Petang tadi saja jalan-jalan kat Mid dengan Ain (Along). Panjang ceritanya kenapa dan buat apa kitorang ke Mid tu. Tapi, hari ni hari Along. Saja nak bagi dia hepi-hepi. Tak nak dia stress dan hilangkan gundah gulana dia.
Seperti biasalah, aku bawak camera. Camwhore macam aku ni, mana bleh tinggal camera kat umah kalo keluar (itu yang Encik Asam Boi aku nak beli topeng, nak tutup muka dia. Punyala tak bagi aku snap gambar dia -- ha, buat la, saya pi jalan ngan lelaki len nanti. Padan muka awak ;p -- ). Mesti nak snap gambar, paling tidak pun muka sendiri. hehe ;D
Kat Mid sekarang ni kan ada offer 'Best Bargain', oppss, bukan Best Bargain, tapi MONSTER BARGAIN! Shopping je kerjenya orang kat KL nih (naseb aku ni bukan kategori Shopaholic tau). Bila dah letak nama 'MONSTER' tu, sure konpem pastilah ada patung MONSTER kat sudut-sudut dalam Mid tuh. Pengurusan Mid letak Monster Eyesore. Comel-comel belaka wpon nampak cam mengerikan. But sort of like Freakishly Cute! Gambar boleh tengok kat [PicasaWeb] aku. Sempat gak kitorang ni buat muka tak tau malu bergambar ngan patung tu. Ish, biar lah! Kalo malu, tak kemana, ye tak? Meleleh air liur tengok orang len bergambar, kita dok kat tepi jadi pemerhati. Ni rehearsal before real photographer nak amek gambar kawen. Lagi la malu masa tu sebab dah boleh buat aksi-aksi yang dulunya 'haram' dibuat sebelum masa jadi suami isteri ;p (tapi bukan aksi 18sx okeh?).
Sempat gak dari nak gerak balik, kitorang pi naik sampai tingkat dua semula, setakat untuk bergambar dengan patung Monster tu. hehe... Last picture memula nak amek gambar ngan Along sendiri. Tetiba ada sorang Pak Arab ni offer diri nak tolong 'snap'kan gambar kitorang. Weheeee~ 'Thanks, sir!' Baik btul Pak Arab tu tau ;D
No comments:
Post a Comment