Korang rajin tak tengok program Semanis Kurma? Alaaa...talk show Ustazah Bahiyah ngan suami dia kat Tv9? Aku tak ingat hari ape siaran langsung tapi aku salu tengok ulangan setiap Jumaat tengahari lepas program Usrah.
Tak pernah tengok?
Takpela kalo tak pernah tengok. Meh aku citer sket. Biasalah kalo program camni mesti ada hot topik yang akan dibincangkan dan towards the end of the show Ustazah Bahiyah akan bagi ayat-ayat Quran yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Contoh ada satu ayat Quran yang Ustazah Bahiyah bagi, Surah Yusuf ayat 4. Ayat ni boleh digunakan kalo kita nak pegi temuduga. Boleh dijadikan sebagai doa pelembut hati orang yang kita jumpa tu.
Bukan aku nak kata aku ni bagus sangat tengok program agama ke, pandai bab-bab agama ke. Cuma aku nak bercerita tentang bagusnya ayat Quran ni. Tu je. Janganlah nak pandang serong ke hape ke. Ye la, kita pon tau, ubat segala penyakit pon boleh kita dapati dari dalam Quran tu sendiri.
Okeh, berbalik kepada ayat tadi tu. Aku nak kongsi sket la kat sini. Sebelum ni aku tau fungsi ayat ni sebagai ayat pelembut hati. Tapi aku tak pernah hafal. Sampailah aku nak viva tesis aku bulan satu hari tu. Nak dijadikan cerita sampai pagi aku nak viva tu aku tak hafal lagi, hafal pon baru separuh je. Last-last kertas yang aku dok salin ayat tu letak kat bilik aku, aku bawak sekali ke UKM. Pagi sebelum viva mula, aku ada gak swuh Along ngan Alang baca doa tu dan memandangkan aku orang pertama yang kena bentang, jadinya aku pegang kertas tu dulu dan mulut aku ni tak benti-benti terkumat kamit baca ayat tu sambil tengok kertas doa. hehe... 5 minit awal tu aku disuruh keluar bilik mesyuarat sebab panel pemeriksa nak bincang sket. Ni aku berdiri depan pintu bilik mesyuarat sambil mulut pon terkumat-kamit baca doa tu. Biar lantak pi la kalo orang nak kata aku tengah jampi serapah ke hape kan... yang penting, I hope it works wonders dan aku dah berusaha dan aku berserah. Sebab aku tau aku dah buat yang terbaik masa siapkan tesis aku.
So bila aku dipanggil masuk, it went well and smoothly. Bila tiba time komen dari pemeriksa, pemeriksa kedua aku hanya mintak aku ringkaskan pernyataan masalah aku jadi satu ayat. Aku buat ayat and dia kata ok. Pastu dia nak tengok samada objektif kajian aku yang aku letak di slide sama atau tak ngan ada dalam salinan tesis yang aku bagi pada dia. Ok, done lagi. Pastu cuma dia komen Gaya UKM je. Ok, pastu done lah. Aku tak bercakap langsung cuma anggukkan kepala tanda aku paham tang Gaya UKM yang dia mintak betulkan sket tuh. Ye la, memandangkan yang komen aku tu pemeriksa kedua, sepatutnya banyak benda dia boleh komen atau tanya aku sebab bukan dia penyelia aku dan dia tak tau satu benda pon penyelidikan yang aku buat. Tapi dia boleh pejam sebelah mata dan hanya mintak aku betulkan Gaya UKM.
Untuk sape yang tak tau ape kejadahnya Gaya UKM tu, Gaya UKM ni kiranya standard penulisan UKM la. Segala kejadah berapa mm dari atas kertas, mukasurat kena letak berapa mm dari belah kanan kertas, tulisan jenis ape boleh guna, spacing segala lah.
Alhamdulillah. Aku percaya pada doa tu dan aku percaya pada diri sendiri, atas usaha aku. The rest, tawakal je.
Dah beberapa ketika gak la aku tak guna ayat tu and 2-3 hari lepas Ibu swuh aku hafal ayat tu sebab Ibu swuh ikut dia pi jumpa Aunty yang nak jual rumah dia kat area-area sini jugak. Dia dah letak limit harga rumah dia tapi Ibu nak try harga rendah dulu. Masa jumpa tu, Ibu dah swuh aku mula baca. Sepanjang kat umah dia tu, mulut aku ni tak benti-benti baca doa Yusuf tuh. Dahla dengan dukung Myra lagi, dengan nak melayan Myra mengomel lagi... Dugaan sungguh! Make the long story short, Aunty tu sanggup turunkan harga agak banyak jugak la. Ibu ngan Abah pon kira setuju la.
Alhamdulillah jugak. So, petang tadi, husband Aunty tu datang umah kitorang nak closed deal la harga rumah tu ngan nak tunjuk geran rumah sekali kat Abah. Uncle citer, isteri dia tak boleh nak letak harga tinggi kat Ibu, macam disuruh-suruh letak harga rendah, which is memang within our budget pon nak beli rumah tu. Masa Uncle tu citer, Ibu pandang aku. Hehe... Alhamdulillah berkat aku baca doa Yusuf tu tak benti kot.
p/s: So, all in all, doa-doa yang ada ni, selain daripada kita amalkan, kalo kita sendiri tak yakin akan fungsinya, tak boleh jadi jugak. Sama macam doa-doa penyembuh tu...
No comments:
Post a Comment