Weh, aku bukan first time sampai situ, tapi setelah genap betul-betul 2 tahun 8 hari aku meninggalkan Zoo Melaka, aku datang situ balik.
Zoo Melaka tu kat mana tempat praktikal aku masa habis semester 6 kat UiTM dulu, tahun 2007. Aku praktikal kat situ dgn classmate aku (Kak Aina kusayang) dan Min (junior yang senior..ekeke). Praktikal kitorang start 15 Mei 2007, habis 15 Julai 2007. Selama dua bulan praktikal kat Zoo Melaka tu, aku duduk kat area Air Keroh Heights (eh, ye ke? tak ingat la plak); rumah yang penuh mistik..hehe. Tapi, semistik-mistik pon umah tu, survive gak kitorang kat umah tu sebab lepas sebulan, mistikus itu berazam meninggalkan kami bertiga yang lebih menakutkan dari dia yang mengacau kami...wakakaka...Aku penah citer pasal aku praktikal ni kat dalam blog lama aku di Friendster.
http://elanie7385.blog.friendster.com/2007/09/praktikal-zoo-melaka/
Yesterday aku datang melawat dengan Kak Aina; masuk free, segala-galanya free tolak beli air mineral je kena bayar. Huhu...Awal-awal sampai je trus call Encik Nik (Show) sebab nak masuk free (hey, kitorang MEMANG BOLEH MASK FREE tau; EX-practical student kat situ), tengok show kul 11pg, jumpa Abang Jai (our guardian-in-disguise masa tinggal kat Air Keroh Heights), Abang Jai belanja minum-minum kat D'Pelican Cafe, borak-borak ngan Abang Basri (jaga Gajah), lepas Zuhur pi naik gajah FREE (lagi...hehe...dah la FOC; dua round tau, orang lain satu kali round je...muahahhaa), round satu Zoo Melaka...Dah penat, balik la...Kitorang balik dalam kul 4.40pm, sampai umah dalam kul 5.50pm.
Best gak la pi sana walaupon ader orang yang aku nak sangat jumpa macam Pakngah tapi tak jumpa (dia cuti plak. Aku dah try call dari hari Jumaat, tapi tak berangkat). Encik Shuhaimi yang suka tersenyum (pergi kursus Nature's Tour Guide --Greencard--), Encik Lan yang sangat serius (dah bertukar ke Lanchang), Puan Hajjah Ramlah yang aku hormati tp menakutkan (hehe...dia ditukarkan ke PERHILITAN Johor), Kak Suhaina yang lembut (very the kakak for us)...Encik Fauzi kitorang jumpa masa kitorang ondaway nak balik ke kereta. Itupun sempat berborak disebalik gate Zoo (yelah, kitorang dah keluar dari area Zoo, dan kebetulan plak Encik Fauzi pon masa tu dah nak balik dah).
Ape-apepon, it was good to be back. Here are some of the picture taken during our down-our-memory-lane moments.
Ni time tunggu show mula
Kat Show Gajah depan D'Pelican Cafe.
p/s: Owh, Abang Basri yang berbaju oren paling kanan dalam gambar ni
Wohooo~ Akhirnya dapat gak tunggang gajah wpon penakut!
Kat taman permainan, penat weh jalan keliling zoo
Isi perut sikit. Langsung tak makan ape2 satu hari tu. Excited punya pasal, tak ingat nak makan :)
Kat Show Gajah depan D'Pelican Cafe.
p/s: Owh, Abang Basri yang berbaju oren paling kanan dalam gambar ni
Wohooo~ Akhirnya dapat gak tunggang gajah wpon penakut!
Kat taman permainan, penat weh jalan keliling zoo
Isi perut sikit. Langsung tak makan ape2 satu hari tu. Excited punya pasal, tak ingat nak makan :)
p/s: Bila ntah nak pergi lagi Zoo Melaka?
No comments:
Post a Comment