Saturday, May 16, 2009

my Mr. Right

Ceh. Ni bukan entry pasal Mr. Right aku, tapi entry pasal calon-calon yg bakal aku pilih (ekekeke...mcm dh beratur panjang je barisan tuh. Nanie, jgn berangan ok? Stop it!!!)

Alaarrhhh... for once, ape salahnye aku berangan sat. Selalunya bila kita mengimpikan Mr. Right ni, tak semua orang akan dapat apa yang dia nak. Allah itu Maha Adil. Kalau ikutkan, semua orang nak kan yang hensem-hensem belaka, poket tebal - kalo ditembak tu, peluru tak tembus punya (kaya nye bang oii? takde kad kredit ke siap kuarkan duit segumpal tu?ahahah), ape lagi? Ermm...yang romantik, yang pandai memujuk, suka memberi dan banyak lagi lah. Sebabnya bukan semua orang ada list yang sama dalam nak memillih buah hati, Mr. Right, boyfriend, balak, pakwe (or watever u called them) ni.

Kalo aku...erm (mula berangan lagi..hehe..sorry, can't help it), aku nak orang yang boleh terima aku seadanya. Aku makan banyak ke, aku makan sikit ke...Sebabnya berat badan aku ni senang nak naik. So, aku tak nak si dia tinggalkan aku sekiranya masa bercinta badan dah turun 20kg ni, tetiba happy, makan banyak, alkisahnya berat badan aku naik balik 20kg dan dia tinggalkan aku sebab aku lagi besar banding dia. Aku tak nak dia terima aku sebab aku dah kurus je, bukan terima aku dari masa aku gemuk-gemuk dulu. Ader sekali tu, aku jalan2 pi dinner ngan Nad, Ain + Shidah kat Alamanda. Terserempak dgn satu couple ni, awek dia boleh tahan lawa, sopan je berbaju kurung, tapi pakai penopang sebab kaki kiri dia kudung. Boyfriend dia sangat baik hati tolong dia nak naik ke walkelator tu. Shweet sgt~

Pastu ader satu lagi kes, masa tu aku nak pi tgk movie ngan Ain kat Mid. Masa beratur nak beli tiket tu, kitorang sgt kagum ngan couple depan kitorang ni. Memula kitorang dah siap berbisik 'kalo dah jodoh~' tu sebab dat guy sangat kurus tinggi; awek dia sangat 'comel'. Lagi 'comel' dari aku time dulu2. Tetiba masa dah sampai turn dorang pi beli tiket, dat girl macam terpinga-pinga tak tau nak tgk movie ape; bf dia boleh buat tak tau siap baca newspaper lagi tau!!! Masa tu aku + Ain geram gak ar (kalo korang baca, memang xrasa ape). Tapi kitorang yang tengok ni rasa sangat sakit hati bila bf dia buat tak endah pada girl dia sampaikan dorg ke tepi dulu sebab tak tau nak beli tiket movie ape. Kalo aku, aku dah malu dah dengan penjual tiket tu. Bf dia boleh plak buat derk~ Kitorang dari pandang positif (sebab dat guy sanggup ber'couple' ngan girl yang saaaaangat 'comel') trus tukar jadi negatif. Itu bukan satu contoh yang sangat baik ye. Ok2...sensetif bab-bab berat badan nih (sebab aku+Ain pon 'comel' gak)...hehe :)

Syarat (sunat) yang kedua; seorang yang boleh sabar ngan karenah aku. Aku ni cepat moody. Kadang-kadang boleh tersentap tetiba, pastu senyap kejap. Tak lama pon. Selalunya kalo kawan-kawan aku tengok aku senyap, dorang pon turut jadi senyap. Padahal aku tak kesah je nak dorang nak bising-bising asalkan jangan kaco aku yang tengah ter'sentap' tu... hahaha...Dalam sejam la paling lama (rasanya la) aku ok balik tapi dengan syarat aku yang start bercerita semula. Ada orang tak faham; bila aku senyap, kata aku marah dia la, itu la ini la; banyak betul spekulasi. Dan harapnya si dia tu tak la cepat sangat buat keputusan melulu dan pikir bukan-bukan kalo tetiba aku senyap.

Syarat (sunat) ketiga; dia bukan seorang yang 24/7 serius. I mean, serius biar kena tempat la. Ini kalo setiap masa nak serius je macam Hitler, payah gak aku...Sebabnya bila datang angin kureng aku, mula aku nak buat lawak yang tak berapa nak pandai. Kang silap-silap kalo dia serius dan tak boleh menerima sebarang gurauan, ader aku plak yang kena luku ke, kena tengking tak pasal-pasal. Aku nak yang boleh bergurau, buat lawak ngan aku. Baru hepi dunia ni.

Syarat (sunat) keempat; aku nak dia jadi macam kawan baik aku sendiri. Ye la, bestfriend pempuan tetap ader (mana boleh takde. Wajib nih!); tapi bila masing-masing dah meningkat usia ni, mesti semua pun banyak nak hangout ngan bf/ husband/ pakwe masing-masing kan? So, tinggal la aku sendiri jugak. So, dia ni sebagai pengganti bestfriend aku. Boleh bercerita ape saje macam kita hangout ngan kwn2 pempuan kita, boleh bergosip macam-macam; dialah kawan kita, dialah bf/ husband kita. Aku suka tengok cara ibu ngan abah aku. Misal kata abah aku nak masuk meeting, sebelum masuk meeting tu, dia sempat tepon ibu aku dulu borak-borak. Kalo tak pon, saja-saja tengah takde benda nak buat kat ofis dia tepon ibu aku. Sedangkan before pi keje, jumpa jugak; bangun tido nampak muka ibu, nak pegi keje ibu aku tolong tutupkan pagar rumah etc. Balik keje pon nanti ibu aku jugak yang bukakkan pintu rumah. Tapi abah treat ibu aku macam kawan dia. Takde rahsia. Macam kita ngan kawan-kawan baik kita sendiri. Itulah yang sebaiknya.

Syarat (sunat) kelima; he can talk about cars with my father, he has no interest towards sports (bestnya, takyah bertekak sape nak pegang remote control dan takyah bazir duit sewa decoder astro lagi satu). period.

Syarat (harus) keenam; dia seorang photographer (ececeh...banyak berangan woo ini minah...). Alasan yang kurang kuat aku nak bagi sebab bagi syarat ni ialah kerana supaya aku menjadi subjek utama dia semasa snap gmbr. ekekekee ;D Aku ni camwhore. Gila bergambar. sikit2 bergambar, tak hengat dunia la jugak. So, bagus jugak ader bf/ husband yang memang seorang photographer atau ader hobi snap gambar ni. Macam abang aku. Dia memang partime wedding/ event photographer. So, anak dia yang sorang tu dah ader berpuluh gambar (beratus pon boleh jadi jugak) yang abang aku dah snap. Dah boleh buat koleksi peribadi letak kat perpustakaan dah. Punyala banyak. Selain tu, alasan lain, bole jugak aku jadi model tak berapa nak professional dia. hahahahah (tak kukuh betul alasan).

Erm, setakat ni tu je syarat2 sunat+harus aku yang aku nak cari dalam Mr. Right aku...nanti kalo ader lagi yang aku lupa nak tulis sekarang ni, akan ku update!

No comments: