Update 1: 20 Julai 2009
Aku, Bong, Alang melepak kat umah kebun Along kat AU4. Plan sebenar nak bawak Bong ngan Alang pi shopping sebab Bong semester ni duduk kat umah dia kat Pahang. Sesekali ajak dia pi shopping habeskan duit. Hehe...
-------------------------------------------------------------------------------
Amek Bong ngan Alang kat UKM. Naseb baik Bong sampai pon lambat dalam kul 3ptg camtu, sebab Along kena ikut Ibu + ayah dia pi cari kain langsir untuk raya kat Macy (ye lah, kalo awal si Bong ni sampai, awal aku kena amek dia kat UKM, tak dapat pi singgah umah Along pon sebab dia takde kat umah. Nak pi jalan-jalan dulu pon terbantut sebab masing-masing bawak laptop. Nanti kehulu-kehilir terpaksa angkut laptop). Dalam kul 445ptg camtu Along sampai umah, aku pon selamat bawak dorang berdua sampai umah Along. Ibu Along siap buatkan minum petang untuk kitorang, borak-borak sikit, dalam kul 545ptg camtu kitorang keluar kejap, dengan alasan nak bawak Bong ngan Alang round-round area rumah Along. Padahal masa tu dah janji ngan Cik Abang aku nak jumpa kat Titiwangsa, dan dah inform ke dia yang aku bawak adik beradik aku bertiga tu. Cuak jugak dia..hehe ;p Ye lah, Cik Abang aku tu pemalu yang amat! Saja nak kenalkan dia ngan 'family' member aku (walaupon adik beradik; lain mak, lain bapak). Nak dapatkan 'cop mohor' dorang bertiga dulu, sebelum cop mohor 'orang atasan' (abang, abah ngan ibu). Haha...
So, setakat ni dikalangan kawan-kawan rapat aku, 3 orang dah pernah jumpa Cik Abang aku secara langsung, dan 2 orang pnah tengok gambar dia. Kawan rapat yang lain tu, jemput la datang rumah aku raya ni. Insyaallah, kalo takde aral melintang, dia datang beraya umah aku. Pon bukan secara official jumpa ibu+abah sebab datang ramai-ramai dengan kawan-kawan aku yang lain pon ada. Abang datang tu, dia bawak sorang kawan dia, Y. Tapi mamat tu pemalu yang amat jugak, trus menonong duduk bawah pokok mengadap tasik. Haish, macam gaya orang putus cinta pon ada ;p
Petang tu sempatla jumpa Abang kejap sebab balik tu nak kena singgah makan malam kat umah Along (ye la, dengan jammed lagi, nak maghrib lagi plak tu). Malam tu kitorang tido umah kebun Along.
p/s: Penantian Along, Alang ngan Bong nak tengok Cik Abang aku dah berakhir... hehe... Baru dorang puas hati. Komen Along, Alang ngan Bong ---> 'nampak baik, sedap mata memandang, sejuk je hati tengok muka dia. Memang macam orang tengah dilamun cinta ;p'... Haish, Abang, abang ;)
No comments:
Post a Comment