Friday, July 10, 2009

aku + cerita

Aku suka bercerita. Well, salah satu hobi aku sebenarnya bercakap. Heee~ So, bila dah suka, owh, cintakan aktiviti bercakap, jadinya, aku jugak sukakan aktiviti bercerita.

Erm, ada sekali tu aku YM ngan ex-workmate aku. She's younger than me la. Dia ni otak giler-giler sket. Dia pnah cakap yang dia PERNAH ada blog. So, aku tanya dia kenapa PERNAH? Sekarang dah tak continue berblog ke? To be honest, aku pon terkejut gak dia kata dia pnah ada blog sebab dia yang aku knal bukan jenis suka mencatit sesuatu; walaupon dia suka bercakap macam aku. Dia lebih kepada menconteng benda-benda grafik dan seni; dah nama pon cikgu art kat tempat keje lama aku tuh.

Ok, berbalik kepada soalan asal, 'sekarang dah tak berblog lagi ke?'. Dia kata dia dah stop blogging. Alasannya, dia kata dia bukan jenis yang bercerita; dan dia suka lompat-lompat bila bercerita. Maksud 'lompat-lompat' tu, cerita yang dia nak sampaikan tu lebih kepada ringkasan pada setiap event yang berlaku. Jadinya, siapa yang takde di tempat kejadian memang takkan tau benda detail.

Aku cakapla yang dia ngan aku lebih kurang je. Well, nak tau apa yang dia reply? Dia kata, 'no lah, u tak lompat-lompat. U pandai bercerita detail...'. Erm...is that good or bad sebenarnya? Huhu... Tapi secara jujurnya pon, aku memang tak suka pendekkan cerita. Aku pernah try meringkaskan apa yang patut, last-last semua orang tak paham. Sebab aku betul-betul buat RINGKASAN. haha ;D Akhirnya, aku terpaksa jugak cerita semula dari A sampai Z. Agak membuang air liur jugakla gamaknya.

And for that jugak, bila aku terbaca balik entry aku yang lepas-lepas dalam blog aku nih, erm... it was true, then. Takde tinggal sikit pon. Memang 70% detail. Jadinya, kalo sesiapa baca blog aku nih, dah boleh membayangkan sedikit sebanyak keadaan aku masa tu. Yang lagi 20% tu, hehe... aku simpan sendiri sebab ianya melibatkan soal hati dan perasaan (banyak pihak selain pihak aku) ;) Another 10%, tak berbaloi nak taip pon.

Tapi kalo tak knal aku secara personal, face to face; maka anda, anda dan anda sekalian masih tidak mengenali aku secara keseluruhan. Jangan buat kesimpulan mendadak yer? :)

p/s: Ape orang kata... Tak kenal, maka tak chenta?

No comments: