Shoot!!!
I hate it when it happened!
Arghhhh!!! Rasa macam nak sepak, sepak je kereta tu... Grrr... geram!
Owh, itu perasaan aku 3 hari lepas. Hari Isnin 270709 ritu aku memang nak turun UKM, nak bertapa kat PTSL sebab nak tambah bahan untuk tesis aku. Dalam kul 7pg tu Abang call, bila dia tanya nak gerak kul brape pi UKM, aku pon jawab dengan takde perasaan, 'tengoklah, 730pg ke, 8 ke.' Memang rasa tak best je nak turun UKM hari tu. Tapi gagahkan semangat nak ke sana sebab memang niat nak cari bahan dan dah janji nak jumpa Abang petang tu.
Dalam kul 755pg aku gerak, masa kat traffic light highway Jalan Ampang Tambahan tu, aku teragak-agak nak isi angin tayar ke tak. Last-last belok kanan singgah Petronas, isi jugak. Bila dah sampai kat bulatan Taman Seraya tu, kereta banyak dan masing-masing berhenti sebab kat bulatan. Aku ni punya jauh ngan bulatan tu, berhenti la. Tetibe aku dengar bunyi screeching tayar kat belakang aku. Aku sempat gak pandang ke cermin pandang belakang, aku nampak kereta warna silver laju kat belakang kereta aku. Tak sempat buat ape trus dia langgar kereta aku, aku langgar van depan kereta aku!
Waduh! First time aku kena langgar macam tu. Tak pernah sepanjang 6 tahun aku drive, aku dilanggar, tau tak! 'Shoot, shoot, shoot!!!' Sempat gak la buat aksi menjerit dalam kereta. Aku terus bagi signal ke tepi jalan. Masa aku drive kereta ke tepi tu, dengar bunyi something. Aku dok ingat la bumper kereta aku jatuh ke, tanggal ke... Parked kete tepi jalan, aku keluar kereta, kunci kereta, tengok bumper kereta dulu. Fuhh... selamat bumper tak jatuh! Siot punya driver! Aku ape lagi, masa tu jantung dah berdegup kencang dah; marah ada, terkejut ada, even rasa sakit hati! Sakit hati kat driver bunguks tuh! Terus aku jalan cari kereta yang langgar kereta aku tu.
Rupanya Chinese man (CM), masa aku jalan ke arah dia tu, dia pon baru turun kereta check kereta dia dulu.
N: Eh, you tak nampak ke kereta banyak? Kan bulatan tu?
CM: (masa ni dia tak berdecit pon, dia senyap je sambil jalan ke kereta aku)
N: Ha? You tak nampak ke semua kereta berhenti? Yang you langgar kereta I apesal? (sipi-sipi lagi aku tak cakap dia BUTA!)
Tak pernah-pernah seumur hidup aku, aku naik suara kat orang tau, lagi-lagi kat orang yang aku tak kenal. Wpon aku naik suara, tapi nasib baik aku masih fikir aku perempuan yang sepatutnya bersopan-santun. Nasib aku tak TERmencarut ke, atau menggunakan ayat-ayat yang kasar bagi pendengaran orang.
CM: Sorry la, I tak nampak. (amboi2, ko dah langgar kereta aku, boleh ko kata ko tak nampak kereta aku? Bukan kereta aku halimunan. Hello~ kereta aku warna kuning la weh! Dari jauh patutnya ko dah boleh nampak!)
N: Tak nampak? Apesal you drive laju2? Kan bulatan tu?
CM: Itu pasal la I mintak maaf. I memang tak perasan (masa ni dia pusing nak tengok bahagian depan kereta aku. Aku punya la marah sampai aku lupa yang kereta aku jumped ke depan masa dia langgar kereta aku tu). Sorry.
N: Tengok ni (sambil aku tunjuk bumper depan kereta aku yang jatuh sket, lampu kiri pecah, bonet siap terangkat). Ape you nak buat ngan kereta I ni? It takes more than rm200 for this you know?
CM: Sorry la.
N: (Nasib baik aku ni cepat cool down tau wpon aku rasa macam nak taufan bila aku turun kereta awal-awal lepas kena langgar tadi. Dan sebab aku fikir aku sorang je perempuan kat situ, kang silap-silap dia tumbuk aku ke, kena sepak ke...naya aku...So, aku rendahkan sket nada suara aku pada laki Cina tu). I tak buat emergency break pon. I memang berhenti sebab semua tunggu turn nak lalu kat bulatan. Ape pasal you boleh kata you tak perasan? Ape ni? (sambil buat muka tak puas hati).
CM: Sorry (woih, sorry, sorry naik lori la weh!)
N: I kena telefon ayah I macam ni. (aku trus tepon abah masa tu. Naseb baik abah tak melenting. Ye lah. Dah sah-sah bukan silap dan salah aku. Yang penting kereta laki Cina tu yang langgar kereta aku!)
Aku tengok kereta dia (Nissan AD Resort BFW ****) takde lekuk ape pon! Cuma lampu depan sebelah kanan yang pecah. Tu je! Van depan aku pon takde ape. Lagi best! Aku ni yang dok kat tengah-tengah ni. Hish, jadi baik sangat pon tak boleh, jadi jahat memang aku jauhkan. Ni la yang jadi kalo aku pasang niat nak bawak kereta dengan berhemahnya. Memang macam ni! Sakit hati!
Lepas tepon abah, aku trus hantar mesej ke Abang. Memang dia tak boleh nak buat ape la. Saje, menggediks ;P Abang call tak lama lepas tu. Kesian dia aku kaco dia tidor (sebab dia shif malam, malam semalamnye tu. Dah la kul 1030pg nak masuk keje, masa tu dah nak dekat kul 9pg). Sempat dia melayan aku; tanya ape jadi, dia nak datang tengok tapi takut abah sampai (owh, abah buat keputusan nak datang ke tempat kejadian, tengok ape yang jadi), siap buat interview tak boleh blah ngan aku. Masa tu aku dah cool down dah. Dah boleh gelak sket dah. Nak marah je pon tak kemana sebab dah accident pon masa tu, kereta aku pon dah kemek depan belakang. Kalo boleh diundurkan masa, aku dah buat. Tapi apakan daya tak boleh.
Itu, ini, ada la sorang tokey workshop ni datang. Cakap yang aku tak salah sebab aku dok kat tengah-tengah. Yang salah kereta belakang aku tu. So aku boleh buat report Polis semua tuntut insurans kat laki Cina tu. Masa abah sampai, van dengan kereta AD Resort tu dah blah dah. Dorang pi buat report Polis dulu. So, tokey workshop ni pon explain la kat abah pasal boleh claim insurans cepat sekarang ni, kena cepat buat report. So, first time aku masuk Balai Polis Ampang nak pi buat report Polis! Selalunya pi naik tingkat satu tu, bayarkan saman speeding Abah.
Settle semua, Polis pon dah tengok, dah amek gambar kereta aku yang ditarik lori tarik tu, aku pon balik umah. Sedih tengok Bumblebee aku kena tarik tau~ hukhuk :( Aku dari rumah pagi, dengan harapan nak sampai UKM awal, last-last aku sampai UKM kul 1230tghari. Trus takde mood nak cari bahan.
Wpon sempat jugak cari 5-6 jurnal, tapi kat kepala aku ni berserabot ngan macam-macam. Ye lah, aku nak bawak kereta ape nak pergi Persidangan Kawalan Denggi kat Putra Nilai esoknya tu? Ye la, nanti kalo aku bawak kereta Neo, nanti susahkan Ibu nak kena hantar Abah pi ofis pagi-pagi, itu la ini la...
Petang tu, lepas makan petang ngan Shidah (makan tengahari diganjakkan kul 3ptg sebab aku nak cari jurnal dulu. Nasib Alang dapat tahan lapar dia... 'Sorry Alang kena tahan lapar jap eh'). Balik terus pi Titiwangsa jumpa Abang. Lega sket jumpa dia.
p/s: Well, there will always first time for everything kan? First love, first boyfriend, first date, and... first accident!
7 comments:
Nanie ok x?
OMG...nih citer 3 ari lepas baru nak siarkan?
mesej ana pun tak?
NANIE....U TAK CEDERA kan?U ok kan?
ohh sangat scary...
Liyanaroxx: owh, lupa nak selitkan kat entry ni. I am okey, darling. Dun worry. Alhamdulillah hanya kereta yg 'sakit'. Depan belakang teruk belah kiri. Nanie sakit tang 'hati' ni. Panasszzzz....
Tapi ni dah ok. Hati pon dah sihat semula. hihi...
Bdw, tak sempat nk update sbb esoknya Nanie kene pi Nilai pagi buta. So, sbb tu 3 hari lepas tu br sempat update dlm blog. Sorry yea..huhu
f@nna: Scary mmg scary. Tapi f@nna jgn takut plak nk drive pasni. Cuma peringatan; kalo nk drive giler2 pon, kene tau rules jln raya+tau kat mana BREAK kereta, ok? hehe
eheeee aku rasa mcm aku da terlambat jerk tau~ ari nie isnin 3 ogos..sory my dear lastweek aku byk masalah blog pun tak tgk2.uhuuuuu wei, ko blajar tinggi suara dr saper hah?setau aku, aku jekr yg biasa marah2 dgn driver keta lain nie.. beb, CM tuh ansem tak? akakaka
aTiQue: weh, lg nk ty aku blaja dr mana. Dari tok guru aku sekolah rendah ni, ko la! hahaha...ala, no hal la. Lagipon alhamdulillah aku xde ape2. I've mended my broken heart since the moment i heard my buah hati's voice (a few minutes after I called my dad..yup...kuasa cinta ;p ).. wakakaka ;D Tak boleh blah...
erm, CM (chinese man) tu hensem? Weh, hensem lagi dak klas Master aku si Goh H**g L** atau Pua Hoc* W** tu (owh, ko xknal dorg). Adeh~ tapi kalo hensem pon, aku pedulik hape. Yang penting, dia yg langgar kereta aku. Huh~
ko tau tak... ko sedar tak yg ko dah agree dgn kata2 aku.... CINTA ITU BIOL... akakaka =P
aTiQue: eh, ko reply ni berkenaan ngan entry ni ke atau entry yg sblm ni? hahah...but, indeed. BIOL jugak...rindu, rindu serindu, rindunyaaaa~ parah nih..
Post a Comment