Ain mesej, cakap yang dia ingat nak jumpa Prof P (penyelia tesis dia). Tapi baru nak tanya bila Prof free. Aku cakap ke dia kalo dia nak pi, aku nak ikut. Sebabnya aku ingat dulu dia pnah cakap, dia nak mintak aku temankan dia kalo dia nak pi jumpa Prof. Ain takut sebab... yelah, penyelia dia lelaki, penyelia aku perempuan; risau la, tak biasa. Aku, as long as dapat drive kete dan kuar rumah, aku ok je (lama sangat dok terperap dalam rumah cuti semester tu - penat -). So, Ain mesej lagi cakap yang Prof dia konpem nak jumpa dia petang semalam kul 3ptg.
Pagi tu sempat gak aku buat Kek Coklat Daim, second round (petang Ahad ritu buat, habis dalam masa kurang dari 24jam). Kali ni buat sebab nak bagi Ain rasa. Heee~ Lepas je siap buat kek tu dalam kul 1030pg, aku dah tak keruan dah. Tetibe hidung gatal-gatal. Nasib baik kek dah siap, tengah tunggu kukus je. Aku trus makan 2 biji Panadol Actifast, baring sat kat bilik. Janji ngan Ain, nak amek dia kat umah lepas Zuhur dalam kul 2ptg. Sempat pi amek Ellie kat sekolah kebangsaan dulu. Masa tu rasa macam dah ok sket sebab dah telan Panadol. Tengahari tu aku ada bagitau Encik Asam Boi, kalo nak jumpa, petang tu boleh jumpa sebab aku dari UKM. Tapi seperti biasalah, dia tak reply. Orang busy keje, kan...
Masa drive pi UKM semalam pon ok lagi. Bila masuk je bilik Prof P, hidung aku mula balik sok, sek, sok, sek... Aduhaiii hidungku~ Nasib tak sampai setengah jam borak ngan Prof P tau. Kalo tidak...aku rasa sempat aku bersin-bersin dalam bilik dia tuh.
Lepas je jumpa Prof P, ingat nak tunggu Nad kejap. Dia nak amek barang dia yang aku ada belikan balik dari jumpa dorang petang Isnin tu. Kata 20 minit lagi sampai...aku rasa bukan men lama aku tunggu ngan Ain dalam kete kat Masjid UKM. Nad sampai je, kitorang sempat lagi berborak luar kereta bawah panas terik tu.
Balik tu, ingat nak call Encik Asam Boi sebab tak sure jadi jumpa dia ke tak (dan keadaan aku masa tu dah start bersin-bersin semula, aku sensetif sket kalo dok bawah matahari time tengah bersin-bersin ni). Ye la, kalo jadi jumpa, ingat nak tukar tempat, jumpa kat KFC Wangsa Maju belakang Carrefour tu. Aku nak tempat yang sejuk dan tertutup supaya aku tak perlu pakai sunnies. Lagipon, Ain nak belanja makan KFC (siapa tak nak weh, kena belanja tau...Rugi kalau menolak).
Tapi, tu la, Encik Asam Boi saya busy semalam, jadinya tak dapat jumpa dia. Huhu... So, makanlah KFC ngan Ain petang semalam. Tapi dalam kul 620ptg cmtu, Ain dah tegur mata aku bengkak sebab aku tahan bersin...Trus hantar Ain balik rumah, aku pon trus balik. Bila dah sampai Ampang Jaya, buah hati saya tu call tanya aku kat mana sebab dia dah sampai kat trafic light Carrefour...Aku pon jawablah, 'dah dekat Ampang Jaya'... Tula...awat tak cakap awal-awal jadi ke, tak jadi nak jumpa. Ini main nak surprise-surprise je, kan dah men'surprise' diri sendiri ;p Muahahaha...
Tapi nasib baik jugak tak jumpa dia semalam sebab mata aku dah membengkak, jadi sepet macam anak Cina mana ntah. Huhuhu... Sorry, awak...
Pagi tadi dia call, siap offer nak teman pi klinik lagi. Aku seperti biasa la takut doktor. Heee~ Siap cakap, 'ni kena gertak je nak kena pi jumpa doktor, nanti ok trus'... Tapi alasan dia ajak pi klinik tu sebenarnya nak jumpa aku ;p (saya tau awak rindu kat saya...rilek eh...err, padahal aku pon rindu kat dia...wahahaha). Nanti-nanti jumpa jugak. Tapi pagi tadi dia cakap dia pon sempat kena hujan jugak masa balik tu, kesian dia, sempat pening-pening kepala...Sorry lagi :(
So, sekarang ni, aku kuatkan jugak diri aku meng'update' blog nih. Padahal bila duduk tak selesa, bila baring pening kepala; semua benda yang aku buat, tak selesa. Petang tadi keje aku lepas amek Ellie kat sekolah kebangsaan; tido, tido, dan tido...Dan makan Panadol Soluble. Adoyaiii... kepala ni pening la. Panadol tu pon tak membantu sebenarnya. Bertambah bersin-bersin ade la...Huhu :( Hish, jarang aku demam macam nih. Selalunya paling-paling teruk 1 hari setengah dah ok... La ni, takde gaya nak sihat je...Huhu...
p/s: Nak pi makan la jap. Pastu nak makan Panadol lagi. Harap-harap esok ok la demam ni :(
No comments:
Post a Comment