Wednesday, September 1, 2010

Mak Su vs. Kak Nanie

Ni lagi satu senario kat belah family hubby aku.

Kat rumah Bidor, ada anak Kak Lang; Tasha.
Anak Mak Teh; Fatin dan Alya.

Ape beza budak 3 orang ni?

Tasha, anak buah aku.
Fatin ngan Alya, kiranya sedara aku sebab kami sama pangkat.

Tasha sepatutnya panggil aku, Mak Su. Even so anak-anak Kak Long and Abg Ngah.
Gelaran aku kepada Fatin ngan Alya ni hanya Kak Nanie.

Tapi... lepas je majlis sanding belah hubby 25 Julai ritu, bila dah ramai-ramai berkumpul kat rumah hubby, semua pakat panggil aku Mak Su termasuklah si Fatin ngan Alya! Sedangkan budak 2 orang tu panggil hubby aku, 'Abg Boy'...

Aiseh~~

Puas dah aku ubah nama aku kalo berborak ngan Fatin and Alya, tapi dorang tetap panggil aku Mak Su.

Bila Tok dengar dorang panggil aku 'Mak Su', Tok pon tergelak. Ye lah, maybe sebab dah terbiasa dari awal-awal mingle ngan dorang hari tu, dorang dah disogok ngan pangkat Mak Su; tu yang lekat sampai sekarang...

p/s: I kinda like the name Mak Su tuh. Kat belah aku panggil Mak Ngah. Kadang-kadang tershashul bila berborak ngan anak buah kat belah hubby :)

No comments: