Semalam aktiviti pecah perut berlaku antara aku, Along (Ain), Alang (Shidah) ngan Bong (Nad). Waaaaa...rasa macam lama sangat je tak jumpa dorang, padahal baru 2 bulan. Ye lah, maybe sebab semester lepas sama-sama duduk kat hostel, bilik pon dekat-dekat. Ada problem, ada gosip panas ke, Nad ngan Shidah mesti datang menyemakkan bilik kitorang (aku ngan Along satu bilik). Hahaha... Dorang tu pon member aku pi JJCM selain member berposing!
Lepas je settlekan pendaftaran kat PPS ngan fakulti; hantar Nad buat appointment dengan Dato' dan bli pelekat kenderaan dalam kul 1145pg, trus kitorang pi Warta, Bandar Baru Bangi. Aku nak cari tudung. Dalam kul 12tghari pi Alamanda, Putrajaya plak. Masing-masing dah lapar sangat. Perut dah tak payah nak cakap, semua versi lagu ada; dari keroncong sampai ke versi heavy metal!
Sebenarnya masa dalam kereta lagi aku kena fire. Bukan fire apa, tapi gosip terbaru. Mangsa kali ni aku la. Memula si Along je tau cerita pasal gosip aku tu, dah tu, dah jumpa si Bong ngan Alang, makin galak dorang fire aku. Sampaikan aku dah tak leh nak komen ape. Selain senyap, aku boleh gelak je. Hmmm, kalo ada si Along ni, memang konpem aku takleh nak buat serangan balas. Awal-awal dah angkat bendera putih!
So, bila tang makan tengahari tu, sambung balik kes fire meng'fire' aku. Selain tu ada gak selit-selit gosip Along. Si Bong la kesian, macam menjauhkan diri je sebab dia je yang takde gosip terbaru. 'Alalala Bong...lek ar, bukan ada apa pon. Ko tetap adik yang best untuk dikenakan walaupon Angah busy benda lain jugak. wahahaha...'.
Dah tu, si Along sebuk nak tengok gambar Encik Asam Boi aku tuh lepas masing-masing kenyang. Aku nak tukar topik, ajak dorang pi Solat Zuhur dulu.
Along + Bong : ala Nanie, nanti kitorang lagi la tak khusyuk solat sebab pikir lepas solat baru hang nak tunjuk gambar Encik Asam Boi.
Hish, banyak songeh btul dak dua orang ni!
Nanie : Kalo sebelum solat lagi la tak boleh. Nanti time doa korang dok bayang muka Encik Asam Boi aku plak. Ceh...tak boleh, tak boleh.. (uish, jeles plak)
Along + Bong : (Masa ni masing-masing bising pot, pet, pot, pet...tak dengar apa yang dorang bebel)
Alang : (Tetibe...) Ala Nanie, boleh la kitorang nak tengok gambar dia...
Lepas je dengar si Alang dengan sopannya mintak permission nak tengok gambar Encik Asam Boi, baru aku seluk beg tangan aku, nak kuarkan kamera.
Along : Ceh, hampeh. Shidah mintak kejap je trus Nanie keluarkan kamera. Kalo tau tadi takyah susah-susah, mintak tolong Shidah je pujuk Nanie.
Nanie : (Gelakkan dorang)
Memula bagi kat Along ngan Bong dulu. Reaksi?
Along + Bong : (Terkejut!)... Alamak, rambut tercacak la! Lagi, lagi... (sambil tengok gambar dalam kamera tu - kepala siap berlaga dah budak dua orang tu)...Erm, macam muka Ferhad pon ada.
Nanie : Ah? korang ni, mengarut je. Ntah, mana Nanie perasan ;p
Bong : Baju belang-belang (baju pon nak perhati gak...adeh~)
Along : Dagu ada lekuk la...
Nanie : Ntah. Tak perasan pon.
Bong : Ha'ah la...siap ada lekuk. Ni mesti dok tenyeh-tenyeh ngan duit syiling before jumpa ko ni.
Nanie : Ya Allah... (bantai gelak sebab bagi aku dorang ni bukan dah tahap perhati, tapi analisis Encik Asam Boi aku dah tu).
Along : Nah Shidah, tengok. Macam muka Ferhad kan? (Pas kamera pada Shidah)
Alang : (Sambil tengok sekali imbas)... Ha'ah la Nanie. Macam muka Ferhad pon ada.
Nanie : Hah, lagi sorang kata macam muka Ferhad pulak dah...Ntah, tak tau. Tak perhati betul-betul pon. Teruk betul korang nih.
Dah puas bercekau, membebel, menganalisis semua, baru la si Bong ajak pi solat. Nasib tak lupa je. Kul 3 baru nak Solat Zuhur, lepas tu trus balik. Ondaway nak balik tu aku nak singgah Petronas kat Precint 17 (errr, tak ingat Precint mana la), nak isi minyak dulu before balik. Masa kat Petronas tu si Along belanja makan aiskem. Masa tu nak dekat pukul 4ptg jugak. Memula malas nak ballik awal, nak lepak lagi ngan dorang. Tapi memandangkan adik lelaki Nad dah tunggu Nad kat Masjid UKM, nak tak nak, balik jugak.
Sempat hantar Shidah dulu kat Za'aba baru hantar Nad. Nad sempat lagi cakap kat kitorang, 'Korang nak tengok adik aku tak? Nanti bagi kitorang gerak dulu eh...Ko tengokla nanti'. Erm, kes sebenarnya, dari sem lepas lagi adik Nad selalu gak hantar dan amek Nad kat kolej. Tapi aku tak pernah tengok muka adik dia betul-betul. Ain pernah tengok dalam gambar kat hp Nad, tapi aku tak pnah sebab masa tu aku nak solat, kalau tak silap la. Malas amek port. Pastu ada sekali tu adik dia kem salam kat aku. Kalo tak silap masa tu, aku dalam kete, tengah panaskan enjin nak ke kelas kot. Kebetulan Nad tengah tunggu adik dia; bila adik dia sampai, adik dia ingat nak himpit kete aku, sekali baru dia perasan aku ada dalam kereta masa tu, trus adik dia masuk parking space. Huhu... Masa semester 1 adik dia kagum ngan kete Kelisa aku tu sebab Abah modified tukar rim tayar putih ngan lowered (enjin abah tak kacau. Tukar rim putih ala-ala macam Mini Cooper -- faveret car abah --). Eh, cukup, cukup pasal adik Nad.
So, petang hari Isnin tu aku hantar Along balik umah kat Keramat. Balik je sampai umah dalam kul 720ptg, badan aku masa tu tetiba rasa macam tak best dah...Nak bukak laptop pon malas. Tapi sempat gak tunggu Encik Asam Boi tepon kul 1130mlm. Ehehe...sempat mengadu ngan dia yang aku kena fire satu hari tu ngan Along dan Bong. Dah borak, baru dapat tido~
p/s: Awak, jangan terasa ngan ape-ape yang kawan saya cakap tu eh? Dorang tu memang bising sket. Saja-saja menceriakan keadaan tu memang keje dorang ;D Takde maksud ape-ape pon.
No comments:
Post a Comment