Tadi petang sementelah menunggu adik sedara pi interview kat Menara TA1 tu, aku lepak ngan member lama sekolah rendah (sampai la ke sekolah menengah); sape lagi kalo bkn cek LiyanaRoxx tuh. Hehe...terkejut gak bila tetiba dia ni call kul 11pg tadi (awat buang tebiat ke dia nih?).
Dia tanya tak bz ke sebab dia nak ajak kuar (memandangkan dia DEMAM...ehem! ekekkee). Tapi memandangkan dah ada date ngan adik sedara tu, takleh nak batalkan pulak, sian dia... Alang-alang, aku ajak Ana pi teman aku lepak kat KLCC sementara tunggu adik sedara tu.
Nasib weh, lama benor interview siap ader test lagi tau. Kalo Ana takde tadi, aku rasa aku dah dok tarik lengan baju mamat2 hensem yang lalu kat foodcourt tu kot...ececeh...macam berani je...hahahaha ;p
Sempat lagi la berborak panjang, gosip, cerita pasal KEMAHIRAN HIDUP yang diajar secara tak sengaja oleh kawan2 kitorang yang dah kawen...hish! hahahah...wat lawak btul. Kitorang tak bergerak mana pon. Setakat lepak kat foodcourt, pastu Ana nak pi toilet, naik Kinokuniya, round bawah sebab Ana nak cari prepaid + adik sedara aku pon dah settle interview.
So, baliklah kami ke pangkal jalan...weheee~
p/s: Thanx Ana teman Nanie tadi. Kalo tak kerana Ana, entah2 berapa ramai mamat hensem Nanie bawak balik tunjuk kat ibu+abah mintak tolong pilihkan jodoh...waakakaka (ini adalah satu gurauan sengal oleh saya. Jgn ada yang terkecil hati pulak ;D)
No comments:
Post a Comment