Update 2: 21 Julai 09
-------------------------------------------------------------------------------
Awal-awal pagi kul 6pg Cik Abang aku dah buat wake up call. Adui... malu aku. Ye lah, aku tido sebelah Along. Takut ganggu Along tido. Tup2, baru borak sikit baru aku perasan Along dah bangun, dalam bilik air masa tu. Alang yang tido sebelah aku dah gerak-gerak sket... Alamak... sian dorang dengar aku bising-bising. Padahal aku rasa dah cukup slow dah volume aku masa tu. Lepas je borak Along gelakkan aku sebab aku borak dok cover-cover tutup pakai bantal. Hahahah... lawak btul!
Pagi tu dalam kul 730pg kitorang jalan kaki ke rumah Along (rumah kebun Along ngan umah dia yang betul dekat je). Lepas je sarapan kat umah Along, kitorang balik ke rumah kebun Along, pi main badminton. Lawan beregu. Aku+Bong vs. Along+Asyraf (adik lelaki Along). Alang tukang amek gambar je. Habis semua gambar yang ala-ala seksi di'captured' Alang (tertonggeng kutip shuttlecock la, tudung terangkat la macam-macam pose ada. hehe~). Tq Alang!
Dalam kul 11pg, plan asal ingat nak pi Jalan TAR, nak shopping tudung ngan dorang. Tapi hujan lebat giler pagi tu. Last-last pi shopping kat Jusco Wangsa Maju dan makan tengahari kat Jusco AU Keramat. Balik je dah kul 3ptg. Petang tu ingatkan nak jumpa ngan Abang. Tapi alasan nak bagi kat Ibu Along masih tak dapat (ye la, satu hari dah keluar, ni petang nak keluar lagi. Nanti bising plak Ibu Along) Last-last aku pening kepala, terlelap kat kerusi, Bong kejut betul-betul aku time Asar. Lepas solat Asar, sakit kepala aku tak kurang lagi, memula merajuk aku ngan dorang bertiga tapi lepas Along pujuk, Along dah bagi alasan kaw-kaw punya kat Ibu dia, ok la, jadi gak jumpa walaupon kena tukar tempat jumpa. Jumpa kat sekitar Taman Tasik Sri Rampai. Itu pon jumpa adalah dalam 15-20 minit je sama macam semalamnya.
Masa jumpa tu, kawan Abang si Y ikut sekali, tapi dia lepak dalam kereta je. Malu kot ngan Along semua. Aku no hal je. Asal jumpa Cik Abang aku, aku ok dah. Hehe... Tapi masa jumpa dia tu pon kepala aku masih pening lagi. Malam tu Abang tanya nape aku nampak cam tak sihat petang masa kitorang jumpa tu. Erm, aku tak tau plak boleh nampak kat muka ni, muka orang tak sihat. Malam tu jugak aku, Along, Alang ngan Bong brainstorm tajuk dan isi tesis kitorang sebab esoknya kitorang nak pi UKM, cari buku kat library.
p/s: Jumpa kejap pon jadi. Hilangkan rindu~ lalalala ;D
No comments:
Post a Comment